Friday, February 10, 2017

Brisbane Trip 2016-Day 4-Lone Pine Koala Sanctuary & South Bank

Tarikh Kejadian: 28/12/2016


Harini last day kat Brisbane. Sob3x..
Jam 10pagi checkout tapi tumpang tinggal barang kat lobi apartment dulu.
Pastu kami jalan ke Queen Street.
Matlamatnya sebab nak ambik bas pergi Lone Pine Koala Sanctuary. Yeayy!!!

Nanti kan, lepas masuk Queen Street yang banyak kedai shopping tu, kat tetengah ada ala2 mini mart kecik/booth.
Haaa area situ ada map kalau korang nak rujuk. Sebab weolls pun rujuk situ memandangkan tak nampak ada bus stop berdekatan.
Lepas tengok map baru tau, rupanya bus stop tu bawah tanah. Kene turun tangga..

Dah sampai bawah, ambik terminal 2C to catch bus number 430 to Lone Pine Koala Sanctuary.
Bagus bas kat sana, sharp ikut jadual yang tertera.
Around 10:45pagi dapat bas, 11:25pagi dah sampai..

Yang ni kami tak beli tiket online. Plan nya, hanya datang tempat ni kalau activity day 1 dan day 2 kat Brisbane berjaya achieve.
Biasa la bawak anak kan, kene selalu prepare untuk “lari dari target asal” gitu..

Bas memang stop bebetul dalam tempat ni, takyah korang nak menapak jejauh..
Harga tiket.. 32.70AUD untuk adult, Mika free sebab below 3years. Hooreyy…

Personally, kat sini best sebab:
Banyak pokok maka tak panas sangat, agak besar jugak la..
Ada disediakan tempat solat.
Ada restaurant yang ada sijil Halal.
Ada play area untuk bebudak kat dalam restaurant so that parent boleh makan dengan tenang.
dan ada parent room yang comfortable(tempat menyusu,tukar pampers, sinki, microwave untuk reheat makanan baby).

**Nampak tak air Real Ice Tea tu? Kitorang addicted air tu kat sana. Tak kisah la samada perisa peach/lemon/mango, semua balun. Sedapp yang amattt dan tak manis mcm kat Malaysia.

Yang tak best..
Takde info jelas bitau kene beli tiket dulu untuk begambar dengan koala atau ular.
Punya la lama beratur, skali..bila sampai depan, staff tanya mana tiket..
Rupenye tiket tu kene beli kat dalam restaurant. And you know, uolls kene beratur same line dengan orang beli/bayar makanan untuk beli tiket bergambar(part ni pon takde info jelas).
Pfffttt… nak kata kitorg je yang tak nampak arahan, macam tak logic sebab ramai gile orang yang tgh beratur kene case macam kami.
Tu je la yang tak best.. Selain pada tu semua ok tentang tempat ni.
So, kalo korang berhajat nak bergambar dengan koala/ular, sila gi beli tiket sesiap kat restoran tau.
Harga? Kalau tak silap around 20AUD. 
Nak pickup gambar nanti, gi ambik kat dalam restoran jugak ya..

Staff sangat friendly walaupun ramai orang.
Mahap tudung saya hampir terkelepet tak sempat betulkan. Sebelum tu dok berdokong tenangkan Mika yang dah bosan beratur lelama.
Beratur nak tunggu turn satu hal, then kene tunggu lagi sebab tiket takde. Encik Asben gi cari tiket pulak.
Ohh berat jugak si koala ni rupenye.. Mika jeles sebab dier bising nak dukung koala tapi x pass, takut jatuh tergolek pulak koala tu nanti. Hahahaa..

 Ada banyak lagi binatang lain. Stendet la, kite tempek gambar yang more ke arah Ostrolia gitu..Pehpehpeh..

Jam dah menunjukkan jam 3 petang, balik ke Brisbane City Center.
Kali ni kami stop di South Bank sebab nak bergambar area situ.. cantikkk..

Ni gambar sekitar South Bank.
Snap gambar dengan huruf2 BRISBANE, Wheels of Brisbane & bridge tu adalah wajib! Hehehe..

Dari sini, kami jalan ke jetty South Bank untuk catch free ferry. 
Cityhopper namanya. Yang ferry bukan nama tersebut kene bayar.

Agak best jalan tepi tasik South Bank ni sebab cantik dan ada banyak benda menarik such as garden arch seperti gambar di atas, open swimming pool (pengsan nak tenangkan anak oiii), playground untuk bebudak, restaurant, etc..

Untuk ferry Cityhopper ni, jetty Eagle Wharf memang sangat dekat dengan apartment kami, bleh jalan kaki je.
Dalam 2 stop je dah sampai dari South Bank.
Ni gambar sekitar Eagle Wharf.
Ia bukan sekadar jetty biasa.. syok jugak untuk lepak2 sebab tempat cantik dan ada banyak restoran.
*excuse me, Mika.. Mummy nak posing ni..

Sampai apartment, amik bag, pergi Brisbane Central train station then ambik tren ke Goldcoast (ambik platform 1, route to Varsity Lakes.)
Dalam 1jam 15minit perjalanan. 
Then stop kat Nerang station.
Dari Nerang station pulak, amik bus number 740 to Surfers Paradise.
Perjalanan dalam 20minit.

Untuk apartment kami di sana, di last stop bus tu, turun dan jalan kaki je ke Kupari Apartment. Hehehe..
Kupari apartment tu Encik Asben beli via Airbnb.

Best sebab ada wifi laju, complete kitchen, personal bathroom, washing machine, dryer.
**ni gambar snap keesokan harinya sbb malam time sampai tu penat yang amat dah. kiki..

Sekian..nanti2 saya sambung cerita day 5 pulak ye..

Brisbane trip 2016-Day 3-Tangalooma Island

Tarikh Kejadian: 27/12/2016


Harini kalau ikut plan, kami akan ke Tangalooma Island.
Untuk ke sana, kami pilih untuk ambik cab je terus ke jetty Holt Street Wharf.
Tangalooma ada sediakan transport untuk pickup dari hotel tapi dah full untuk date kami ni since kami last minute tukar date..hehehe..
Tapi transport diorang tak free jugak. hahaha..
Pukul 8:30pagi dah siap2 turun dari hotel untuk ambik cab.
Cara dapat cab? Encik Asben call.. ngeh3x.. He tried both cab and Uber, tengok yang mana pickup dulu.. last2 dapat cab.
Kat sana, lepas call, tunggu sms contoh camni..means dah ada can accept untuk pickup.

Dekat 20minit jugak la nak sampai ke jetty tu dengan cab (weolls dapat yellow cab).
Dier pakai meter, time tu kene cas 36AUD.

Sampai jetty, beratur untuk dapatkan tiket.
Oh ya, tiket beli online harga 180AUD sorang adult, sebab ambik pakej 1 day tour + dolphin feeding.
Sila la print sesiap baucer pembelian tiket tu, bawak passport jugak ye.. sebab nanti kat kaunter mende2 tu diperlukan untuk dapatkan tiket original.

Dalam pukul 9:40pagi, kapal start docking.
Jam 10pagi jugak la baru kapal bebetul gerak.
Lama gakkk kat dalam kapal. Sempat suap Mika makan bubur yang dah dimasak sesiap dari apartment.

Jam 11:15pagi, kami sampai di Tangalooma Island.
Haaa sejam suku kat dalam kapal ye kauuu..
Bosannn sebab dapat seat kat dalam dan tetengah perut kapal.
Nasib baik anak dara saya baik. Fiuhhh..

Bila nampak laut, yang paling excited adalah anak dara saya tu la.
Kemain jerit2 tunjuk air cakap “Mika nak mandi”.
Panas anak oiii..

Sampai je pulau, dah ada tour guide tunggu kat pengkalan.
Kene cari tour guide yang tulis nama anda, sila jangan men redah je asal nampak cun je nak follow. Kang jadi alkisah salah pakej kang.

Tour guide just cerita overall activity kitorg kat sana je such as based on our package, bleh akses tempat mana, bleh join aktiviti mana, tempat untuk aktiviti tu perlu tunggu kat mana.. Gitu..
Pastu dier chow dan sila beraktiviti bebas dan pepandai manage masa sendiri kalo nak join aktiviti yang korang purchase tu.
**kalau nak tau apa lagi aktiviti lain yang ada di Tangalooma Island, sila check website diorang. Ada banyak benda best boleh buat.
http://www.tangalooma.com/info/day_cruises/

1st activity, mesti la kitorg kene mandi laut sebab anak dara dah teloncat2 tak sabar.
Sedangkan mak nye sampai sepet mata nak celik sebab panas. Hahaha..

Set timing.. jam 1:30tengah hari pujuk anak dara stop main air sebab kang terlepas plak activity Safari Tour.
Bila Mika tanya “kite nak pegi apa?” (penat dah ajar = nak pegi mana, bukan pegi apa..haha)
Ok sambung cerita, Mummy jawab kite nak join activity Safari.
Dier tanya lagi “Safari ape?”.
Mak nye yang tak abis study pasal pakej Tangalooma ni tanpa rasa bersalah cakap “nak gi tengok binatang”.

Tempat berkumpul adalah kat tepi café.
Nanti akan ada staff sana yang guide untuk korang naik bas mana. Time trip kitorang tu ada 2 bas.
Kat atas bas kene pakai seat belt sebab jalan nya agak adventure cam naik unta. Kahkahkah..
Bila bus berenti…eh, padang pasirrrrr..
Rupenye Safari tour ni untuk activity Sand Surfing, bukan jalan2 naik bas tengok binatang.
Mummy sorry ok, Mika.. kwang3x..

Untuk aktiviti ni korang dibekalkan dengan surfing board kayu.
Nanti staf ajar camana nak pakai mende tu.
Then, korang kene panjat bukit cam gambar bawah ni. Ni gambar betul snap time dan tempat kejadian tau.
Tinggiiii wehhhh…lenguh la jugak kaki nak kasi sampai atas tu.

Disebabkan macam tak berapa nak sesuai je Mika main tu, dengan mmg confirm nya mata masuk debu, so kami bergilir jaga Mika.
Daddy naik gi main dulu.
Mummy teman Mika main pasir.

She sooo happy main pasir dan dan buat sand surfing kat bawah bukit tu je (which is Mummy yang tarik Mika kat atas surfing board).

Time korang turun surf, ada professional phorografer amikkan gambar korang. Sila posing dengan bergaya walaupun korang gayat.
See, cun je gambar Daddy Mika (mana ntah gambar ori.letak gambar yang dah combine dengan Mika je la ye).

Bila my turn pulak apa jadi?
Haaa.. time tu photographer dah takde sebab dier amik gambar skali sorang je.
Dan time my turn tu most of diorg yg main dah 2nd or 3rd time. (err..lambat ckit iolls panjat bukit, lenguh kot kene benti2..hahaa)
Encik Asben je la tolong snap kan gambar time Mummy dah landing bawah. Bolehhh la daripada takde langsung.. Heee..

Dalam pukul 3petang camtu, semua dah kene berkumpul naik bas untuk pulang ke pantai.
Haaa, sepanjang kat padang pasir tu urusetia ada sediakan air oren sejuk dan air kosong sejuk.
Sila minum banyak2 sebab panas wehhh..

Bas sampai ke pantai je weolls pegi café.
Lapar..
Pakej kami ada dapat boucer 20AUD sorang.
Pepandai la korang beli makanan.
Ada banyak kedai dalam café ni dan ada kedai vegie jugak.
Untuk Mika, dier makan kudap2, coklat, balance bubur pagi je.
Kami ada je bawak mini ricecooker, beras, kiub pati bilis untuk buat bubur dier tapi tak termasak pon sebab Mika macam tak berminat nak makan sangat
Mata asek pandang air je.   
(buat berat bag je angkut mini rice cooker tu..huhu).
Gambar sekitar dalam cafe. 

Dan, as expected, Mika bising nak main air lagi.
Lepas makan, weolls turun main air lagi.
 *anak masih gagah. mummy dah lenguh pinggang. hahaha

Pastu dier nak main playground kat depan pantai tu pulak.
Layankan aje..

 Ni pemandangan sekitar Tangalooma Island. Cantik!
Kalau dapat stay hotel situ pun boleh jugak, tapi bajet kene la besauuu. kwang3x..

Dalam pukul 6petang, kitorang tukar baju kering dan gerak ke VIP Lounge since pakej kami include tempat tu.
Tak boleh simply masuk, ada password kene masukkan..
Kat dalam tu selesa sikit la untuk Mika nap kejap.
Ada toilet jugak dalam tu, coffee machine, tv, magazine..
Korang bleh pepandai cari port untuk bentang sejadah solat dalam tu.

Jam 7:00petang, bergegas ke pantai untuk sesi dolphin feeding.
Masa ni Mika tengah sedap tidur.
Terpaksa angkut sesambil tidur.
Pukul 7petang kat sini macam dah malam sangat, angin dan air laut sangat sejuk.
Tapi no choice terpaksa tukar ke swimsuit semula sebab nak bagi makan dolphin kene masuk dalam air.

Time ni Mika sedikit crancky sbb tak puas tidur, dan sejukkkk.. Selalunya dia tahan sejuk tapi mungkin angin malam tu sejuk sangat.. Bila angin bertiup je bleh nampak dier gigil.
Kesian dia..Mummy peluk je si anak kasi suam sikit walaupun badan Mummy tak cukup penebat.LOL..

Jap je la pun dia crancky.. lepas dah amik ikan dan bagi dolphin makan dier dah cheer up balik.
Siap bising nak lagi tapi session dah habis.. Huhu.. sorry Baby.

Jam 8:00PM, cecepat tukar semula ke baju kering dan masuk bot.
Nak kene balik Bisbane City semula dah..
Kali ni kitorg dapat seat kat tingkat atas, open air.. best!

Jam 9:15malam, sampai kat jetty Holt Street Wharf.
Terus dapat cab sebab memang banyak cab masuk menunggu mangsa. Hahaha. Tak mangsa sangat la sebab diorg pakai meter, bukan sesaja letak harga.
This time kami dapat cab Black & White. (ada 2 jenis cab kat sana..yellow dan Black&white. Sama je, both pon pakai meter. Company je lelain).
Dalam 20minit perjalanan, kami pun sampai kat apartment. Charge cab 35.20AUD.
Masak simple dinner, pastu kroh2 penat.
Selesai cerita Day 3..

Thursday, February 9, 2017

Brisbane Trip 2016-Day 2-Sight Seiing Brisbane City

Tarikh Kejadian:26/12/2017


Salammm..
Sambung sini pulak ek..

Last entry saya stop sampai part beli Go Card kan?
Lepas dah dapat card, cari lah signboard “Public Bus” kat dalam airport.
Senang citer, tempat tunggu bas tu kat area depan arrival je.. kene keluar dari pintu airport. Tak jauh pun nak kene jalan.

Kami punye plan memang nak ke Brisbane arini.
Untuk ke Brisbane, kene ambik bus no 760, nanti brenti kat Varsity Lake station.
Kat bus stop memang ada maklumat senarai nombor bas yang ada dan time.
Agak punctual jugak la mengikut jadual.
Sebelum bus 760 sampai, ada 2 bas lain stop dulu dan both driver bus memang friendly dan tanya kitorg nak pegi mana. Bila cakap Varsity Lakes, driver cakap tunggu bas 760.
Ada sembang2 gak ckit sebelum bas diorg jalan semula ke destinasi masing2.
Perjalanan dalam 30 minutes dari airport ke Varsity Lakes.
Kalau ada Go Card, tap je kad tu kat device di muka pintu bas. Senang. Boleh jugak kalau nak bayar cash kat driver bus.

Sampai Varsity Lakes, beli tiket train pulak untuk ke Brisbane Central (sila tunggu train di Platform 2).
Kat sini takde kaunter. Kene beli pakai mesin.
Pastu kan, kitorang kan baru sampai. Duit besar2, mesin tak terima. Sob3x.
Nak tukar duit, takde kedai kat situ.
Kalau anda mengalami situasi sama, jangan risau..ecewahhh.. Sebab mesin beli tiket allow kita beli tiket pakai credit card.
So, kami pakai la credit card Encik Asben untuk beli tiket.

Perjalanan dari Varsity Lakes ke Brisbane Central station pulak around 1jam 30 minutes.
Train yang kitorang naik ni ala2 komuter kalo kat Malaysia.
Dan train ni ada “quiet coach”. Coach ni kalau nak pasang lagu pun dier suruh slow kan volume or pakai earphone.
Kalau agak2 korang nak buat bising, sila amik coach yang bukan quiet. Hormati orang lain yang nak duduk dediam dalam tu..Kikiki..

Kitorang stop kat station ni sebab penempatan kami di Brisbane ni adalah area Brisbane Central.
Kat dalam Brisbane Central ni ada McDonalds.
Mika nampak je signboard “M” dier dah tunjuk “tuu…oh McDo..Mika nak fries”.
Dengan itu, kitorang stop jap situ untuk beli fries. Memang favourite dia.
Utamakan perut si kecik sebab dier dah siap cakap “lapar nya..lapar nya” hoho sayuuu..
Tu la, picky eater.. roti tak suke makan, biskut tak suke makan.. kerepek je yang dier nak makan masa dalam train.

Dah setel urusan McD, kami acah2 nak jalan kaki je untuk check-in apartment.
Dalam 15 minit jugak la kami menapak.
Encik Asben carry 1 bag besar dan tolak 1 luggage besar, iolls carry 1 bag(yg lagi ringan ckit, ofcourse hahaha) dan tolak stroller berisi Mika.

Ni kami punya penempatan 3 hari 2 malam di Brisbane.
Puas hati sangat! Ada dapur, fridge, periuk kuali, pinggan mangkuk cawan gelas, kettle, toaster, microwave, sudu garfu pisau, washing machine, dryer.
Oaks Apartment nama tempat ni.
Wifi je takde..eh ada sebenarnya. Dier bagi trial guna 30 minit. Kalau nak sambung guna lagi lepas 30minit tu, dier cas la..kahkehkuh :)



Disebabkan dah penat turun naik public transport dan ala2 tido ayam je dalam flight, kami lepak lama ckit kat dalam apartment.
Sempat la mandi-manda, kasi Mika rilex2 jap main mainan dier yang kami bawak dari Malaysia.
Saya plak, sempat masak simple2. Kami masak pakai mini rice cooker yang bawak sesiap dari Malaysia..
Senang pakai mende tu, bleh masak nasi dan lauk sekali gus.
Beras bawak dari Malaysia. Untuk lauk, saya pakai chicken soup yang dalam tin tu je(yang ni pun bawak dari Malaysia jugak).

Dan kenyang memasing makan, baru la start keluar jejalan.
Harini plan nak sightseeing sekitar Brisbane Central je.
Jalan kaki sebab apartment ni memang kat central.
Masa lalu kat Queen Street, ramai nye lahaiii orang berpusu-pusu shopping.
Maklumla, haritu Boxing Day. Memang barang murahhhhhhhhhhh aritu okay.
Tapi kami tak shopping pon. 
Dah le keluar2 je dari apartment, Mika tido dalam stroller. Memang kitorg tak join la ke tempat bising2 gitu.
**mata dah kuyu nak tido tu Mika.

**tak lama lepas tu beliau pun tido. hahaha..

Ni bergambar sekitar town.
Banyak tempat cecantik.

Singgah lalu gak kat seberang Wheels of Brisbane jugak.

Tengah syok pusing town, hujan rintik2 mula bertandang. Ingatkan time musim Summer takde ujan langsung. LOL!
Terjaga anakanda saya..
Weolls pun singgah la kedai churros ni sesambil tunggu ujan benti.
Kedai ni kat Charlotte Street. Sepanjang jalan ni ada 2 kedai Halal berdekatan iaitu Nandos dengan Satay Club Noodle House.
*suap leklok. jangan bunuh mak, nak...

Next, pegi lagi skali ke Queen Street sebab Mika dah bangun kan..
Ada terserempak sekumpulan bebudak lelaki tegur bagi salam. Katanya pegi la join shopping, arini barang murah..
Still tak shopping, jejalan je sambil kejar si kecik yang dah banyak tenaga sebab baru bangun tido.
*drama queen betol..
   
*seluar sampai dah bergulung naik atas lutut. camana la mak tak kurus. ahhaiii..

Kat Queen Street ni jugak ada mall The Myer. Dalam ni ada banyak pilihan kedai makanan Halal. Bleh refer apps yang saya kongsi kat entry sebelum ni.
Kami singgah beli barang untuk masak ckit kat The Coles. Sebab tak tahu kehalalal daging kat sana, so nak selamat sila la beli ikan dan seafood saja.
Beli buah juga please..bleh buat bekal kudap2 sesambil keluar jejalan.

Dah agak2 gelap kat luar, kami balik ke apartment semula.
Malam saya tak gi merayap mana pun, prepare barang untuk aktiviti esok nya. While Encik Asben keluar amik gambar tapi takleh gi jauh sebab Mika sibuk nak ikut. Wawawa..
*hello mummy, watpe kat atas tu?mika tgh kacau daddy ushar awek mat salleh kat bawah ni :p

Ok dah.. sambung next entry pulak.