Thursday, November 22, 2012

Khai Island - Day 6

Tarikh Kejadian : 03/01/2012


Ehhemm.. Kali ni nak citer day 6 ke Khai Island yang saya sangat suke.
Khai Island ni ada 3 pulau iaitu Khai Noi, Khai Nok & Khai Nai.

Sama macam hari ke 5 gak iaitu kene bangun dan besiap awal, makan breakfast hotel laju2, check-out siap2 tapi tumpang tinggal beg kat reception then van datang jemput kat hotel.

Sekali lagi kami dibawa ke jeti untuk naik boat.
Kali ni naik speedboat plak.
Tour guide kami sangat best, nama beliau Coco.
Sangat helpful dan mesra pelancong.
 Kat blakang saye itu namanya Coco!
Khai pertama kami adalah Khai Nui Island.
My most fav among others.
Sebab, mcm berenang dalam aquarium!
Ikan sini sangat cantik dan jinak.
Sempat husband pegi cari roti kat kedai pulau tu then kami tabur cebisan roti dalam air.
Bekerumun ikan datang.
Seronok sgt2!
Untuk gambar berdua dengan husband, Coco yang tawar diri snap kan(highly recommended untuk amik beliau).
Sebab terlalu excited, saya turut lampirkan video(sila abaikan suara latar..hehe).

Pas dah basah2 di pulau pertama, kami dibawa naik boat ke tengah2 laut Khai Nai Island.
Kat sini, saper yang nak snorkelling, bleh tros terjun dari speedboat.
Those yang tanak(rugi besar kalau tanak), lepak je la kat atas boat.
Saya yang mana? Hihi, mesti la terjun even tak pandai berenang.
Tara hal lah! ada life jacket tersemat di kalbu :)

Setel basah kali kedua, semua panjat naik boat pas masa dah time.
Next, kitorg dilepaskan ke Khai Nok plak.
Kat sini more to lepak2 hitamkan badan sambil makan2 ringan yang disediakan oleh pihak Coco dan team.
Ada gak peserta yang sambung mandi laut kat sini sebab tak dapat menahan nafsu melihat laut cantik.
Minum air, makan roti & fruits.
Pastu ada mat saleh handsome offer nak amikkan gambar kitorg yang berdua bawah payung tu(auwww).
Kitorg amik pakej Khai Island half day je.
So by tengah hari dah gerak balik Patong.
Siyes, pulau2 yang kepala nama Khai memang cantik2.
Sila amik tour ke Khai Island jika anda sampai ke Phuket deh?
Dan, ringan2 kan wallet untuk bagi sikit tips kat tour guide anda jika mereka awesome!

Ok, abes dah citer pegi Khai Island.
Tunggu last entry pasal Kata plak k!
Tata!

Tuesday, November 20, 2012

Phang Nga Bay - Day 5

Tarikh Kejadian : 02/01/2012


Haiii..saya kembali setelah dah banyak hari tinggal dunia blogging.
Sambung citer..

Hari ke-5 kene rajin bangun pagi sebab kami amik tour package ke Phang Nga Bay.
Seawal jam 7 pagi kami dah dijemput kat hotel. 
Seblom tu sempat la jugak turun breakfast kat hotel makan lelaju.

Tempat pertama untuk dilawati adalah Monkey Temple(kot sebab ada banyak monkey bekeliaran sini).
Sila jaga barang2 anda especially makanan jika tidak anda akan jadi tumpuan makhluk monkey itu.
Nak masuk ke temple ni kene bayar sebenarnya.
Tapi sebab package ni dah cover skali ngan duit bayaran masuk so..jeng3x..
Kitorg diberi duit setiap sorang oleh driver yang bawak ke sini soh kitorg dapatkan tiket masing-masing kat kaunter.
Kelakor pon ada.
Harga, lupe dah.. Yang saya ingat hanyalah ia tak mahal sgt(kiki..diharap info ini membantu).

Pemandangan sekitar temple.


Temple ni cam gua besar sebenarnya. Siap ada anak2 tangga lagi kat dalam tu.

Bila masa dah tamat(stendet la kalo amik package kan, perlu disiplin masa..), kitorg di bawa ke laut.
Bukan aktiviti main simbah2 air ye.
Kitorg diberi life jacket untuk dipaksa-rela pakai then masuk ke longtail boat macam kat bawah ni.
Time dah masuk boat, ujan start merenyaikan diri ckit2. Blasah je la stakat kene sikit tempias tu kan.
Kitorg dibawa ke James Bond Island/Phang Nga Bay.
Nama nya ada pekataan James Bond sebab dikhabarkan kat sini pernah shooting filem James Bond.
Kat sini kan, ada sedikit ketabahan kecil yang diperlukan.
Ketabahan pertama, korang sampai je pulau, turun boat then kaki seluar akan basah cikit.
Sebab, boat mesti la tak mampu nak seret diri dier naik ke pasir/darat kan so korang kene la men air ckit2 then baru bleh jumpa pasir.

Ketabahan kedua, sampai je kat darat dah ada penjual2 sourvenir tarik soh beli barang diorg jual.
Terpulang la korang nak ke tak sebab barang2 situ bleh tahan menarik gak.

Ketabahan ketiga, untuk pemandangan lebih cantik, korang kene tabah melawan kegayatan panjat batu2 untuk naik ke tempat lagi tinggi.
Bleh kata almost semua pelancong nak naik atas la.
Daku yang gayat ni lagi la cuak bila time naik berselisih dengan orang nak turun sebab kene himpit ckit diri ke tepi batu untuk bagi laluan.
Risau terpelecok jatuh terguling-banting ke bawah sbb tgh ujan renyai dan batu basah.
Tapi bagi manusia tak gayat, takat naik kesitu ala2 celah gigi je.



Habis sesi pulau, kitorg kene naik boat smule untuk pegi lunch!
I like.. Tempat kitorg dibawa adalah perkampungan nelayan(makan muslim food).
Kat sini perkampungan atas air.
Memang rumah2 diorg atas air, siap ada sekolah lagi.

Dan ada banyak kedai jual sourvenir juga. Psstt, sini ada jual mutiara ori :)

Setel ronda pulau, kitorg di bawa balik ke darat.
Next, kilang gajus yang saya tunggu2 sebab nak beli gajus bersalut honey yang super enak(i knew it sebab husband pernah bagi time dier ke Phuket ngan rakan2 a year before).
Try minum air gajus gak yg diberi free. Rasa? Pelikkk..cannot go.
Walaupun ujan tgh lebat, nak gak bergamba depan replika gajus sebagai bukti.
Tak kisah la tekene tempias cikit2 pon.



Last destination yang tour package ni bawak adalah Gems Gallery.
Awal2 sampai kami dah disambut oleh awek2 siam manis berkebaya(cerah mata suami saye).
Kitorg dibawa tengok muvi pendek kat ala2 mini cinema tentang gems.
Pastu gi tengok camana cara diorg guna gems ni untuk buat cincin, etc barang kemas lain.
Sungguh halus hasil tangan diorg.


Last skali, kami dibawa ke bilik pameran yang mana kat sini diorg jual gems yang dah siap di proses.
Cantik2 sangat.. tapi bile tgk harga, huhu..tak mampu la nak beli ribu-riban.
Oh ya, kat dalam ni ekceli tak dibenarkan snap gambar tp ada budak degil curik2 snap gak :p

Abis dah sesi melawat.
Kami dihantar balik ke hotel.
Naik bilik simpan barang, then turun ke gym + main air kat swimming pool(ada gajah pancut air). Hahaha..
Tak cukup dengan air kolam, kitorang gi plak serang main air kat Patong Beach dan berposing sakan dikala matahari dah mula malu2.

Ok..Bye!

Tuesday, November 6, 2012

Patong - Day 4

 Tarikh Kejadian : 01/01/2012


Jom berhari ke-4 pulak.
Bangun pagi, pegi breakfast yang hotel provide.
Pastu g pantai Patong menikmati keindahan pagi....
Sempat singgah Phuket mall yang bernama Jungceylon.
Then..
Kitorg masuk ikut Bangla Road yang dah lengang pagi2 untuk ke Patong beach.



Kat pesisir Patong ramai gak jual Banana Pancake tapi nampak gaya tak sesedap Phi Phi Island punye so tak penah bli banana pancake kat Patong.
Sampai pantai, lepak2 sana tengok org men speadboat bagai then mula jalan2 sekitar Patong.
FYI, ada banyak tour package which is bleh dapat harga lebih murah berbanding kite bli siap2 secara online.

After tengok2 package yang ada (which is bejaya sambar 1 package pegi Khai Island tak sampai 800BHT sorang. Murah!) di sepanjang kedai-kedai, kitorg g lunch ikan+ayam bakar kat tepi pantai Patong.
Kedai ni open style, xde nama kot. Kalau nak cari kedai ni, jalan je sepanjang-panjang pantai menghala ke Ibis Hotel.
Penjual proses makanan di seberang jalan, tapi pengunjung plak makan di atas tikar side jalan lagi satu(side pantai).
Senang citer, setiap kali penjual nak anta makanan yang dipesan, mereka kene cross jalan.
Harga makanan kat Patong ni stendet la, tak semurah makanan kat negara kite.
So, sediakan poket tebal2 untuk makan.

Pas makan, kitorg plan nak balik ke hotel rehat2 jap sebab petangnye husband dah buat plan untuk kitorg jalan2.
Sepanjang jalan, kitorg ushar motor untuk disewa.
Rata-rata harga 300-400BHT sehari. Tatau tu harga sempena peak season New Year ke tak sebab macam quite pricey.
Last2 jumpa harga 250BHT sehari. Motor kampung biasa je la, bukan superbike. Muahahaha..
Ingat bleh tros bawak motor balik hotel, tp tak bleh sebab syarat nak sewa motor kat sana adalah kene tinggalkan pasport kat kedai amik motor tu.
No pasport, no motor!
Pas pulang motor then baru bleh dapat balik pasport.
Bunyik cam scary tapi dah itu rules sana. Gi kedai mana-mana pon sama.
Terpaksa gak la kami menapak balik hotel semata-mata nak amik paspot then datang smule amik motor.
Motor yang kitorang dapat, minyak full.
Time hantar balik nanti, syaratnya kene full kan minyak juga.

Menjelang petang @ next destination, kitorg merempit pegi tempat2 viw point yang famous disana.
1st adalah Karon View Point.
Ramai pengunjung datang sini.
Dari viewpoint ni bleh tengok Kata Noi, Kata Yai & pantai Karon.
Cantikk..


Next, kitorg pegi pulak Windmill Viewpoint.


Last, bila dah menjelang gelap, kami sampai ke the famous Phromthep Cape!
Dari ketiga-tiga viewpoint yang pegi arini, sini paling ramai umat manusia seluruh pelosok negara datang.
Sini siap ada kedai sourvenir bederet-deret.
Oh ya, kat sini siap ada wifi free tau. 





Sekian perjalanan kami tengok pemandangan cantik dari tempat tinggi.
Phuket ni memang blessed with pulau2 dan pantai2 yang cantik.
What i loved about Phuket/Krabi, diorg sangat jaga pantai.
Dah la memang pantai dan pulau sini cantik, air biru-kehijauan, bersih pulak.
Camana la pelancong tak berduyun2 nak melepak sini kan.
Encik Suami pon suke dapat snap sana sini.

Perjalanan ke sepanjang 3 viewpoint adalah sedikit adventure. Naik motor plak tu.
Jalan nak naik ke tempat tinggi katekan.
Nasib baik penumpang blakang masih slim time tu :p
Time balik, lagiii adventure sebab hari dah mula gelap.

Sampai bandar Phuket, kami pergi dinner di Kusuma.
Kedai ni kat deretan jalan besar yang ada banyak kedai2 jual seafood. Senang nak cari sebab ada banner besar kaler merah tulis Kusuma.
Tak jauh dari Hotel Palmyra yang kami menginap.
Kebetulan owner kedai orang Besut dan pernah bekeje kat Kelantan.
Memang i speaking Kelate la time tu.
Makan sambil sembang2 dengan owner kedai.
Kata beliau, baru beberapa hari lepas Anwar politician & family datang makan kedai beliau.



Pas makan, sambung jalan2 malam hari di Phuket town yang happening.
Siap ada lori bawak orang boxing pusing keliling bandar.
Singgah shopping ckit then.. massage!!!
Rugi oo kalau datang Thailand tapi tak try massage.
Err, bukan Soap Massage ek. Itu lain sudahh..
Hihi..

Sekian penutup citer Day 4.
Sambung later plak.
Tata..