Wednesday, April 15, 2009

Katil Baru Untuk Bubu

Just a short update. Sbb excited berjaya dapatkan katil baru utk Bubu. Lama dah ushar and lama dah kompol 5k untuk beli katil merah ni.

Dengan adanya katil ini maka katil lama Bubu telah dijual (tanpa sempat nak print screen gambar). Pasni nak kumpul duit nak bli brg2 lain plak plus nak tukar wallpaper ngan lantai.

Sekian..

Monday, April 13, 2009

Memperkenalkan Bubu

Saje sebok nak update blog gak mcm org lain. Hehehe.. Menu hari ini adalah Bubu.

Anda ada Facebook? Ada men Pet Society kat Facebook? Kalo ada, sila2 la bg duit byk cket kat Bubu bile dier g melawat umah anda ye? Ada beberapa barang yg telah Bubu spot nak bli tp still ngompol duit.

Nak kenal Bubu saye? Ini lah dier..


Nama Bubu ni sempena nama teman sepertiduran saye (ops..its tedi bear yg bukan bear but ladybug). Saye shayanggg both Bubu saye!


See.. Bubu dah tdo kepenatan. Sleep tite Bubu.. Sweet dream yeah~

Wednesday, April 8, 2009

Kiriman Untuk Acu

Hari ni saya bukak Facebook then tgk ada Wall Message dr cousin saye, Acu yang mengatakan :

"Sabtu ni, Insyaallah Acu nak g Cameron. Nak pesan apa2 tak?"

(Ini gambar Acu dan hubby nye, Along.)


Wink* Wink* Apa yang tergambar pada benak fikiran saya adalah :

dan..

dan strawberry dip honey tp x jumpe gambar nk tempek.. Huih.. Yummy! Maka, boleh ka sayer mengirim strawberry sebegini kepada Acu?

Huruf Pertama

Salam y'all!
Ada entry yang nak update sebnarnye tp gambar nye tak transfer lg. So, next time lorr. Kali ni saya nak tempek maklumat pasal 'Huruf Pertama' yang saya jumpe kat internet. Macam menarik jer utk dikongsi dgn segala rakyat jelata. Selamat membaca...


Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.

A : Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu
marahnya mudah reda.


B : Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya
adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang
menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah
tersinggung.


C : Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang
dihadapi adalah remeh.


D : Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah
selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
E : Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan
hati orang lain terluka.

F : Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G : Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya
sedang tekun.


H : Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita
terlalu tinggi.


I : Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J : Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K : Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L : Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya,
tidak menepati masa.


M : Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras
kepala.


N : Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang
percaya diri.


O : Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P : Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

Q : Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R : Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara
ketika marah.


S : Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T : Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup,
terutama bila bersalah.


U : Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan
orang ramai.


V : Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka
berterus terang.


W : Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan
dengan kesabaran dan kelembutan.


X : Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y : Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan
pendapat.


Z : Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.


Tatau la btol ke tak. Tp kan, perkataan 'pemilihan' tu mmg dah tak valid utk kite yg mmg dah ada nama ni. Kalo nk gune utk ur becoming junior, maybe boley la kot. Hihi..

Mintak mahap la.. Gambar kat atas tuh ala2 18SX cikit. Cuma, saya agak tertanya2, adakah baby dr keturunan mat saleh itu mengibarkan bendera Malaysia???

Wednesday, April 1, 2009

Craving For...


Surfing pnyer surfing, terjumpe cupcakes yg sangat sedap saye penah bli kat Amcorp Mall.
Dat time saye bli perisa coklat dan dr review mmg ckp yg coklat tu sedap.
Harga RM3. Booth nye dkt pintu masuk Amcorp Mall (hari Jumaat, Sabtu, Ahad je ader).
Now saye dah letak link website Pretty Frosting tu kat blog saye utk saye cuci mata bebila.

Gambar kat atas tu la cupcakes coklat yg saye bli tp dat time saye bli bentuk bunge, bukan rama2. Hehehe.. Disamping itu ada teringin nak makan Chicken Katsu gak..Saye ni kalo bab ngidam mmg tak penah abes.. Ish2.. Sekian..


Ops.. Sumthing New :)

Salam..

Saya telah jatuh chenta pandang pertama dgn si benda alah kat bawah ni :


For me, its too cute! Dan, kalernye samer dgn kaler Bubu (merah+hitam). Sayer suke!
Asalnya saya dlm dilema nak angkat ke x sbb dari komen2 pengguna yg sayer surf kat tenet, ada yg negative tp banyak jugak yg positive.

So, pk pnyer pk.. Last2 saya buat keputusan utk angkat enset ni berbanding enset2 lain yg dlm list. Bertarikh 31 March 2009, enset LG KS360 ini telah menjadi milik saye. Semoga ia berkhidmat dgn baik :)


P/S : Pembelian enset adalah merupakan 1 of drpd wish shop list 2009 saye. Hehehe.. Thanks a million to Encik Bobo :p