Saturday, January 4, 2014

2nd Anniversary - Koh Lipe, Thailand Day 2

Tarikh Kejadian : 10/11/2013


Jumpe lagi!
Nak update citer pegi Koh Lipe 2 bulan lepas (oopss!) bagi sesapa yang berminat :)


Jam 9 pagi, mulakan hari dgn breakfast kat hotel. Dan arini cam baik hati nk jln kaki turun bawah, x call golf-cart pon. Jenuh gak turun tangga,turun bukit bagai. Hambik ko..exercise la konon kan..

Breakfast!

Dan..bergambar ckit2.

Ekceli, dah plan nak mandi laut. Siap pakai baju 2 lapis (baju renang kat dlm,tshirt kat luar).
Skali pas mkn, baru je jln2 ckit dan snap2 picture kat gigi air dpn hotel, ujan turun. 
Lebat plak tu. Terpaksa guna khidmat golf-cart hantar balik ke bilik.

Aktiviti kat bilik hanya bergelumang atas katil sambil tgk tv sbb ujan lebat x benti2 lagi.
Dekat kol 11:30 pagi baru tegedik2 turun mandi laut sbb ujan dh completely stop. Kui3x...
Ni gambar sepanjang nak turun ke pantai (hotel ni ada banyak gantung patung2 kat pokok).
Jom tukar baju dan mandi laut!

Encik Suami g snorkelling jauh ke blakang ckit.
Sewa alat snorkelling adalah 50batt.
Mak budak yang dah makin semput berendam je kat air paras tengkuk. Hihi..

Kalo duduk pesisir pantai akan nampak laut kaler berbalam-balam ijau + dark blue.
Yang kaler ijau tu air dan pasir lah. 
Kalo agak2 dah lalu kawasan dark blue, sila jaga2 sbb situ ada banyak coral.
Cuba untuk jgn pijak ok!
Kesian depa..
Kalo dh sewa alat snorkel tu, pegi lah cari kawasan yg air nye nampak ala2 dark blue ek.

Dah jam 1:30pm, naik ke darat berjemur keringkan badan atas kerusi bawah payung sambil berangan nk mkn pe jap lagi. Hahaha.
Dah agak kering, balik bilik untuk mandi + solat dan rest jap.
**Arini diorg kemas bilik buat corak kat tuala. Smalam xde corak. Terpaksa la snap gambar :)
Ni swimming pool dpn bilik :)
Jam 3:30 keluar jalan cari makan kat pesisir pantai.
Kali ni kami try kedai Bung Roon Halal Food, bedekatan entrance Walking Street.
Cakap melayu je time order, sebab orang yang layan kitorg tu orang Kedah.
Kitorg order nasi putih 2, tomyam merah, kailan ikan masin, telur dadar, sotong pedas(rasa cam sotong masak cili api campur kari), air mineral botol besar 1.
Total kos = 780batt.

Simptom mengandung agak menolak seafood.
Dah cuba amik sotong seketul dua tapi cannot go.
Maka, makan nasi lauk kuah tomyam, sayur dan telur dadar saje la. Huhu.

Abis makan lepak jap kat kedai tunggu makanan turun.
Pastu, kite sambung jalan sambil tgk peta.

Around jam 5 petang, kami sampai ke another side of pantai, Sunrise Beach namanya.
Air nye lagi cantik, tenang, lebih hijau dan sangat ramai omputeh chillex disitu.
Macam geram nak berendam tapi tak pakai plak baju renang.

Side pantai sini, hotel/resort nye lebih low profile or village style.
Cenggini salah satunye..
Tapi bila dah jalan sampai ujung, jumpe gak 2 ketol hotel yang agak high class.
Bergambar lagi..

Jam 6:30 petang, kitorang balik ke Walking Street lagi untuk kudap-kudap.
Pekene mango shake, watermelon-orange shake, mango sticky rice & banana-nutella pancake.
Mango sticky rice sedap gile!
Nama kedai, Thai Lady Pancake Shop (sama mcm smalam tp branch lain, ke dalam ckit).
Encik Suami cakap, dier bagi 6 out of 5 bintang!
Total semuanya = 260batt.

See, anjing berada dimana=mana.

Abis makan, kami jalan2 cari sevinier ckit tapi xde sgt hasil tangkapan.
Untuk diri sendiri xde pon kecuali fridge magnet seramik yg susah bebenor nak jumpe. Huhu..
Mostly banyak jual pakaian dan gelang/rantai hasil laut cam cengkerang gitu.

Haa..lagi nak bitau.
Kat sini postbox macam ala-ala femes gitu.
Tatau nape..
Keychain pon banyak diorg buat ikon postbox.

Jam 7:30 malam, dah gelap sangat dah kat sana.
Kami balik bilik dulu dihantar oleh golf-cart.

Jam 10:00 malam, keluar dinner kat hotel sebab macam malas nak jalan jejauh dah..
Plus, pesisir pantai dah gelap sangat takde lampu.

Dinner malam tu, kami pekene watermelon juice, watermelon shake, salmon steak, prawn coctail, ice-cream choc & choc chip untuk ganti cake.
Kenapa kene ada cake?
Sebab, nak selebret our Anniversary :) 
Ulang tahun nye 11 November, kami selebret awal beberapa jam. Lalala.. 
Total cost untuk dinner malam tu = 1345batt.

 


Smentara tunggu golf-cart datang pickup, bleh lepak2 sofa lobi sambil baca buku.
Pemandangan malam on the way balik ke bilik hotel.
Ok, bye!

Friday, November 15, 2013

2nd Anniversary - Koh Lipe, Thailand Day1

Tarikh Kejadian : 08/11/2013


Selamat malam..
Simple update tentang short vacation last week :)


Kol 5 pas opis hour,rushing balik rumah amik bag & Encik Suami sempat tukar tukar bj. Tros gerak ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS).
Sampai2 je Bandar Tasik Selatan, terlepas KLIA transit jam 6:30 sbb kes susah dpt parking jap td.
Nak tak nak, kene amik next train kol 6:50PM sambil bedebar2 takut telepas flight.

Jam 7:20PM, sampai klia.. Rushing plak masuk ke gate B10.
Terasa cam jauh gile...jln plak kene laju2 sbb flight kol 8:05PM. Neves2x.. 
Pas dh masuk dlm bilik B10, xde nampak flight pon.Uk aloh!
Tak lama pastu, kedengaran announcement flight delay ke 8:50PM sbb kelewatan flight dr Singapore.
Buang karen je cuak telebih dan jalan lelaju td. Huhu..
Paling best, kene tukar pegi gate B02. Pulak dah jauh jaraknye!

Kol 8:50PM, x jln2 gak flight even dah masuk dalam kapal.
Pastu kan kan kan.. MAS punye screen yg tunjukkan ciri2 keselamatan semua jammed even diorg dh try byk kali.
Last2 kabin krew kene buat demo manual.
So kat situ dh delay lg. Almost 9:20PM baru btol2 jln.

Jam 10:20PM, sampai jugak ke Langkawi.
Ada kejadian lain plak berlaku..kaunter cab dh tutup dan cab plak dh abis sbb mlm ni ada 2 flight delay & flight TigerAir first time plak dtg mendarat kat Langkawi.
Dah sudahhhh..mcm2 hal.
Takkan nak kene sewa keter last minute.
Tepaksa bratur reramai ngan org lain tunggu luck kot ada cab sudi masuk lg.
Nasib ada dan dpt naik.
Potong queue plak tu (bukan sengaja ye). Cab amik kami dulu even kami bratur plg blakang.
Sebab? Org lain by group dan x muat 1 cab. Alhamdulillah, rezeki..
Harga cab daripada airport Langkawi ke Pantai Chenang = RM20.

Almost 11:00PM, check-in kat Sweet Inn Motel, Pantai Chenang.
Walaupun motel dan kecik, tp bersih. Bgs!

Perut lapar gile. Pas letak bag, kuar jln kaki mkn kat Restoran Haji Ramli sekitar Pantai Chenang.
Menu : nasi putih 2, tomyam ayam campur daging, telur dadar, kailan ikan masin, air kosong 3, mineral water 1, air 100plus = RM27.
Puas hati dpt mkn, sdp!
Agak dah almost 12:00AM, kitorg balik motel mandi -> solat -> tdo.
 Mahap xde gambar motel sbb dah penat sgt nak petik2 kamera.


 **************TAMAT HARI 1. JOM KE HARI 2 PLAK****************


Tarikh Kejadian : 09/11/2013



Seawal jam 7:30AM, agen dah datang pick-up kat Sweet Inn Motel, Chenang.
Sangat punctual.. tak sempat lagi nak snap gambar tempat menginap.
Kami amik servis dari Tropical Charters Sdn Bhd untuk urusan pergi-balik Langkawi -> Koh Lipe.
Harga? RM250 pegi balik utk 1org.

Tempat pertama yang dibawa adalah, opis agent kat area Chenang jugak utk isi borang imigresen & amik resit.
Seterusnya, kitorg dibawa ke Tanjung Lembung utk urusan imigresen. Jangan ingat bleh lepas seludup2 je ye, sila bawak paspot skali. 
Dah setel hal kat imigresen, baru la kitorg dibawa ke Awana Porto Marina utk naik speedboat.
Passport semua orang, kapten boat collect siap2 utk urusan imigresen kat Koh Lipe nanti.
Actually, kitorg nak amik ferry utk kurangkan gegaran tp dh survey2 and call merata (seblom dtg) xde ferry. Hasil pembacaan seblom ni, ada ferry dari jeti Kuah ke Koh Lipe. 
Maybe dah stop beroperasi or sebab bukan peek season maka asal call je, cakap ada speedboat je.
So blasah la speedboat pon.
Ibu2 mengandung sila duduk bahagian blakang ye utk kurangkan lambungan. Tapi ekceli xde ah teruk sgt bumping2 sbb speedboat ni sgt selesa dan berkusyen. Dan, mungkin jugak sebab laut tak gelora sgt time trip kitorg tu.

9:00AM, mula naik speedboat. Kami berdua je melayu, lg 8 org adalah omputeh.
Dah gerak ckit speedboat, ujan..pastu benti ujan dah. Kejap je. Hahaha..
Tetiba kat tgh2 laut, boat benti. Semua tejenguk2 pandang luar. 
Rupenye ada beberapa ikan lumba2 tgh berenang. Comelll! 
Elok je amik kamera nk snap gambar, diorg dh makin jauh pegi.huhu.. Tak sempat.

10:00AM, sampai Koh Lipe iaitu kat Pattaya Beach.
Boat kami bleh tros sampai ke dasar cuma kene basah ckit redah air.
Certain boat perlu another longtail boat dtg pick-up penumpang. Longtail boat ni kene bayar asing kalo x silap 50batt.
 Chup2..cantik kan air kat sana? Clear, bleh nampak coral.

Kat sana tak payah pakai kasut/selipar mahal2 ok.
Pakai selipar jepun lagi selesa :)

Sampai ke darat, tros check-in siap2 kat kaunter agen ni utk balik ari isnin ptg.
Senang je nak jumpe kaunter.. Memang ada tulis signboard besar2 Satun Pakbaran. Boat mmg stop dpn kaunter tu dan semua2 org yang turun dari boat memang kene lepak kat opis agen tu.
 Sebab? urusan paspot, agen yg setelkan. Takyah nak g bratur bagai (ekceli tatau pon katne pejabat imigresen di Koh Lipe tu). Tunggu je kat opis agen..dh siap kang, diorg dtg dan bg paspot kite masing2.

Dah dapat buku merah kembali, kitorg jln kaki ke hotel.
Sita Beach Resort & Spa Hotel tu xde jauh sgt dari tempat boat berlabuh,the same pesisir pantai je. Sampai je kat sana, sila cari map jika tak pasti.

*Sepanjang jalan ke hotel. Ia adalah kawasan kepunyaan seblah hotel kitorg. Muahaha..
Sampai hotel, still early jam 10AM(mereka lambat sejam. Kalo kat Malaysia, jam 11AM). 
So, g tinggal bag je dulu kat reception.

Dah lapar gile.
Nak bli breakfast hotel, dh close plak. Bila tanya ala carte, start bukak kol 11:00AM.
Kitorg pon kuar la jalan2 cari makan.
Last2 jumpe Cafe-Lipe yg bukak. Cafe tu sekitar that pesisir pantai gak tp kene jln jauh ckit dari hotel kitorg.
Dan, dier buat breakfast dan dah start makanan lunch gak jika nak.
Owner kedai dtg tegur katanya dia org Iran dan muslim.
Dia kompemkan meat dia mmg halal sbb bli dr penduduk kampung yg sembelih lembu.
Cun!
mmg lapar gile xmampu nk mkn roti semata2 dah ni.
Saya order nasi goreng daging(80batt), Encik Suami perasan diet, order roti scramble egg with cheese. Air plak mango shake(60batt) for me and iced choc for Encik Suami. 
I ingat harga makan minum i je 😝

Dah licin air dan makanan, pi tambah lagi 1 mango shake & 1 mango lassi. Emmm..dapnye mango shake!
Minum2 sambil baring chillex di pondok cafe.oyeahh..

Nak tempek gambar sekitar Cafe-Lipe yang mesra alam semulajadi dan makanan sedappp :)
Mostly kedai2 makan or jual2 yang berlantai sekitar Koh Lipe ni kene bukak selipar. Harap maklum.

12:15PM, pergi check-in hotel.
Ada a few types of room kat sana. Bilik hill top seaview rupenye jauhhh ke atas bukit.
Nasib memang dibawakkan naik golf cart.

Sgt berpuas ati ngan bilik.. Good choice, Encik Suami! 
Awalnye pelik gak ada 2 toilet yg bukan seblah2. Ingatkan bilik apa yang banyak2 sgt. Rupenye tempat shower belah kiri then lorong ke pintu masuk then bilik jamban belah kanan.
Sinki plak kat partition lain which is luar dr both toilet.hihi..

 Panas ya ampun kat luar,lepak bilik je rehat2 golek2..
Encik Suami bantai makan megi yang dibawa dari tanah tumpah darahku. Jeles!

Lama plak begolek siap tdo2 lg.
Petang pas Asar baru kuar smula. Call golf-cart dtg pickup.

Aktiviti, jln pesisir pantai sambil main air ckit2.


Then jln lagi ke dpn hingga entrance Walking Street.
Apa lagi, masuk la kami ke Walking Street.

Mkn banana nutella pancake 60batt & mango shake 60batt kat kedai Thai Lady Pancake Shop.
Rindu gile banana nutella pancake even it is only roti canai pisang sapu nutella je. 
Layan dowh kalo mkn mende tu kat Thailand.

Pas mkn, sambung jln jejajah Walking Street sampai ari dh gelap.

Koh Lipe x besar pon.
Actually, "Koh" kalau dialih bahasa ke BM adalah Pulau. So, Koh Lipe = Pulau Lipe. Hehehe...
Nak cari fridge magnet pon payah. Kalo yg jenis segi4 gambar cam kertas tu besepah la tp kalo nak cari yg seramik ya ampunnn sukar.
Jumpe la sketol dua fridge magnet seramik yg bentuk senonoh ckit.huhu..
Pakaian dan gelang2 cengkerang byk ah ada jual.

Kedai makanan halal sgt byk kat sana so dun worry sgt psl mkn.
Otw balik, singgah tapau ayam bakar dan pad thai ayam(first time rasa, sdp gak rupenye tp x snap gambar plak) kat kedai halal yg org kedai nye pandai ckp melayu.
Nama kedai tu Sip Pee Nong, kat dalam Walking Street. Ayam bakar + pad thai ayam = 160batt.

Bila langit dah gelap, balik lepak bilik sambil mkn2 tgk tv je.

Mlm x berapa happening berbanding pulau lain yg kitorg penah pegi.
Sepanjang pesisir pantai pon gelap je.maybe sbb bukan peek season kot.

But, still a good place to visit :) 


*oh beware, kat sepanjang tempat kat sini mmg besepah2 anjing. Penat asek nak men ngelak je.