Friday, February 10, 2017

Brisbane trip 2016-Day 3-Tangalooma Island

Tarikh Kejadian: 27/12/2016


Harini kalau ikut plan, kami akan ke Tangalooma Island.
Untuk ke sana, kami pilih untuk ambik cab je terus ke jetty Holt Street Wharf.
Tangalooma ada sediakan transport untuk pickup dari hotel tapi dah full untuk date kami ni since kami last minute tukar date..hehehe..
Tapi transport diorang tak free jugak. hahaha..
Pukul 8:30pagi dah siap2 turun dari hotel untuk ambik cab.
Cara dapat cab? Encik Asben call.. ngeh3x.. He tried both cab and Uber, tengok yang mana pickup dulu.. last2 dapat cab.
Kat sana, lepas call, tunggu sms contoh camni..means dah ada can accept untuk pickup.

Dekat 20minit jugak la nak sampai ke jetty tu dengan cab (weolls dapat yellow cab).
Dier pakai meter, time tu kene cas 36AUD.

Sampai jetty, beratur untuk dapatkan tiket.
Oh ya, tiket beli online harga 180AUD sorang adult, sebab ambik pakej 1 day tour + dolphin feeding.
Sila la print sesiap baucer pembelian tiket tu, bawak passport jugak ye.. sebab nanti kat kaunter mende2 tu diperlukan untuk dapatkan tiket original.

Dalam pukul 9:40pagi, kapal start docking.
Jam 10pagi jugak la baru kapal bebetul gerak.
Lama gakkk kat dalam kapal. Sempat suap Mika makan bubur yang dah dimasak sesiap dari apartment.

Jam 11:15pagi, kami sampai di Tangalooma Island.
Haaa sejam suku kat dalam kapal ye kauuu..
Bosannn sebab dapat seat kat dalam dan tetengah perut kapal.
Nasib baik anak dara saya baik. Fiuhhh..

Bila nampak laut, yang paling excited adalah anak dara saya tu la.
Kemain jerit2 tunjuk air cakap “Mika nak mandi”.
Panas anak oiii..

Sampai je pulau, dah ada tour guide tunggu kat pengkalan.
Kene cari tour guide yang tulis nama anda, sila jangan men redah je asal nampak cun je nak follow. Kang jadi alkisah salah pakej kang.

Tour guide just cerita overall activity kitorg kat sana je such as based on our package, bleh akses tempat mana, bleh join aktiviti mana, tempat untuk aktiviti tu perlu tunggu kat mana.. Gitu..
Pastu dier chow dan sila beraktiviti bebas dan pepandai manage masa sendiri kalo nak join aktiviti yang korang purchase tu.
**kalau nak tau apa lagi aktiviti lain yang ada di Tangalooma Island, sila check website diorang. Ada banyak benda best boleh buat.
http://www.tangalooma.com/info/day_cruises/

1st activity, mesti la kitorg kene mandi laut sebab anak dara dah teloncat2 tak sabar.
Sedangkan mak nye sampai sepet mata nak celik sebab panas. Hahaha..

Set timing.. jam 1:30tengah hari pujuk anak dara stop main air sebab kang terlepas plak activity Safari Tour.
Bila Mika tanya “kite nak pegi apa?” (penat dah ajar = nak pegi mana, bukan pegi apa..haha)
Ok sambung cerita, Mummy jawab kite nak join activity Safari.
Dier tanya lagi “Safari ape?”.
Mak nye yang tak abis study pasal pakej Tangalooma ni tanpa rasa bersalah cakap “nak gi tengok binatang”.

Tempat berkumpul adalah kat tepi café.
Nanti akan ada staff sana yang guide untuk korang naik bas mana. Time trip kitorang tu ada 2 bas.
Kat atas bas kene pakai seat belt sebab jalan nya agak adventure cam naik unta. Kahkahkah..
Bila bus berenti…eh, padang pasirrrrr..
Rupenye Safari tour ni untuk activity Sand Surfing, bukan jalan2 naik bas tengok binatang.
Mummy sorry ok, Mika.. kwang3x..

Untuk aktiviti ni korang dibekalkan dengan surfing board kayu.
Nanti staf ajar camana nak pakai mende tu.
Then, korang kene panjat bukit cam gambar bawah ni. Ni gambar betul snap time dan tempat kejadian tau.
Tinggiiii wehhhh…lenguh la jugak kaki nak kasi sampai atas tu.

Disebabkan macam tak berapa nak sesuai je Mika main tu, dengan mmg confirm nya mata masuk debu, so kami bergilir jaga Mika.
Daddy naik gi main dulu.
Mummy teman Mika main pasir.

She sooo happy main pasir dan dan buat sand surfing kat bawah bukit tu je (which is Mummy yang tarik Mika kat atas surfing board).

Time korang turun surf, ada professional phorografer amikkan gambar korang. Sila posing dengan bergaya walaupun korang gayat.
See, cun je gambar Daddy Mika (mana ntah gambar ori.letak gambar yang dah combine dengan Mika je la ye).

Bila my turn pulak apa jadi?
Haaa.. time tu photographer dah takde sebab dier amik gambar skali sorang je.
Dan time my turn tu most of diorg yg main dah 2nd or 3rd time. (err..lambat ckit iolls panjat bukit, lenguh kot kene benti2..hahaa)
Encik Asben je la tolong snap kan gambar time Mummy dah landing bawah. Bolehhh la daripada takde langsung.. Heee..

Dalam pukul 3petang camtu, semua dah kene berkumpul naik bas untuk pulang ke pantai.
Haaa, sepanjang kat padang pasir tu urusetia ada sediakan air oren sejuk dan air kosong sejuk.
Sila minum banyak2 sebab panas wehhh..

Bas sampai ke pantai je weolls pegi café.
Lapar..
Pakej kami ada dapat boucer 20AUD sorang.
Pepandai la korang beli makanan.
Ada banyak kedai dalam café ni dan ada kedai vegie jugak.
Untuk Mika, dier makan kudap2, coklat, balance bubur pagi je.
Kami ada je bawak mini ricecooker, beras, kiub pati bilis untuk buat bubur dier tapi tak termasak pon sebab Mika macam tak berminat nak makan sangat
Mata asek pandang air je.   
(buat berat bag je angkut mini rice cooker tu..huhu).
Gambar sekitar dalam cafe. 

Dan, as expected, Mika bising nak main air lagi.
Lepas makan, weolls turun main air lagi.
 *anak masih gagah. mummy dah lenguh pinggang. hahaha

Pastu dier nak main playground kat depan pantai tu pulak.
Layankan aje..

 Ni pemandangan sekitar Tangalooma Island. Cantik!
Kalau dapat stay hotel situ pun boleh jugak, tapi bajet kene la besauuu. kwang3x..

Dalam pukul 6petang, kitorang tukar baju kering dan gerak ke VIP Lounge since pakej kami include tempat tu.
Tak boleh simply masuk, ada password kene masukkan..
Kat dalam tu selesa sikit la untuk Mika nap kejap.
Ada toilet jugak dalam tu, coffee machine, tv, magazine..
Korang bleh pepandai cari port untuk bentang sejadah solat dalam tu.

Jam 7:00petang, bergegas ke pantai untuk sesi dolphin feeding.
Masa ni Mika tengah sedap tidur.
Terpaksa angkut sesambil tidur.
Pukul 7petang kat sini macam dah malam sangat, angin dan air laut sangat sejuk.
Tapi no choice terpaksa tukar ke swimsuit semula sebab nak bagi makan dolphin kene masuk dalam air.

Time ni Mika sedikit crancky sbb tak puas tidur, dan sejukkkk.. Selalunya dia tahan sejuk tapi mungkin angin malam tu sejuk sangat.. Bila angin bertiup je bleh nampak dier gigil.
Kesian dia..Mummy peluk je si anak kasi suam sikit walaupun badan Mummy tak cukup penebat.LOL..

Jap je la pun dia crancky.. lepas dah amik ikan dan bagi dolphin makan dier dah cheer up balik.
Siap bising nak lagi tapi session dah habis.. Huhu.. sorry Baby.

Jam 8:00PM, cecepat tukar semula ke baju kering dan masuk bot.
Nak kene balik Bisbane City semula dah..
Kali ni kitorg dapat seat kat tingkat atas, open air.. best!

Jam 9:15malam, sampai kat jetty Holt Street Wharf.
Terus dapat cab sebab memang banyak cab masuk menunggu mangsa. Hahaha. Tak mangsa sangat la sebab diorg pakai meter, bukan sesaja letak harga.
This time kami dapat cab Black & White. (ada 2 jenis cab kat sana..yellow dan Black&white. Sama je, both pon pakai meter. Company je lelain).
Dalam 20minit perjalanan, kami pun sampai kat apartment. Charge cab 35.20AUD.
Masak simple dinner, pastu kroh2 penat.
Selesai cerita Day 3..

No comments:

Post a Comment