Friday, May 1, 2015

Bali Trip 2014 - Part 4

Tarikh Kejadian : 13 November 2014


Hari ke 7..
Bergambar-gambar je kami di pagi hari. Dan tidak lupe, rendam Mika dalam air. Peberet beliau tuh.
Almaklumla, nak datang lagi kang tak tahu plak ada rezeki lagi ke idok..
Hoho..layan kan aje foto ni. Mana tau kot ada yang berminat nak stay Westin kat sana nanti.

Pastu jalan2 dalam Westin untuk kali terakhir. Sob3x..
Lawa dok?

Ada orang sapu sampah kat pantai.. ko ada?

Pastu sambung jalan2 through pantai Nusa Dua.
Kat sini pantai dier bersih ckit, terjaga..

Boleh layan urut tepi pantai kalo nak dan kalo tak reti malu. Kih3x..

Last, sebelom checkout, post gamba Westin hotel.

Ok.. habis alkisah Nusa Dua. 
Babai Westin, checkout sudah. 
Pak supir datang pickup pukul 2 petang untuk pegi Ubud.

1st destination kat Ubud, kami pegi Tegallalang Rice paddy.
Aritu lalu je tak jadi singgah sebab Mika tidur.
Kali ni Mika berjaga dan ceria, maka kite terjah.

Dah.. satu tempat je pegi melawat.
Sebab, memang amik Supir untuk drop ke hotel di Ubud je pon. Tapi alang2 lalu Tegallalang, mintak dier singgah jap. 

Sampai hotel kat Ubud dah lewat petang jugak. 
Perjalanan dari Nusa Dua ke Ubud ada la lebih kurang 1 jam stengah ke 2 jam (bergantung kepada trafik).
Kat Ubud, kami stay kat Tjampuhan Resort & Spa.
Betul2 atas bukit, tepi hutan belantara.
Kepada para pencinta alam, sila lah ke hotel ni.

Mika ushar je pakcik receptionist ni bagi tuala basah.
Oh..dapat air persegaran jugak. Burp, Alhamdulillah..

Lepas dah setel urusan check-in, kami di bawak ke bilik.
Mak oiii, jauh kena menapak rupenye.. Siap naik turun tangga bagai. 
Tau lah tepi hutan, ala2 nak pegi jungle trekking dah gaya nya.
Nasib ada assistant tolong angkat barang.


Dah masuk bilik, rehat tarik napas lepas napas jap sebab dah cungap2 banyak kene jalan dan naik tangga sambil dokong Mika.
Agak-agak dah ilang penat ckit2, kami turun terjah kawasan hotel ni.
Sini pon ada banyak swimming pool.
1st swimming pool yang kami jumpe: mesra alam dok?
Yang bawah ni bukan swimming pool la. Ala2 kolam kecik je.. 
Tak sempat nak teropong ada berudu ke tak.

Ni plak Library / internet cafe.
Memandangkan bilik kami jauh dan kawasan ni ala2 tepi hutan, coverage tenet tak sampai ke bilik.
Maka kami datang tenet kat sini.
Boleh pakai PC yang disediakan. Ada beberapa.. for free saja.

Bawah ni plak ke swimming pool ke 2.
Memang tak boleh elak, kene main panjat2 tangga banyak.
Swimming pool sini besar skit daripada swimming pool tadi.

Ma;am nye, kami jejalan town Ubud.
Ada shuttle dari hotel ni akan hantar ke town. Dier park kat muzium, then ikut la kaki melangkah,
Kene check jadual kol berapa shuttle ada.

Kat pekan Ubud, pekena aiskrim dulu walaupun sejuk.
Layankan aje la peberet Daddy & Baby neh.. lalala..

Then sambung jalan-jalan cari dinner.


Setel part dinner, kami balik ke Muzium untuk catch balik shuttle balik ke hotel.
Ni haa rupe depan muzium.
Takut hakuuu.. hoho..

K la, dah panjang berjela dah entry ni.
Sambung next entry pulokk.
K bai!

Saturday, March 7, 2015

Bali Trip 2014 - Part 3

Tarikh Kejadian : 11 November 2014

(hari ke 5)****************

Pepagi hari lepas check-out Hard Rock Hotel Bali, supir dah tunggu untuk bawak kami jalan-jalan. Yeay!

Tempat pertama kitorg pegi adalah Bedugul (Beratan Lake & Ulun Danu Temple).
Bedugul ni kawasan pergunungan, jauh dari area Kuta, almost 2jam perjalanan. On the way ada banyak orang jual stoberi.. macam Cameron highland gak la kot.. rasa sejuk2 nyaman, area kaki bukit gamaknye...

Kawasan sini besar dan cantik, terletak kat tepi tasik, Beratan Lake.
Actually, sini adalah temple, Tample Ulun Danu.
So far memana temple kitorg pegi, nak masuk kene pakai kain yang di provide.
Tapi kat sini takde pulak.

Kasi layan gambar-gambar kat sini.



Kebetulan time kami pegi, tengah ada ceremony apa ntah namanya. Heee..

Haaa..ni la mercu tanda ke"famous"an tempat ni.
Nampak tak yang bertingkat-tingkat macam pokok krismas tu?
Haa tu la temple nye. Cantik, kat atas tasik.
Kalau uolls tengah ada duit rupiah skarang, cepat gi belek. Sebab, temple ni ada diabadikan kat dalam duit Rp50,000.



Tapi kebetulan time kami pegi, macam ada construction tengah dok buat kat depan temple.
So, gambar kecantikan temple agak terkacau ckit.



Next:
Tanah Lot!
Gile panas time kitorg pegi nih.
Style perit punye panas.
Asek ngelat berlindung bawah pokok sebab kesian kan Mika.
Kang naik eczema pulak.

Tapi tak boleh nafikan, Tanah Lot sangat cantik dan perlu ada dalam checklist korang kalau ke Bali.



Cantik kan? Quintessentially Bali.

Selfie sepam. Masa kita pegi tu, instagram Nora Danish baru je lepas post selfie dekat Tanah Lot ni..

Nampak tak belakang tu? 
Jangan kata kitorg tak pegi..
Kitorg tak melepaskan peluang cuma tak bergambar je dan xde lah cross sampai ke temple.
Kalau takde Mika, iolls dah cross dah. 
Menjejeh-jejeh airliur nak jalan atas batu sambil disimbahi ombak sekali-skala. 
Tapi ada Mika, x berani amik risiko. Mummy dier ni x bleh pakai sangat. Kang tegelincir sana, tergelincir sini pulak.

Setel pusing-pusing kat tempat awesome tu, kami kembali ke Kuta.
Di Kuta just pusing-pusing atas keter jap je sementara tunggu petang.

Agak2 timing dah cantek, kami menuju ke Jimbaran.
Ehem2..alang2 sampai ke Bali, kene la dinner sini. Actually hari ni (11.11.14) adalah hari anniversary kawen kitorang, so amik kesempatan dating candle lite dinner kat tepi pantai.. wow, Poyo je..

Bederet-deret kedai sekitar pantai sini. Tinggal siapkan ongkos nye saja.
Kedai kitorg makan malam tu nama Aroma.
Dan makanan kat kedai tu biasa2 je. Stendet la order seafood..ada ikan, udang, sotong, sayur.
Tapi location memang win! Dinner tepi pantai sambil tunggu sunset.

Mana Mika? Jeng3x..
Oh ya, kat sini ada orang datang dari meja ke meja nyanyi untuk korang.
Bleh la fefeling lebih ckit. Hahaha...

Setel makan.
Check-in di Westin Hotel pulak kita.
Bertempat di Nusa Dua.
Sampai je kat lobi, ada 2 penari joget2 sambut sambil selitkan bunga. Siap disambut dengan Gamelan bagai. Padahal kitorang bertiga je..
Rasa mcm nak joget skali je.. oh ok tipu..
Staff kat sini sangattttt la friendly.
Lepas di bagi nye air minum, di bagi nye adiah kat Mika(yang dalam bag putih tu, ada topi, coloring book, botol air, mainan).

Kasi posing ckit, then kite Zzzz..
Tamat hari ke-5.


Hari ke 6****************

Breakfast tak amik hotel punye.
So order ala-carte mintak anta kat bilik je.
Makan pancake dengan wafer.. nyummm sedap!

Di Nusa Dua ni kitorg takde plan keluar sangat sebab nak chill pusing-pusing dalam ni je.
Cantik kot sini.. Ada private beach.. tenang lagi damai..

Jom cuci mata. Mana tau korang plak berkenan nak lepak sana :)

Jangan pelik kalo nampak anak saya senget-benget dalam stroller.
Tu memang strategy dier nak soh angkat.
Selagi senget nye tu belom kronik sgt, buat tatau je.
Kalau kite dengan baik hati nye nak betulkan kedudukan, nescaya dier hulur tgn merengek2 suruh angkat terus.
Bye2 lah stroller kalau dah begitu :p


Menjelang lewat tengah ari ckit, kami amik shuttle hotel untuk ke Bali Collection.
Kene check jadual shuttle datang setiap berapa minit.
Bali Collection ni memang ada dalam kawasan Nusa Dua ni je.




Besar ok Bali Collection ni.
Siap ada SOGO dalam tu.
Selain tu, ada banyak jugak kedai-kedai makan dan butik dan spa dan banyak lagi..
Pendek kata, tempat ni untuk korang datang shopping dan makan.


Abis jelajah Bali Collection, kami balik ke hotel.
Rehat2 jap then bertukar ke suit baju mandi.
Seblom bergelumang dalam air, sambung jalan-jalan jap sambil amik angin pantai.


Dah tiba masanya.. here you go!
Gedebush!!!
Sangat best Westin ni sebab selain ada banyak swimming pool, sini jugak ada jenis swimming pool air biasa dan air masin.
Dua-dua kitorg balun. Ngeh3x..
Tengok si kecik ni.. sengihhh je kalo jumpe air :)


Mika muka tak puas ati sebab dah kene naik.
Sudah2 la tu anak oii, dah malam. Kite sambung berendam bath tub pulak ye..

Ok bye, sambung esok pulak :)