Tarikh Kejadian:25/12/2016
Salam..
Baru menyempat nak up blog lepas dah sbulan lebih balik jejalan.
Ecece bajet mcm ramai yang tunggu le tu. Pehpehpeh...
Kasi pendek cerita,flight kami ke Gold Coast dari KLIA jam 8:35malam tarikh 25 December 2016.
Kami naik Airasia X.
Harga tiket flight? Emm return around 1.4k sorang kalo tak silap.
Kali ni kami ke airport dihantar oleh mertua.
Plan asal samada nak drive dan park kat Putrajaya Sentral (then naik KLIA transit) atau ambik grabcar/uber pegi Putrajaya Sentral (then naik KLIA transit) je.
Thanks Baba!!!
Apa yang penting sebelum naik flight adalah:
1)Tukar pampers anak sesiap sebelum naik flight supaya dier selesa.
2)Pen letak kat bag yang mudah dicapai time dalam flight/letak dalam bag kecik yg boleh letak kat bawah seat je. Senang nak ambik bila kena isi borang imigresen kat dalam flight nanti. Same goes to passport. Nanti kang nak isi borang nak kene refer passport jugak ye dak?
3)Barang anak such as pampers,baju extra incase muntah ke ape kan,wet tissue,kudap2 kegemaran anak,air,etc pun letak 1 bag dan letak kat tempat mudah dicapai.
4)Pakai kan anak pakaian yang longgar dan tidak ketat especially kalau perjalanan jauh untuk elakkan dia rasa rimas/tak selesa. Kang meragam,abis la uollss..
Actually walaupun Mika dah banyak kali naik flight, tapi dier tak pernah naik flight lebih dari 3 jam.
Jadi nya, si Mummy ni agak nervous bila flight ke Gold Coast mencecah 8.5jam.. huahuahua..
Time pegi kurang nervous sebab malam kan, bajet nya dier banyak tido lah nanti walaupun si budak ni mmg pesen tido lambat.
Dan Alhamdulillah, 3 jam pertama dier ok je dok main2, baca2 buku, nyanyi2 sikit, pasang cartoon kat ipad. Pastu dier ngantok, dier tdo sampai lah lagi setengah jam nak mendarat. Terjaga dari tdo pon tak cranky Alhamdulillah.
Legaaa Mummy dier part tu..
Part lain nya, peha Mummy dier lenguh dan kebas meriba kepala Mika(kami baringkan dier tido kat seat tengah which is kepala atas peha Mummy dan kaki atas peha Daddy) dan kesimpulannya si emak takde lah dapat tido sangat.
Kejap2 kang celik betulkan kepala anak dan check sana sini risau anak tergolek ke kan..
Ok abis dah membebel peristiwa dalam flight.
Ahha,sebab flight malam,kami tak purchase any meal.Tau nak tdo je kat dalam tu..lalala..
Kami mendarat di airport Gold Coast jam 7pagi waktu diorg (sana punya timing cepat 2 jam dari Malaysia).
Kecik comel je airport nye..
Seperti yang semua maklum, Australia ni negara yang cerewet tang nak bawak masuk barang2.
Kene declare bagai..
Cara kami, kat borang imigresen tu(contoh borang kat bawah ni) tick apa barang yang korang bawak dan yang kene declare tu..
Ruang kecik kan? Kalau barang banyak,katne nak isi lagi ye dak?
Haaa time kat Malaysia lagi, sila la buat list sesiap kat kertas untuk dikepil bersama borang.
Disarankan, barang2 yang nak kene declare tu letak sama2 dalam 1 bag supaya time kene geledah nanti takde la sampai semua bag korang kene libatkan. Biar 1 bag tu je jadi mangsa. Kui3x..
Lepas setel cop passport, korang akan melalui fasa declare2 tadi.
Based on korang punye borang, nanti akan ada staf datang semak dan tentukan samada korang kene pegi lane kene declare atau tidak.
Kalau kene lane perlu declare, standby untuk bag dihidu oleh anjing besauuu.. ngeh3x.
Anjing tu xde kacau korang pon, dier buat keje dier je..
Lepas setel part tu, next adalah terjah simkad.
Booth jual simkad tu kat depan area arrival tu je.
Encik Asben beli simkad OPTUS.
Harga kad 10AUD pastu topup pulak 30AUD untuk dapat unlimited akses internet, call, sms.
Wowweee!!!
Setel simkad.
Next, beli Go Card pulak untuk kegunaan public transport.
Card ni ala2 touch and go kita la.
Begini rupe dia (yang kaler biru atas tu).
Kitorang asalnya beli yang bawah tu(tulisan Gold Coast besar).
Yang tu sesuai untuk tourist yang hardcore turun naik public transport.
Konsepnya, korang topup 10AUD, bleh naik Translink punya public transport (bus/tram) unlimited untuk sehari.
Esok topup lagi 10AUD.. Gituu.
Memandangkan dalam sehari takde la sampai 10AUD pun kitorg guna, kitorg beli card bitu biasa tu je.. Men topup2 je la nanti.
Kitorang asalnya beli yang bawah tu(tulisan Gold Coast besar).
Yang tu sesuai untuk tourist yang hardcore turun naik public transport.
Konsepnya, korang topup 10AUD, bleh naik Translink punya public transport (bus/tram) unlimited untuk sehari.
Esok topup lagi 10AUD.. Gituu.
Memandangkan dalam sehari takde la sampai 10AUD pun kitorg guna, kitorg beli card bitu biasa tu je.. Men topup2 je la nanti.
Korang bleh beli kat Customer Information punye kedai kat dlm airport tu jugak. Kene jalan ckit menghala ke kawasan kaunter2 nak check-in flight then akan nampak lah signboard kedai tersebut.
Cadangan untuk korang yang pegi tanpa pakej/tourist guide macam kami, sila download sesiap apps ni..
1)MyTransLink-apps ni sangat membantu untuk korang pergi ke sesuatu tempat. Just masukkan korang dari mana,nak ke tempat mana,pukul berapa,date bile..nanti akan dipaparkan options untuk korang pilih(no bas,tram,train). Peta pun disediakan skali incase korang ada kene jalan ckit untuk gi tunggu bas kan,so nak la tau jalan mana nak kene lalu gi ke bus stop kan..haa gitu. Amaran,sila masukkan date dan time yang betul. Option yang apps ni bagi adalah berdasarkan jadual semua public transport tu. Kekerapan adalah berbeza mengikut hari dan masa. Contoh, bus no 123 hanya akan lalu kat Jalan A up to 12pm saja. Kalau terlambat, kene amik bas lain or naik train ke.. Gitu..
Contoh dalam apps tu camni ha..
2)Zabihah-ni apps untuk nak cari kedai halal.
3)Muslim Pro - apps ni boleh pakai jugak untuk cari kedai halal dan ada waktu solat beserta kiblat.
2)Zabihah-ni apps untuk nak cari kedai halal.
3)Muslim Pro - apps ni boleh pakai jugak untuk cari kedai halal dan ada waktu solat beserta kiblat.
Kesimpulannya, sangat penting untuk salah sorang ada internet akses. Beli simkad tau! Jangan harapkan free wifi je. Tak semua tempat ada free wifi ni..
Apa aktiviti kitorg untuk 1st day kat sana, tunggu next entry ya :)
**Untuk baca semua entry pasal Gold Coast & Brisbane, nanti klik je kat Labels "goldcoast" & "brisbane" tau..
No comments:
Post a Comment