Saturday, November 3, 2012

Phi Phi Island & Maya Bay - Day 2

 Tarikh Kejadian : 30/12/2011


Sambung2..
**Amaran: Entry panjang berjela-jela-jela**
Dalam ferry ni quite comfortable jugak sebab ferry ni 3 tingkat. 
Besar dan bersih dan ada bagi makan minum. Hahaha..
Tapi makanan ringan2 je la..xde la sampai bagi nasi, mee bagai.

Setelah dalam at least 2 jam atas feri, akhirnya sampai ke Phi Phi Island, Krabi.
Ingatkan dah bleh kuar feri.
Rupenye sampai sana, pakej saya kene tukar ke boat untuk acara lain (those yang amik pakej pegi Phi Phi Island semata-mata terus turun tak tukar2 bot dah).

Apa next activity?
Jeng3x..
Kami di bawa pusing2 pulau sekitar.
Subhanallah, cantik amat.
Dapat la tengok Maya Bay di mana Leonardo Dicaprio berlakon filem The Beach.
Superb cun!
Then..kami dilepaskan kat tengah2 laut yang lawa tu untuk snorkelling.



Pas naik dari berendam, kami diberi makan minum buah tembikai & nenas(nenas saya x suke makan maka dok bantai tembikai dan air je la).


Dun worry, kat situ panas so baju yang basah tu kompem akan kering balik setibanya ke Phi Phi Island.
Sampai Phi Phi Island, kitorg diberi buffet lunch.
Manyak lauk ada & tomyam is a must la kan.
Tak snap plak gambar sbb bz nak mkn dengan beg2 nak kene angkut semer.
Pas abis mkn, those yang tak stay diberi masa untuk pusing2 dalam Phi Phi Island jap then diorg kene naik ferry semula.
Pada kami yang tdo sana, bermula la operasi gi cari hotel yang kitorg dah booked siap2 dari Malaysia.

Its Chunut House!
Resort concept. Very nice..
Bilik nye best..

Setiap bilik ada own beranda.

Disebabkan masing2 dah macam2 bau so lepak bilik lama ckit sambil mandi2.
Siap basuh baju dan jemur kat beranda lagi.Muahaha..
Then, kuar menjelajah sekitar Phi Phi Island.

Masa untuk Banana Pancake!
Ada satu kedai yang kitorg beli ni, sumpah sedap Banana Pancake nye!
Nama kedai takde. Lokasi nya dekat simpang 3 seblom sampai kedai sourvenir byk2.
Dekat dengan Sacha Guesthouse.
Our fav is Banana Pancake Nutella (penah try beberapa kedai lain tapi xleh lawan kesedapan pancake kedai ni. Rinduuu sampai sekarang).

Oh ye, selaku pekerja TNB, agak ngeri tengok keadaan pemasangan kabel2 kat sini.
Kalau lalu dekat, siap ada bunyi karen lagi. Huhu..

Kemudian..
Kami gi pantai!
My Encik Suami love pantai+laut+pulau dan sewaktu dengan nya.
Pendek kata, i'm married to Hantu Air!
Muahaha..

Sini ada 2 pantai.
Petang ni kitorg berfoto-foto kat salah satu pantai-Ton Sai Bay.
Info tambahan, Phi Phi Island ni ramai muslim. Fakta mengatakan almost 80% penghuni Phi Phi Island adalah muslim.
Siap ada masjid kat pulau ni.

Bila malam menjelma, kami terus jln2 kat kedai2 jualan dalam Phi Phi Island.
Survey dulu, x shopping lg. Time nak balik esok baru shopping. Hihihi..
Oh, tapi ada gak beli buah Apple Kristal or ada gak orang panggil jeruk jambu(sila google sebab tak snap gambar).
Tapi tak habis sebab kurang bleh diterima tekak.

Oppss, ber Banana Pancake lagi!

Then, pergi ke another pantai.
Dekat je, walking distance.
Tapi pantai tu tak cantik sangat sebab situ tempat kapal/bot/feri berlabuh.

Jalan punya jalan, perut pon mintak diisi dah.
Jom, lobster!
Kami makan kat salah satu kedai yang menghadap pantai.

Orang kedai soh pilih sendiri nak lobster mana.

Yeay, jumpa idaman hati!

Timbang dulu.. then order lobster masak steam limau. Yummy!

Encik Suami pulak pilih burger.
Kata beliau, burger sana syok(sebab beliau dah pernah dtg bersama kawan2).
Bila saya rasa, ok Approved! Betul2 syokk.

My lobster!

Encik Suami kekenyangan :)

Saya pon dah kenyang banyak. Sedap, sampai jilat2 bibir.

Malam sudah larut.. balik bilik, tdo kroh2 la jawabnya.
Tungguuuu untuk entry day 3!
Sayonara!

Friday, November 2, 2012

Patong Day 1 & Day 2

Tarikh Kejadian : 29/12/2011


Lama nye tak post.. Lamanya..
Jom melalut.
Bismillahirrahmanirrahim..

Tarikh: 29/12/2011
Harga tiket: jeng3x!!!

Seblom naik flight, lepak2 minum kopi sambil karok2.
Begini lah rupe saya.. hoho..
**ipad tu hantaran dari Encik Suami**

Kitorg gi hanimun sempoi je.
Laki bini bawak beg ala2 Ninja Turtle Amazing Race gini ha sorang satu.

Sampai airport Phuket dah tengah malam.
Kat sana timing lebih kurang sejam lambat berbanding waktu Malaysia.
Oh, bercakap pasal perbezaan waktu kan, saya ada citer ngokngek nak kongsi kat sini.
Saya ni 1st time gi luar pada Malaysia so agak batak/curious la pasal perbezaan masa ni.
Terlontar la i soalan 'cerdik' saya kat suami = "You, nanti dah sampai Phuket, jam i akan automatik tukar waktu sana ke?" (dimaklumkan, time tu saya pakai jam analog.
Pastu Encik Suami yang dah beberapa kali jejak kaki ke luar Malaysia jawab "Haah, nanti jam you akan ikut timing Phuket".
Dalam hati saya cam wahh, pengalaman baru ni.

Pas kapalterbang di isytiharkan mendarat, saya pandang jam.
Tak berganjak! Biar betoiii..
Pastu Encik Suami cakap "Belom lagi. Nanti dah masuk dalam airport, automatik jarum jam you jatuh".
Dengan excited nya saya dok pandang jam je sepanjang jalan sbb konon tanak terlepas pengalaman berharga kan(nasib tak tesungguh langgar pa pe).
Sampai ke sudah tak tukar!
Rupenye saya dah kene wakenabeb dengan Encik Suami. Hampehdotnet punye budak!
Saddis pon ada gak.

Sambung citer.
Encik Suami dah arrange cab siap2. Dier jumpa kat forum lowyat.com kalau tak silap.
So orang tu dah tunggu kat airport siap dengan tanda nama Encik Suami.
Quite nice sebab mamat tu pandai cakap melayu. Parent dier kat Perak katanya.
Sampai hotel Bangphu Inn (hotel bajet.kui3x). 
Check-in(bleh plak mamat kaunter tu blur2 bila cakap booked by Agoda. Tak penah dengar Agoda ke) dan letak barang pastu kuar jap jalan2 melihat pemandangan Phuket di malam hari.
Hotel ni walking distance je dengan pantai Patong. Sempat la dinner sempoi2 kat tepi pantai Patong.
Balik je bilik, pengsan sampai pagi.

Esoknya, TERPAKSA bangun pagi2 sebab Encik Suami dah arrange tour package pegi Phi Phi Island, Krabi.
Normally orang gi sana balik hari je, tapi kitorg memilih untuk stay sana.
Disebabkan dah amik pakej maka harus la ikut time diorg.

Bergambar selepas check-out Bangphu Inn(lepak satu malam je sana).
Maka terpaksa buat2 celik padahal masih ngantok.

Nikmatilah gambar merapu kami di dalam van yang bawak kitorg ke feri.

Kat belakang tu feri nak gi ke Phi Phi Island, Krabi.
Dapat nombor kene tempek kat baju :p

Ape yang jadi sepanjang ke sana & semasa kat sana?
Haaa.. next entry saya citer k!
Adios..