Monday, February 13, 2017

Trip to Gold Coast 2016 - Day 6 - Movie World & Surfers Paradise Beachfront Market & Hard Rock Cafe

Tarikh kejadian: 30/12/2016


Salam..
Hari ke-6.
Arini kami pergi theme park..jeng3x..
Its Movie World Warner Bros..yeay!!!

Untuk sampai ke tempat ni takde tram yang available/direct.
Train pun tidak pergi direct.
Yang ada hanyalah bas.
Atau kalau ada sewa kereta, boleh la drive terus sampai ke sana.

Kitorang? Naik bas ler.. kikiki..
Dari apartment kami yang berlokasi dekat area Surfers Paradise tu, kene jalan kaki ckit untuk ke bus stop yang bas ke Movie World lalu.
Weolls pakai apps MyTransLink, tak susah sebab peta dari apartment nak ke tempat tunggu bas pun di provide.
Rugi kalau korang tak install.

Bas untuk ke Movie World yang kami naik bernombor TX2.
Dalam stengah jam jugak perjalanan nya.
Sebelum Movie World, bas akan berenti kat Wet & Wild park dulu..
Bersebelahan je both park ni.

Untuk theme park, Encik Asben yang beli tiket combo.
Tiket ni cover entry ke Movie World, Wet & Wild park, Paradise Country, Sea World. Unlimited entries ya, untuk 7 hari kalau tak silap.. Dapat le VIP pass.
Harga 89AUD sorang. Beli online time promo.
Again, Mika free sebab belum cecah 4tahun. Ngeh3x..

Untuk dapat tiket original, kene bawak printed online ticket dan passport.
Serah semua tu kat kaunter, pastu tadah muka sebab dia nak snap gambar korang. Hehehe..
Hasilnya, akan dapat tiket macam ni.
Nanti nak pergi park lain yang cover under package ni, bawak je kad ni dah cukup.

Bergambar depan pintu gerbang adalah wajib!

Kitorang kan pergi time Summer, panas..
Tau la panas, tapi kat area Movie World ni panas nya style kering beb.
Lalala..

Ramai kata Movie World boring dan kecik.

Pada kitorang, ye la kot kecik sikit berbanding park lain tapi still best je..
Ni map dalam Movie World (tapi map ni bersambung dengan Wet & Wild park sebab lokasi berjiran je). 


Sila study timing kalau nak tengok show supaya tak terlepas.
Walaupun kitorg pergi time peak season, takde la over sangat tahap kene beratur tengok show dan main ride.
Alhamdulillah.. 

*First time beli popsicle masa tengah tengok show stunt driver ni. Lepas tu gian asek nak popsicle je. Layan wehh tetengah panas sedut eskrem cam masam2 sikit tu.

Kat sini macam tak strict sangat bawak masuk makanan.
Taktau la kot kami yang bernasib baik ke ape.. Lepas je bawak masuk Mika punya porridge dan kudap2 lain.

Untuk dalam blog ni, korang akan tengok banyak gambar kat ride bebudak.
Biasa la bawak anak kan, kene kasi dier happy supaya senang mak ayah nak handle.
Bila anak good mood, boleh la mak ayah bergilir main ride pulak.
Gituu konsepnya..


Jangan lupe minum air banyak-banyak kalau datang time summer.
Nak jimat, beli tumbler kat dalam tu.
Bayar sekali, pastu boleh free refill banyak kali.
Pastu tumbler tu, korang boleh jadikan sebagai ole2 kenangan datang ke Movie World.
Kami beli tumbler Batman. Cam cool je, baru la ala2 konsep Movie World  J


Banyak dapat info bahawasanya kat Legends Dining Room ada halal food.
Tapi kami tak jumpa pulak tempat tu.
Makan pretzel dan churros je la untuk alas perut.
Prayer room pun ada kat kawasan Wild West Fall.
Tapi kat memana pun boleh je solat. As long jumpa space lapang sikit, bersih, ada apps kompas, solat je..


Ni di antara ride best ada kat dalam tu.
Selamat menguji jantung :)

Lagi satu, jangan lupe tengok parade. Jam 3:30PM.
Best!
Tapi iolls dapat tengok kejap je.
Kerana? Mika crancky time tu.
Awal2 dia ok, bila datang si Catwoman libas2 cemeti, terus anak saya takut.
Terpaksa la saya gi cari kawasan tenang2 kat area café belakang, temankan Mika (hishh, ku sebat jugak si Catwoman ni tau).
Daddy Mika, kita tinggalkan kat parade untuk ambik gambar.

Abis parade, kami keluar tunggu bas.
Memang parade tu acara last, kedai kat dalam tu pun dah start kemas2 nak tutup.
Keluar je dari entrance, ada nampak orang jual Tshirt/towel/etc Movie World punya.
Nampak harga murah. Tak compare pulak dengan harga kat dalam.
Disebabkan macam takde berkenan, weolls bye2 kan aje.

Kat atas bas on the way balik, Mika tido…
Penat la tu berkinja-kinja kat dalam Movie World. Hehehe..

Balik berehat, join Mika tido sekejap..hehe..
Lepas dah recharge energy, mandi-manda sikit.
Get ready amik tram ke Caville Avenue lagi.

Tujuan, nak pergi tepi pantai yang ada signboard besar Surfers Paradise tu.
Kat sana, hari Rabu/Jumaat/Ahad ada night market.
Happening jugak kat sini..
Ada byk arts, kain baju dan cenderamata pun ada.
Besar jugak kedai-kedai beratur sepanjang pesisir pantai.
Korang boleh try terjah pulak nanti k!

Last sebelum balik, shopping ckit baju selai sorang kat Hard Rock.
Ole2 untuk diri sendiri kekdahnya.

Bye!

No comments:

Post a Comment