Monday, July 20, 2009

Ulser Mulut

Saye tekene ulser mulut. Sakit :(
2 tempat plak tu kene :(
Meh nak share maklumat pasal ulser mulut



ULSER MULUT :
Ulser Afta merupakan tompokan putih atau kuning dalam mulut yang mempunyai tanda kemerahan di sekelilingnya. Ulser ini mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan.

PUNCA :
Punca sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia sering dikaitkan dengan :
  • Stres
  • Perubahan hormon
  • Jangkitan
  • Kekurangan zat makanan
  • Alahan
  • Rawatan radiasi
  • Rawatan kemoterapi

MASALAH YANG TIMBUL :
Ia sering dihubungkaitkan dengan :
  • Rasa membakar di dalam mulut
  • Kesakitan
  • Ketidakselesaan yang berpanjangan
  • Hilang selera makan
  • Demam

MASA UNTUK SEMBUH :

Kesakitan akan berkurangan dalam tempuh 3 - 4 hari tetapi ulser biasanya akan mengambil masa 10 - 14 hari untuk sembuh sepenuhnya.


PERHATIAN :

Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian jika ulser mulut masih berlarutan melebihi dua minggu. Pemeriksaan penting untuk menentukan tiada lesi kanser dan pra kanser mulut.


UNTUK KURANGKAN SAKIT :

Cuba petua di bawah untuk menghilangkan rasa sakit :
  • Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik.
  • Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit
  • Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
  • Makan makanan yang lembut.
  • Kurangkan makanan pedas dan berempah.
  • Minum air secukupnya.


Youtube

Tetiap ari dtg keje, rajin benor mendonlod Youtube. Tp tadek la sesambil keje sesambil tgk Youtube. Slalunye donlod, then balik tgk kat umah.

Meh nak share ape citer yg saye slalu donlod kat Youtube :

1) Gugu Gaga Erra


Citer ni mmg so far tak penah miss lg. Ekceli nak tgk baby Aleesya je. Hihi.. nape baby comel? Saye nak jd baby gak bleh? Nanti selalu leh dpt hugs and kisses dan disayangi ramai. Yeay!

2) Mertua Vs Menantu


Asalnye mmg cam syok je follow. Skali sampai episod baper ntah, ada part yg teputus. Maka saye sudah frust utk sambung tgk citer tu. Tak best la tgk citer ada lompang2 kan?

3) 3 Janda


Citer ni diperkenalkan oleh Waniey. Tgh syok tgk sampai episode 7 then dah tadek org nak sambung upload utk episode 8. Padahal kat Astro dah sampai episod belas2 dah. Huhu.. nak tgk sambungan...

TGIF on Sunday


Smalam saye ke Pavilion sbb nak p tgk muvi. Citernye adalah Transformers! Lately ni asal tgk muvi je rasa nak g Pavilion sbb kat situ cam x ramai sgt bratur bli tiket berbanding tempat lain.


Oh, smalam juga di declare sbg hari boria. hahaha.. sila lihat gambar yg blur2 ini. Ish2, tak pandai btol saye snap gambar. Nampak kah apa persamaan nye? Kuikuikui...


Smentara tunggu muvi, meh g mengenyangkan perot dulu. TGIF, here we come!


Air, watermelon juice utk saye(dah 3 entry beturut2 saye order air ni kan?) dan si kembar tak seiras saye order mango juice. Lenkali nak order Mojito la plak. Hihi.. Smentara tunggu main course sampai, kitorg mamam fried mac & cheese ni. Comel je bulat2 tp best mkn time panas2 je,before cheese nye cair.


Ok, dah dipaparkan makanan yang saye order. Namanya Sizzling Chicken & Cheese. Asek cheese je, adeh la. Nice la gak tp saye lg suke pow makanan partner saye pnyer iaitu New York Strip spt dibawah. Nyum2, shedap ok. Sbb dimasak secara medium rare, so juicy. Lg 1, saye sukee mash potato nye.


Sekian citer jalan2 cari makan saye. Lenkali plak ye.. tata!

Epal Kasturi

Seblom ni bile masuk blog Kak Jet, dier asek citer minum air Epal Kasturi bile g Secret Recipe. Mungkin sbb sgt sedap. Pe lg, kene try ni. Mari terjah Secret Recipe..

Last week, ari Sabtu g beronggeng area Sogo. Lama btol rasanya x beronggeng ke situ. Last pegi time my sis dtg. Sesampai kat situ, g lunch kat Restoran Insaf dulu (harap maaf,x snap gambar plak). Kat situ pekene Beriani Ayam Madu. Sgt la sedap.. Patot la femes. Air, watermelon juice utk saye dan pow mango juice yg dikatakan special kat situ. Sedap, pekat..


Perot kenyang, bleh la jalan sesuka hati kat Sogo. Ramai btol org. Maklumla, sale katekan. Dah penat bejalan, naik g foodcourt atas utk cari santapan minum ptg. Jln punye jalan, kaki tertarik ke Secret Recipe sbb nak mamam banana split.


Seperti di dlm gambar, ini dia air epal kasturi kak jet(suke2 je bg nama mcm tu) dan seblah tu air appletiser kegemaran Mr Z. Patot la kak jet suke, mmg sdp air epal kasturi tersebut. Slurppp...

Super Sandwich

Penah makan kat Super Sandwich x? End of last month, saje la nak try mamam kat situ kan. Dat time saye menerai di kedai dlm Midvalley.


Saya order chicken sandwich, insan yg menemani saye beronggeng hari itu order turkey sandwich. Dan we both order watermelon juice. Sandwich tu di sekalikan dgn fries.


Komen? Ok lah, saye prefer Subway lg kot. Hihi.. alamak, dah lama x mamam Subway. Rindu teriyaki chicken..

Wedding Kak Gjie


Salam to all.. Hari ni nak melangsaikan entry tertangguh. Bermula dari citer trip to JB utk wedding Kak Gjie on 26th June 2009. Insan2 yang terlibat adalah seperti diatas iaitu merupakan Ila, Kak Jet, Hidayati, Kak Ila dan Kak Ayu.

Kitorg begerak pas abes keje, bekumpul di Stesen Bandar Tasik Selatan. Dari sane, kami diangkut oleh Kak Ayu dengan menggunakan pengangkutan yang dimiliki oleh Encik Kak Ayu. Hihi..

Sesampainya di Skudai, kedatangan kami disambut oleh Encik Kak Jet yang dtg bersama iswara merah dan bukan hamparan karpet merah. Nawaitu nye, dier nak bwk kitorg ke hotel yg kitorg nak menginap. Maceh ye Encik Kak Jet di atas kesudian anda membelanja otak2.


Kat atas tu gambar kitorg landing kat dlm bilik di RJ Hotel. Ada 2 katil queen, almari tanpa hanger, TV dan fridge yg dipenuhi air2 yang tidak boleh diminum oleh org Islam. Ish2.. Toilet pon ok ah.


Esoknye pas check out, kitorg g umah Kak Gjie. Makanan dan kuih-muih semer sedap2 ok, air pon sedap. Anak saper la yang masak agaknye. Disitu gak terjadinye episod small reunion. Ada Emy, Nazex, Liza, Kak Suzi, Farha dan Dr Dayang.


Ini gambar kitorg bersama pengantin. Pas setel menyaksikan pengantin bersanding, kami berangkat g jenguk2 UTM dan melepaskan rindu utk minum2 di cafe k9. Kemudian, balik KL. Bye2 Johor..