Sunday, February 12, 2017

Gold Coast Trip 2016 - Day 5 - Harbour Town

Tarikh Kejadian : 29/12/2016


Salam..
Jumpe lagi..

Hari ke-5 di bumi Australia, rutin pagi akan masak porridge untuk Mika.
Anak saya dier picky eater.. Jadi better masak dan suap sesiap makanan yang dia suka sebelum keluar jalan-jalan.
Untuk breakfast dia kami bagi heavy punya makanan terus. Since dia memang suka bubur, so masak bubur. Tukar-tukar la bubur ikan/ayam/bilis.

Plan untuk hari pertama di Gold Coast (sebab sebelum ni pegi Brisbane dulu kan) adalah nak chill2 ushar kawasan je dulu.
Tak pegi theme park lagi.
Untuk jadual kitorang, harini pegi Harbour Town.

Harbour Town ni tempat shopping yang agak famous sebab banyak barang branded dengan diskaun banyak.
Kalau kat Malaysia, sini ala2 JPO gitu.

Kupari apartment yang kami menetap tu sangat dekat dengan tram station.
Senang cerita, memang tram lalu depan2 apartment tu.
Cuma tempat dier stop tu kitorg kene jalan sikit. Tak sampai 5 minit pun jalan kaki.

Harini jugak 1st time kami naik tram kat Gold Coast.
Kalau sebelum ni saya cerita, bila naik bas kene tap Go Card kat device di area pintu bas kan.
Lain pulak cerita kalau naik tram.
Kat dalam tram takde device tu.
Kalau macam tu, kat mana nak tap?
Haaa..ni nak cerita.
Device tu dier letak kat sekitar tram station tempat kita tunggu tram sampai tu.
Kiranya, korang sampai je tram station, tap dulu kad baru la naik tram (tu pun kalau tram dah sampai.hahaha.. kekerapan tram agak bagus, tak payah tunggu lama pun kalau terlepas).
Kesimpulannya, kalau korang takde Go Card, tak boleh naik tram sebab xde istilah bayar tambang cash kat driver. Tau?
*tempat nak kene tap kad tu yang kaler kuning dalam gambar di atas. itu bukan tong sampah ye..

Apa lagi ada kat tram station?
Korang boleh check baki Go Card, just tap kad untuk semak baki.
Dan boleh jugak topup kad. Ada mesin topup kat situ (boleh sumbat duit kertas, topup pakai kredit kad pun boleh, pakai syiling pun boleh tapi pengalaman kitorg tak disarankan syiling ni sebab selalunya problem).
Kitorang memang topup Go Card kat station tram je slalu nye pun.
Sini ada jugak mesin beli charger/cable phone. Hahaha macam kelakar tapi itu lah hakikatnya.

Kat dalam tram pulak memang selesa.
Walaupun kami pegi time musim peak, bus/tram/train kat sana tak crowded sardin macam kat tempat kita. Kikiki..
Selalu boleh je dapat seat atau orang akan bangun bagi seat sebab bawak anak kecik.
Dalam bas/tram ada ruang seat khas kalau kita bawak stroller (untuk certain orang, info ni berguna).

Ok, back to the mission.
Nak gi Harbour Town.
Dari apartment kami, amik tram kat stop Surfers Paradise North, berenti di stop Gold Coast University Hospital.
Sampai situ, jalan sikit je, tukar ambik bas samada nombor 704/709/719 untuk ke Harbour Town Outlet.
Nombor bas tu based on pukul berapa korang sampai sana.
Sila rujuk Journey Planner dalam apps "MyTransLink". Dia akan bagi the best option based on your current time.

Senang je nak tau dah sampai ke tidak, bas memang akan masuk sampai ke tempat parking kereta Harbour Town. Bas tu berenti kat Stop B.
Memang boleh cam la Harbour Town sebab building dier besar dan ada signboard besar jugak.


Kitorang jalan-jalan je kat sini.
Tak shopping pa pe pon.
Orang lain kalau datang Aussie terjah memacam dengan Corelle bagai, tapi kitorg memang takde mission membeli.
Tak cukup tangan nak angkut barang nanti dan takde extra luggage kami purchase. 
Dah le kami ni jenis berpindah-randah, naik public transport lagi, angkut/kejar Mika lagi, maka bye2 to shopping. hahaha.. 

Takde gambar sangat di snap sekitar Harbour Town.
 

Dah abis pusing2, singgah topup barang dapur ckit di Woolworths supermarket.
Kitorang suke supermarket ni. 
Sebab?
Supermarket Woolworths ni kalau korang bawak anak, bleh cari section yang dier letak buah2 dan letak label "Free Fruit for Kids".
Selalunya ada apple merah, apple hijau, pisang, carrot.
Semua buah tu Mika tak suke (see, how picky eater anak i.huh..)
Tapi kitorang selalunya amik je jugak 1 biji buah konon untuk Mika..nanti kitorang yang makan.
Dah free kan..kuikuikui..

Pastu, singgah makan tengah hari kat Real Adana Chargrill.
Sedap! Taktau memang dier masak sedap atau sebab kami tengah lapar sebab yang breakfast pagi hanya Mika sorang je. Kikiki..
Untuk lunch, kitorang memang kene cari kedai yang ada jual fries jugak khas untuk Mika. Sebab kalau dia tak nak/tak suka makan makanan yang kami order, dia akan makan fries dengan banyak.
Senang je nak cari kedai ni, betul2 kat tepi pintu masuk Woolworths.
Selain kedai ni, ada beberapa kedai lagi kedai Halal kat dalam Harbour Town ni. Boleh check pakai apps yang saya pernah share kat entry Day 1 aritu.

Dalam jam 3petang, kami gerak balik.
Tunggu bas kat Stop A, menghadap jalan raya. 
Kali ni based on time, kami ambik bas yang stop di Griffith University tram station (lupe nak catat no bas..kikiki).
Then, naik tram pulak

Pssst:: Kalau nak free, sila bukak link bawah ni.
Harbour Town provide free shuttle bus untuk tourist. 
Kitorang tak study pun mende tu time pegi dulu. Melepasss.. kwang3x..
http://harbourtowngoldcoast.com.au/shuttle.html

On the way balik, Mika tido kroh2..
Biar lah dia berehat/tido dalam stroller.
Kitorang terus turun kat stop Caville Avenue sebab nak tengok2 apa ada kat town.
 *happening kat tepi pantai ni. siap ada mainan2 untuk bebudak. sempena Christmas dan New Year kot sebab lepas New Year je mainan dah ilang. kwang3x..

Tak lama lepas tu, Mika bangun.

Jumpa air coklat sedap gilaaaa..
Ada try a few brand jugak la beberapa hari lepas, tapi yang ni paling sedap dan payah jumpa.
Padu betul rasa coklat dia. Umpphh!!!

Kitorang pun dah layu, balik la pulak berehat kejap.
Dari Kupari Apartments ni ada 2 option untuk ke Surfers Paradise.
Samada nak naik tram, 2 stops je dah sampai.. atau, jalan kaki pun bolehhh.. tak jauh mana pun.

Lepas rehat, mandi dan masak nasi sup ikan kat Mika, kami keluar lagi sekali ke town untuk cari dinner (untuk Mika, kene bagi makan sesiap. kang dia tanak makan makanan kita order kat kedai..huhu)

Kami dinner kat kedai kebab.
Takyah risau pasal makan, banyak kedai halal area situ.
Mika tak makan kebab, dier makan fries lagi (si budak tu memang tak pernah bosan dengan fries).

Nak tayang gambar malam plak la sikit. Hihuheho..
 *beza ni cool. diorang pakai costume.tapi kitorg tak naik pun.

Ok, habis dah episod hari ke-5.
Tunggu next pulak ye..
Bye.

No comments:

Post a Comment