Wednesday, December 26, 2012

Cuti-Cuti Ringkas - Terengganu

Tarikh Kejadian : 07/07/2012


Hye there!
Its me again..
Memang btol2 gagah update entry banyak2 ini malam.
Ye..demi mengejar KPI meminimumkan entry2 lama yang bakal di forward ke tahun depan.
Ewah, macam gaya forward cuti kerja je.
Hmm.. tetiba tepk.. Bagus gak wat KPI(Key Performance Indicator) gitu dih?

Chup, tumpang merapu kejap.
Entry tertangguh perlu dihabiskan dalam masa = (mengikut KPI)
SEE : The same week of tarikh kejadian.
EE : The same month of tarikh kejadian.
ME : Less than 6 month from tarikh kejadian.
PME : Entry perlu dihabiskan dalam lingkungan 1 tahun.
NI : Carry forward entry tertangguh ke awal tahun baru(minimum 3 entry sahaja).
Pergh, bleh dapat bonus byk mana ni? Opppsss...isu sensitif!

Ok, sudah tu angan2 Mat Jenin.
Mari kite move to business process sebenar..

Last entry tentang kawen adik saya yang dah nak jadi mak orang tu kan?
Now citer kenduri side laki plak.
Adik ipar saya orang seblah negeri..Terengganu.

Kedatangan kami kesana adalah dengan menaiki benda yang boleh terbang sebab baru seminggu yang lalu dah apply cuti banyak hari ckit untuk kenduri side family saya.
Dipendekkan kata-kata, kitorg still keje cam biasa pada ari Jumaat.
Abis keje je bedesup angkut beg -> naik shuttle TNB ke KL Sentral -> KLIA Express -> shuttle bus to LCCT.
Flight kami awal malam so sempat la kejar..siap sempat singgah berkopi2 lagi.

Sampai je tengah malam, adik & pengantin datang jemput kat airport, bawak gi makan kat Chilada Seafood then kami check-in Primula Beach Hotel bertempat bedekatan hospital KT.
(krup2..sedap jugak Pringles Seaweed neh).

Esok pagi, pas breakfast di hotel.. kami jalan2 sekitar pantai yang hanya kat blakang hotel je.
Sesi posing tak pernah dilupa.

Setel aktiviti pantai+posing.
Balik bertukar sarung ke pakaian lebih sopan sejajar dengan tema kenduri-kendara.
Adik saya yang blajar kat Unisza datang jemput bersama kawan.
Si pengantin dan saudara-mara berkumpul umah Ayah Long di Chendering(abang sulung Mama).

Ini kenduri di rumah lelaki.
Tak sempat nak bergamba sangat.

Abis kenduri, kami ke foodcourt Batu Buruk sebab saya nak makan ais krim goreng.
Cam is a must untuk saya mkn eskrem goreng kalo pegi KT.
Nyum2..

Setel makan, adik saya hantar gi hotel.
Kami bertukar sarung lagi sekali untuk acara bebas.
Happening gak Pantai Batu Buruk ni petang2.
Syok..
Ada kereta kuda, ATV, etc..

Tak lama pastu, adik lelaki saya plak call ajak g jalan2.
Cun, kami mmg tadek kenderaan.
Dier bawak kitorg jalan kat Pasar Payang, balun durian sedas dua..
Malam nye, karok kat Radix kalo x silap.. kui3x..

Huh, penat citer laju2.. Esok pagi, bangun breakfast sgt awal seblom kol 7 sebab flight kol 8 pagi.
Nasib dah tempah cab siap2.
BTW, hotel ni not bad.. sila menginap disini :)
Bye2 Terengganu..

Adik Kawen!

Tarikh Kejadian : 20/06/2012


Huiyyo.. glemer jap budak ni i nak citer pasal dier kat blog i.
Femes sgt ke blog u ni? Propa je lebih.
Muahaha..

 Tanggal(hah? tanggal dah? sila pasang balik) 30 June 2012, maka Lot 2050 blakang Pasar Wakaf Che Yeh pasang khemah lagi.
Orang puteh kata 'Big Work'. Orang Kelate kata 'Bekwoh'.. Haa..kan x lari jauh bunyi nye tu :p

Majlis nikah dan kenduri dilangsaikan terus pada hari yang sama.
Kurang penat kami2.. terima kasih ye pengantin.
Tempek la cikit2 gambar untuk kegunaan diri sendiri capture tarikh/momen.


Comel kan pelamin dan meja makan beradab?
Ditegaskan sekali lagi, salah satu kegunaan blog saya ni adalah sebagai online diary especially berkaitan peristiwa2 terjadi dalam hidup.
Sebab tu la even dah basi berkulat pon saya tetap akan update citer dah lepas2.
Senang nak bedtime story kat anak cucu nanti :)
Persalinan lagi 1 dah tak sempat nak snap gambar sbb adik-beradik pengantin dah start super bz.

Punye la basi citer ni.
Nak tau naper?
Sebab pengantin ni dah boyot pon skarang.
April tahun depan saya bakal dapat anak sedara, yeay!

Oh iye..
Ini la dier kakak pengantin.
Wakakaka.. Lari~~~

Langkawi With Family - Day 3

Tarikh Kejadian : 18/03/2012

Salam..
Fullamak, tak sampai sehari dah nak buat entry baru.

Sambung citer...
Bangun pagi dan sempat mandi pantai untuk kesekian kalinya.
Syoknye beralun dalam air even pepagi xde ombak sangat.
Pastu balik ke chalet cpt2 bersiap untuk checkout dan keluar breakfast.

Kali ni gi breakfast jauh ckit ke bandar Kuah.
Sebab...singgah shopping di Pekan Kuah untuk kesekian kalinya.
Ahaks..ahaks..ahaks..
Then, pegi hantar family ke jetty untuk naik ferry balik ke Kuala Perlis.

Flight kitorg lewat petang, maka apa nak buat?
Lalala.. Encik Husband bawak jalan2.
Meronda area Pantai Chenang untuk kali terakhir, masuk underwater world & melawat rumah TNB :p
 
 Seterusnya ke Telaga Harbour Park.
Tempat ni area Pantai Kok.
Kalo rase nak cuci mata tengok kapal dan boat cun2(cun la jugak), meh la datang sini..Hihihi..
Panas yang amat time kitorg dtg aritu!
Nasib tak berasap muke..huhu..

Bersetentang dengan boat2 ni ada cafe The Loaf, Tun Dr. Mahathir punye.
Sebab perot dah bekeroncong, kami pon berlabuh untuk lunch disitu.
Menu:
Presto Pesto Pasta.
Beberapa jenis bun.
Banana Al-Forno
The Loaf's Mocktail.
Diet coke :)
Mini cheesecake flavour coffee yang dah lupe nama.


Next..
Oriental Village.
Sini tempat ada cable car jika anda berminat dengan kerja2 mengukur ketinggian dan melawan kegayatan.
Sebab saya terlalu berani ditambah pula moral support partner sebelah, maka kami lambai2 je la cable car tu dari bawah.
Muahaha..
Maklum le cuti skolah. Beratur pon 'pendek' je la.
Kami ni xleh nak lelama sgt, kang kene tinggal dek kapalterbang.

Apa yang mampu dilakukan adalah ushar2 kawasan sekitar, shopping fridge magnet ckit..
Dan tidak dilupa memberi makan haiwan seperti dibawah(arnab xde dikala itu, kuciwa hati beta).

Setel pusing2 lebih kurang, kami bergegas ke airport.
Harus diingat, kereta sewa itu perlu dipulangkan di airport juga.
Dalam pada nak ke airport, sempat lagi singgah bergambar kat pantai barang seminit dua.

Dan lagi, sempat singgah makan laksa+mee rebus+air nyor sedass kat pinggir2 jalan nak menyampai ke airport.
Dinner tros la kunun nye kan.

Pas perot kenyang baru bleh ucap selamat tinggal kat Langkawi. Ye dok?
Kat atas flight, punye la ramai makhluk bawak naik hand luggage besar2.
Sampaikan penuh kabin atas kepala, siap ada org terpaksa riba barang. Tu diaaa...
Nasib baik kami naik cpt so masih ada space nak simpan hasil tangkapan.
Itu saja.
Bye!

Year End!

Selamat pagi kawan2..
Hari ni bukan nak update pasal entry tertunggak.
Saja nak taip2 amik mood after bercuti lama(xde la lama kalo takat amik cuti 2 hari je.gempak je lebih.kui3x).
Saya adalah baru pulang dari Bandung, Indonesia bagi merealisasikan impian untuk menambah cop pada buku merah :)

Syok nye kalau slalu bleh jalan2 kan?
Tapi apakan daya, itu kampeni bukan suami saya punya maka nak amik cuti selalu pon tidak lah mudah.
Even jumpe promosi murah2, terpaksa consider amik time yang including weekend & public holiday.
Supaya? Haa..supaya tak perlu amik cuti lelama lebih dari 2 hari! Pandaiiii.. (claps2x)
Hmm.. Kalau bleh work from home pon best gak kan? As long as ada internet connection je, kerja jalan.
So that, takyah dah tetiap ari kene ngadap orang2 yang buat kepala pusing.

Ujung2 tahun camni mesti ramai orang cuti kan?
Hows your holiday guys? Awesome?
Congrats kepada mempelai yang melangsungkan perkahwinan, semoga berkekalan hendaknya.
Oh, kepada mangsa2 banjir..semoga tabah dan sila extra hati2. Perhatikan pergerakan anak2 kecil anda. Malang takde bau-bauan gituu..

Next week mula tahun baru, bermakna next week saya kene buat month end settlement(itu stendet keje tetiap ujung bulan).
Nampak gayanya matlamat untuk setelkan entry2 tertunggak seblom ujung tahun tak menampakkan hasil.
Nak kata bz kat umah, xde la sangat. Contohnya smalam nak update blog tapi ter syok tengok Istanbul Aku Datang sambil golek2 dgn encik suami atas katil plak(korang mesti dah lama tengok citer tu kan?).
Huarghhh..nak g Istanbul please! (sambil kenyit2 mata seblah..lalalala).
Doakan saya rajin update entry tertunggak sebanyak mana yang boleh seblom 01.01.2013 deh?

List ->
Langkawi Part 3(part last dah ni).
Adik kawen.
Cuti-cuti pendek ke Terengganu.
Hari Raya Aidilfitri (yang ni tatau berapa phase nak wat.kalau malas, combine semua dlm 1 entry).
Pulau Pangkor.
Melbourne(part 1-3)
Sydney(part 1-3)
Smarties.
Raya Aidiladha.
JB with Hubby.
Last Minute Terjah Singapore.
Singapore Again Together With Sisters.
Birthday Abah & Family Day @ PD.
Bandung With Bujang Friends.

Huarghhh..sehari kene karang berapa entry tu agak2?
Harapan (asek harapan je, usaha nye mana?) semoga tahun depan dapat dikurangkan entry2 yang masam lagi basi.
Agar blog ini berbau harum dengan entry2 fresh.
Hoyeah!!!

Udah tu, pergi kerja skarang!
(Dari pagi tadi dok draft citer ni.. ada masa terluang je, kite klik 'Publish' ek).

Thursday, December 6, 2012

Langkawi With Family - Day 2

Tarikh Kejadian : 17/03/2012


Saya kembali!!!
Kat entry seblom ni saya pernah mention Pantai Chenang merupakan salah satu pantai cantik di Malaysia kan?
  Haa..so aktiviti pepagi esoknya adalah berkubang dalam air pantai.
Yang syok nye, siap ada panorama orang tengah poco-poco kat tepi pantai.
Mebi ada company wat family day kat situ.

Setel berendam, kite ngap2 plak.
Lokasi, kedai roti canai berdekatan hotel.
Pepagi tak banyak kedai bukak. So memana jumpe, bedal je lah.

Pas makan yang tak berapa nak tenang sebab akak yang uruskan Island Hopping asek call2 tanya bila nak datang.
Citernya, kitorg amik pakej kol 9:30pagi.
Then di pagi hari kejadian, akak tu call tanye bleh tak move to session awal. If not, next session lambat ckit. Pulak!
Ntah le masalah boat tak available ke ape, so terpaksa OK kan aje sbb tamo la amik sesi lewat.
Nanti kacau program petang. Dah le datang Langkawi tak lama sgt.

Setel makan dan sampai kat kedai, akak tu mintak maaf sbb dier agak bising dalam tepon.
Tau pon ko!

Kitorg dibawa ke jeti dan naik speedboat.
Destinasi pertama adalah Beras Basah.
Kedatangan kami disambut oleh monyet2 yang telebih peramah.
Amaran, sila jaga barang peribadi anda especially makanan.
Kat sini bleh snorkelling, banana boat & mandi laut jika mau. Kami tak bawak baju extra maka diam2 sudah.
Bayaran dikenakan, berbeza mengikut aktiviti except mandi laut.
Kalau mandi laut pon kene cas, sekeh kepala la.

Next, kami disinggah lalukan(kepada budak2 nak amik kursus tatabahasa, sila jangan copy ayat td.Muahaha) sekejap kat Gua Kelawar.

Next lagi, Eagle Feeding.
Ekceli saya agak tertunggu-tunggu acara ni.
Kot la bebetul bleh bagi makan Pak Lang tu makan.
Skali, boat benti tengah2 laut then dikautnye ikan mati yang cam x brape ada zat badan(kecik dan kurus ikan nye) then di campak dalam air.
Oleh yang demikian, burung2 helang pon datang menyudu ikan yang dah slowly nak terbenam masuk dalam air.
Those yang sempat capture gambar, sempat la.
Kitorg ada gak amik gambar tapi dalam kamera family, tak transfer sepenuhnya masuk sini.
Yang mana sempat cedok kat FB adik dan gambar ada dlm phone saya je yang bejaya masuk blog ni.
Mebi bahaya kot kalo nak bermanje2 men suap2 helang makan sbb tu bleh dari jauh je.
Kalau kene patuk, maka Tak Selamat la ko Kassim(ubahan Kassim Selamat).

Destinasi terakhir Island Hopping adalah Tasik Dayang Bunting.
Sila kentalkan fizikal anda sbb nak kene daki bukit.
Lif ka, eskulator ka, semer tadak. Nehi2..
Memang kene manually panjat ditemani monyet2 sambil menikmati keindahan alam.
Jalan nya tadek la bahaya pon tapi kekdahnya bisa membuatkan askar wataniah hampir pengsan(syhhh..hehe).

Ramai gak yang mandi la, celup kaki la kat tasik ni tapi kitorg tak men join plak.
Saya dan Encik Suami ada gak men peralatan kayuh ni tapi gambar ada kat enset adik.
Maka, tempek foto seblom mengayuh je la ye.

Abis Island Hopping, kami digoda untuk beli gambar kat piring.
Ada, stendet la tu kan.
Nak wat kenangan, masing-masing beli seketol sorang except Encik Suami sbb gambar beliau tutup muke(bajet artis. hahahaha).

Parent ada sebut2 nak ke Makam Mahsuri so kami sempurnakan lah sebutan itu.
Seblom sampai, singgah kedai makan utk lunch bagi mendiamkan perot yang tengah berkeroncong.
Ini dier gambar yang tak berapa byk sekitar Makam Mahsuri.
Dah jadi macam zoo ckit2 pon ada. Kikiki..
Sempat gak la kami tengok wayang pendek perihal Lagenda Mahsuri.
Oh ye, nak masuk sini bukan free ye. Kene bayar rm5 inggit sekepala.

Keluar je ckit dari tempat Mahsuri, kami singgah kedai jual gamat.
Banyak gak Mama saya shopping gamat untuk diberi sourvenir kepada adik-beradik beliau. Hihihi..

Sesudah itu, tak lain dan tidak bukan..shopping!!!
Stendet la..kalau coklat, Haji Ismail Group.. Kalau pinggan-mangkuk, IdamanSuri.
Kami suami isteri turut tershopping skali barang rumah :p

Hagak2 dah malam dan penat, kitorg balik hotel.
Bukan terus tdo, kene ah dinner dulu. Men terjah memana kedai kosong sekitar hotel je.
Pas makan, berpecah..
Saye dan suami dating menikmati suasana malam di sekitar Pantai Chenang yang happening, family saya mostly pusing2 kedai sourvenir yang ada area situ.

Sekian, abis dah Day 2.
Day 3@ last day saya nak citer lenkali la..
Nak ZzZzZz plak kerana malam telah mencemburui saye.. Auww!!!
Bye!

Langkawi With Family - Day 1

Tarikh Kejadian : 16/03/2012



Hoyeah..citer basi lagi.
Tak kire, nak kabor gak kat sini :p

Bertarikh seperti di atas, kami suami-isteri berjaya membuat pakatan menyeponser percutian ke Langkawi selama 3 hari 2 malam.
Lama dah teringin nak bawak family jalan2 ke Langkawi, kejap pon jadi lah.
Namun, sedikit kecundang sebab tak semua adik-beradik dapat dtg.
Ada seketol offer diri nak jadi guard jaga umah kat kampung.
Ish2..

Meh zoom ke citer Langkawi.
Menjelang tengah hari, kami suami-isteri ke sana naik flight dari KL.
Tak berapa lama dalam flight, akhirnya by tengah hari dah sampai airport Langkawi.

 Sampai2 je kat Langkawi, tunggu Kak Tie hantar keter di airport sebab sewa keter dari dier(dapat contact daripada opismate, Firdaus ABAP..hehe.Tq!)
Disebabkan nak mengisi ahli keluarga yang ramai, so kene cari keter byk seat ckit la which is Toyota Unser(Answer..hahaha).

Dapat je keter, bedesup gi check-in hotel.
Untuk penginapan kami sekeluarga adalah kat Pantai Chenang(antara pantai cantik di Malaysia).
Oh, tempat tu namanya Chalet Malibest.
Tidak la mewah, sekadar termampu dan selesa :)

Setel check-in, kebulur ok!
So men belasah je apa yang dekat.
Jumpe kedai roti Bread Story sekitar pantai Chenang. Serbuuu..

Dengan perot yang dah memberat, kami jalan2 bercinta di tepi pantai.
Oh..gatai!
Dah menjelang petang, family dah roger naik ferry.
Then kitorg gi ke jeti untuk jemput family.
Err..seblom tu singgah Buroq Oil untuk isi minyak. Kang tak sampai plak. Tak rela i nak tolak keter.

Agak2 cam dah tersampai awal, kitorg pusing2 dalam terminal ferry.
Then, memanjangkan sikit kaki ke Dataran Helang.

Sesambil terbelek-belek jam, kami pon pegi semula ke jeti.
Sesampainya mereka ke bumi Langkawi, again..bergambar kat Dataran Helang.
Kali ni gambar kaburs ckit sbb ari dah start gelap dan kami x bawak DSLR. Pakai kamera phone je.
**Maafkan kualiti gambar yang tidak enak itu.

Bawak family balik berehat jap.
Pas Isyak, disebabkan masih penat so dinner dekat2 hotel je la.

Setel makan, saya dan Encik Suami berjalan-jalan sekitar Pantai Chenang untuk cari pakej Island Hopping untuk kami sekeluarga.
Alhamdulillah, jumpe.
Kene rajin survey ye kalau nak dapat best price(itu salah satu sebab kenapa kitorg x bli online siap2).

Setel Day 1 di Langkawi..
Tata..