Tarikh Kejadian:26/12/2017
Salammm..
Sambung sini pulak ek..
Last entry saya stop sampai part beli Go Card kan?
Lepas dah dapat card, cari lah signboard “Public Bus” kat dalam airport.
Senang citer, tempat tunggu bas tu kat area depan arrival je.. kene keluar dari pintu airport. Tak jauh pun nak kene jalan.
Kami punye plan memang nak ke Brisbane arini.
Untuk ke Brisbane, kene ambik bus no 760, nanti brenti kat Varsity Lake station.
Kat bus stop memang ada maklumat senarai nombor bas yang ada dan time.
Agak punctual jugak la mengikut jadual.
Sebelum bus 760 sampai, ada 2 bas lain stop dulu dan both driver bus memang friendly dan tanya kitorg nak pegi mana. Bila cakap Varsity Lakes, driver cakap tunggu bas 760.
Ada sembang2 gak ckit sebelum bas diorg jalan semula ke destinasi masing2.
Perjalanan dalam 30 minutes dari airport ke Varsity Lakes.
Kalau ada Go Card, tap je kad tu kat device di muka pintu bas. Senang. Boleh jugak kalau nak bayar cash kat driver bus.
Sampai Varsity Lakes, beli tiket train pulak untuk ke Brisbane Central (sila tunggu train di Platform 2).
Kat sini takde kaunter. Kene beli pakai mesin.
Pastu kan, kitorang kan baru sampai. Duit besar2, mesin tak terima. Sob3x.
Nak tukar duit, takde kedai kat situ.
Kalau anda mengalami situasi sama, jangan risau..ecewahhh.. Sebab mesin beli tiket allow kita beli tiket pakai credit card.
So, kami pakai la credit card Encik Asben untuk beli tiket.
Perjalanan dari Varsity Lakes ke Brisbane Central station pulak around 1jam 30 minutes.
Train yang kitorang naik ni ala2 komuter kalo kat Malaysia.
Dan train ni ada “quiet coach”. Coach ni kalau nak pasang lagu pun dier suruh slow kan volume or pakai earphone.
Kalau agak2 korang nak buat bising, sila amik coach yang bukan quiet. Hormati orang lain yang nak duduk dediam dalam tu..Kikiki..
Kitorang stop kat station ni sebab penempatan kami di Brisbane ni adalah area Brisbane Central.
Kat dalam Brisbane Central ni ada McDonalds.
Mika nampak je signboard “M” dier dah tunjuk “tuu…oh McDo..Mika nak fries”.
Dengan itu, kitorang stop jap situ untuk beli fries. Memang favourite dia.
Utamakan perut si kecik sebab dier dah siap cakap “lapar nya..lapar nya” hoho sayuuu..
Tu la, picky eater.. roti tak suke makan, biskut tak suke makan.. kerepek je yang dier nak makan masa dalam train.
Dah setel urusan McD, kami acah2 nak jalan kaki je untuk check-in apartment.
Dalam 15 minit jugak la kami menapak.
Encik Asben carry 1 bag besar dan tolak 1 luggage besar, iolls carry 1 bag(yg lagi ringan ckit, ofcourse hahaha) dan tolak stroller berisi Mika.
Ni kami punya penempatan 3 hari 2 malam di Brisbane.
Puas hati sangat! Ada dapur, fridge, periuk kuali, pinggan mangkuk cawan gelas, kettle, toaster, microwave, sudu garfu pisau, washing machine, dryer.
Oaks Apartment nama tempat ni.
Wifi je takde..eh ada sebenarnya. Dier bagi trial guna 30 minit. Kalau nak sambung guna lagi lepas 30minit tu, dier cas la..kahkehkuh :)
Disebabkan dah penat turun naik public transport dan ala2 tido ayam je dalam flight, kami lepak lama ckit kat dalam apartment.
Sempat la mandi-manda, kasi Mika rilex2 jap main mainan dier yang kami bawak dari Malaysia.
Saya plak, sempat masak simple2. Kami masak pakai mini rice cooker yang bawak sesiap dari Malaysia..
Senang pakai mende tu, bleh masak nasi dan lauk sekali gus.
Beras bawak dari Malaysia. Untuk lauk, saya pakai chicken soup yang dalam tin tu je(yang ni pun bawak dari Malaysia jugak).
Dan kenyang memasing makan, baru la start keluar jejalan.
Harini plan nak sightseeing sekitar Brisbane Central je.
Jalan kaki sebab apartment ni memang kat central.
Masa lalu kat Queen Street, ramai nye lahaiii orang berpusu-pusu shopping.
Maklumla, haritu Boxing Day. Memang barang murahhhhhhhhhhh aritu okay.
Tapi kami tak shopping pon.
Dah le keluar2 je dari apartment, Mika tido dalam stroller. Memang kitorg tak join la ke tempat bising2 gitu.
Ni bergambar sekitar town.
Banyak tempat cecantik.
Tengah syok pusing town, hujan rintik2 mula bertandang. Ingatkan time musim Summer takde ujan langsung. LOL!
Terjaga anakanda saya..
Weolls pun singgah la kedai churros ni sesambil tunggu ujan benti.
Kedai ni kat Charlotte Street. Sepanjang jalan ni ada 2 kedai Halal berdekatan iaitu Nandos dengan Satay Club Noodle House.
Kedai ni kat Charlotte Street. Sepanjang jalan ni ada 2 kedai Halal berdekatan iaitu Nandos dengan Satay Club Noodle House.
Next, pegi lagi skali ke Queen Street sebab Mika dah bangun kan..
Ada terserempak sekumpulan bebudak lelaki tegur bagi salam. Katanya pegi la join shopping, arini barang murah..
Ada terserempak sekumpulan bebudak lelaki tegur bagi salam. Katanya pegi la join shopping, arini barang murah..
Still tak shopping, jejalan je sambil kejar si kecik yang dah banyak tenaga sebab baru bangun tido.
*drama queen betol..
*seluar sampai dah bergulung naik atas lutut. camana la mak tak kurus. ahhaiii..
Kat Queen Street ni jugak ada mall The Myer. Dalam ni ada banyak pilihan kedai makanan Halal. Bleh refer apps yang saya kongsi kat entry sebelum ni.
Kami singgah beli barang untuk masak ckit kat The Coles. Sebab tak tahu kehalalal daging kat sana, so nak selamat sila la beli ikan dan seafood saja.
Beli buah juga please..bleh buat bekal kudap2 sesambil keluar jejalan.
Dah agak2 gelap kat luar, kami balik ke apartment semula.
Malam saya tak gi merayap mana pun, prepare barang untuk aktiviti esok nya. While Encik Asben keluar amik gambar tapi takleh gi jauh sebab Mika sibuk nak ikut. Wawawa..
Ok dah.. sambung next entry pulak.
How to get free bet on bet365 - thauberbet.com
ReplyDelete1st sbobet ทางเข้า bet365 Free Bet · 2nd bet365 Free Bet · 3rd bet365 Free Bet. · 4th bet365 Free Bet. · 5th bet365 Free Bet. カジノ シークレット · 6th bet365 Free Bet. · 7th bet365 Free 카지노 Bet.