Sunday, December 30, 2012

Melbourne - Day 2

Tarikh Kejadian : 08/09/2012


Good  morning, Melbourne!
Berangan je lebih, now kat Malaysia dah.. insaf lah.. 
Pagi2 kena bangun gi keje, ok? (angguk2..)

Kitorg bangun awal pagi gak sebab around kol 5 airport dah start bising dan kedai2 pun mula bukak.
Bleh je kalo nak sambung tdo tp cam kurang selesa ckit orang dok lalu lalang.
So, kami bergilir jaga barang untuk ke toilet dan solat segala.

Perut harus lah lapar, so kami terjah memana kedai yang boleh dimakan untuk breakfast.
Pastu lepak2 sementara menunggu kol 7:30AM.
Saya dah arrange shuttle bus siap2 untuk bawa kami ke Malaysia Hall Melbourne.
Boleh rujuk sini jika berminat : http://www.starbus.net.au/
Harga adalah mengikut tempat. Kalau kitorg aritu, 80AUD untuk return trip 2 orang.
Banyak pilihan ekceli, kebanyakan orang amik Skybus rasanya http://www.skybus.com.au/.
Asalnya nak amik skybus gak tapi memandangkan ia tak direct pergi Malaysia Hall, maka leceh nak turun naik public transport banyak kali dengan beg2 segala so saya memilih untuk tempah shuttle bus.
Ekceli, its a mini van(kaler biru gelap) dan ia akan hantar kita betul2 depan pintu tempat kite request.
Easy, right? 
**Perlu tunggu di bus stop Zone 5.

Penginapan kami sepanjang kat Melbourne adalah di Malaysia Hall, Melbourne.
Jika berminat, boleh rujuk sini http://www.msda.org.au/ dan isi borang.
Jangan hantar permohonan last minute ye..kang kecundang plak.
 Harga, 12AUD setiap orang sehari.
Perlu juga bayar 15AUD untuk service charge(yang ni bayar 1x je sorang sepanjang penginapan).
Ada lagi..50AUD per bilik/kunci untuk deposit(kalau xde wat onar dengan barang2 dalam bilik + xde tinggal sampah sarap segala then duit tu bleh dpt balik after check-out).
Oh..sini bukan hotel ye maka sila bawak towel dan barang mandian sendiri :p

Kami patutnya check-in antara kol 2-4petang tapi sebab tanak membazir masa dan malas nak angkut beg, so kami just tumpang tinggal beg je dulu kat ruang tamu.
Dan, mintak kebenaran untuk check-in malam(pas abis aktiviti berjalan). 
Boleh je sebab akan ada orang bertugas (student yang tinggal sana) after office hour. 
Yang penting, perlu tengok jadual yang ditampal untuk amik contact number insan bertugas itu.

Aktiviti pertama kami adalah mengukur jalan sekitar Malaysia Hall (High Street).
Cam aman tenteram je area situ.
Sesambil tu, kami survey katne letaknya Chapel Backpackers sebab situ pick-up point untuk aktiviti esok hari.
Pastu, bermula lah cabaran pertama..jeng3x!

Pengangkutan paling penting untuk kami semestinya tram(train yang jalan atas jalan raya).
Alkisahnya..kami naik la tram (stop no 27 hanya 50m dari Malaysia Hall).
Saya pernah study yang tram ni kene pakai MyKi dan boleh purchase tiket kat machine dalam tram itself.
Malangnya tak pernah saya terjumpa pasal machine tu hanya accept syiling!
Kami ni baru sampai, maka xde duit syiling sangat. Banyak duit kertas besau2 je coz belum dipecahkan.
So, terpaksa la kami turun semula dari tram dan cari kedai untuk beli barang supaya dapat syiling yang banyak. 
**maklumat penting, undang2 kat sana adalah kite xleh becakap dengan driver bus/tram especially time kenderaan tu tengah bergerak.
Malangnya lagi, kedai xboleh bagi semua balance dalam syiling sahaja sebab diorg pon nak gune.
Terpaksa la jugak mintak supaya at least syiling tu lepas untuk kami berdua bayar tambang sampai ke Flinder Street Station saja.

Then, kami akhirnya berjaya sampai ke Flinder Street Station! Horeyy..
This is tram..
Kat dalam tram tu, kami terpaksa beli kad Metcard je(perjalanan sehala).
Oh ya, boleh amik tram yang tulis Melbourne University untuk ke Flinder Street ye(benti kat stop no 13).

Sesampainya ke Flinder Street, cepat2 pegi carik Myki tiket.
Caranya macam ni...kene g kaunter dan cakap nak beli kad Myki. Harga kalau tak silap 6AUD.
Kad tu kosong tau. Then, korang g kat machine yang tak berapa jauh dari kaunter untuk topup ikut suke berapa amount yang korang nak(konsep ala2 Touch&Go).
So,nanti bebile nak naik tram, touch je kad tu kat machine contoh mcm bwh ni:

 Kami teruskan perjalanan. Pegi seblah Flinder Street untuk amik City Circle Tram.
Nanti tram tu akan bawak pusing2 bandar Melbourne(ada la port2 tertentu je yang dibawak & its tourist attraction).
Yang best nye sebab free! Dan, setiap tempat benti akan di ceritakan serba sedikit tentang tempat itu.
Senang je nak cam, ada tulis City Circle & ia nampak tua berbanding tram2 lain..kikiki.
Kami tunggu kat area cam gambar bawah ni:
Ini gambar saya tgh rujuk notes. Memang selalu bawak gi memana.
Kat dalam tu ada jadual arini kene buat ape, and how to go ke tempat tersebut.
Maklumla, x amik tour package maka kene usaha lebih ckit :)
Namun diingatkan, langit tak selalunya cerah. Hihihi.
Even kekonon dah prepare tapi still akan salah2 jugak sbb rujukan hanya based on apa jumpe kat internet. Realitinya, tak semudah yang disangka.

Ok, kami naik City Circle Tram route macam ni:
Flinders Street > Harbour Esplanade > Docklands Drive > La Trobe Street > Victoria Street > Nicholson Street > Spring Street > Flinders Street
Satu lagi route, reverse daripada yang ni. Tempat2 sama je dier pegi.

Orang sini sangat berdisiplin time melintas.
Xde nye diorg melintas tak tentu hala macam kita kat sini.
Baek je mereka2 ni tunggu traffic light kat tempat melintas. Pas dpt green light pejalan kaki then baru semua org cross.
**Ada kereta kuda di jalan raya :)

Blom sempat abis satu round tram ni pusing, kami dah benti kat Victoria Street.
Plan sebab nak cari Queen Victoria Market.
Agak jauh gak menapak dan kene rajin tanya orang sebab tram x benti btol2 depan market tu.
Dont give up ok..

Finally sampai ke Queen Victoria Market!
Tempat ni quite famous untuk beli sourvenir dan ada fruits, etc..
Open at 9am to 4pm.. Close on MON and WED. Bukan tetiap ari bukak ok!

Kat sana, kami quick lunch dengan memakan halal kebab/sandwich + fruits.
Sedappp sebab sana sejuk + perut lapar.

Next, catch tram semula dan sambung pusing2 until the last stop which Flinder Street station.
Next destination, Royal Botanic Garden + Yarra River.
Kami lalu depan Federation Square sebab nak cari kedai Mama Wong(dah lapar balik and nak proper lunch).
Ini kedai halal chinese food.
Lapar, maka order nasi goreng!
Encik Suami pulak order bihun goreng yg manis rasanya.. uhh..sungguh silap!
Portion nye manyak.. better order 1 je share bleh kenyang.

Abis makan, sambung jalan kaki menyusuri taman dan sungai.
Amik gambar ckit2 je sebab asek2 ujan kejap2.
Namun, ia tidak mematahkan semangat orang2 sana untuk jogging.
Rilex je diorg jogging sambil tarik anjing masing2 tgh2 ujan. Tadek pon cuak2 nak cari tempat berlindung mcm kitorg(hihi..malu..)

Sini ada angsa hitam yang kat tengkuk mereka ada tag.
Maybe untuk senang track incase diorg ilang/lari dari rumah ke..kikiki.

Setel pusing, kami kembali ke area Flinder Street Station untuk sambung bergambar di kawasan sekitarnya.
Even time tu kaki dah manyak lenguh dan penat ckit sbb malam seblomnya tdo2 anak ayam je kat airport.
Kene tahan gak, takleh bazirkan waktu yang ada kat sana dengan rehat telebih(balik Malaysia nanti baru rehat deh).

Sini sangat banyak graffiti yang cooooolll di sepanjang lorong2.

Menjelang gelap, kami lapar lagi.
Hehehe..maka singgah Nandos untuk dinner(kebanyakan Nandos kat sana halal tau).

On the way balik ke tempat tunggu tram(di antara Flinder Street Station & Customer Info building), nampak ramai photographer snap gambar Federation Square memalam.
Lawa rupenye.. maka sesambil rushing, Encik Suami singgah snap gak sepam dua.

Meneruskan perjalanan laju2 untuk amik tram no 6 ke Glen Iris(then kami perlu benti kat stop no 27, depan Malaysia Hall Melbourne).
Tram kat sana sangat punctual dan kalo telepas, xyah tunggu lama sbb kekerapan nye tinggi.

Sampai je Malaysia Hall, Encik Suami call insan bertugas malam tu untuk check-in.
Kat bilik memang diberi heater sbb sana sejuk (even dalam bilik pon kene pakai heater, cuba bayangkan camana kami tdo kat airport. lalala).
Malam tu mmg tdo kaw2 tak hengat donia sbb penat giless.
Kalau ada penculik datang angkut kitorg pon takkan sedar kotnye.

Ok, sekian.
Nanti sambung citer ari ke-3 plak k.
Tata!

Saturday, December 29, 2012

Melbourne - Day 1

Tarikh Kejadian : 07/09/2012


Finally, sampai pon ke entry Melbourne!
Kami berangkat ke Australia pada tarikh seperti di atas.. Waktu Malaysia jam 13:40PM.
Kami yang tidak kaya-raya ini hanya mampu beli tiket promo Air Asia X saja. Lalala..
Meh saya tempek tiket bersama harga murah itu.
Haa..Murah kan?
Pemergian kami dihantar oleh Mama(mertua) & adik ipar.
Berapa lama kene berkematu dalam flight dari KL ke Melbourne?
Seingat saya dalam 8 jam  gitu.
Lama kan?
Tido..bangun..makan lasagna..tido..bangun..tak sampai2 jugak lagi. Hoho..
Flight Air Asia X kesana besar gak.. ada 9 seat dalam 1 row dan 2 lorong troli jual makanan nk lalu.

Sampai2 je di bumi Melbourne, hari dah midnite.. Tapi airport time tu still meriah.
Stendet la kalau g oversea kene isi form time dalam flight kan.
Those yang belum berpengalaman, sila siap sedia bawak pen(di suggestkan kaler itam) dan simpan kat bahagian senang nak capai.
Jangan letak dalam beg yang simpan atas kepala tu, leceh plak nak kene amik nanti.
Dah sampai airport, borang tu kene serah kat imigresen sana. Ok?

Disebabkan kitorg ada bawak medicine ckit sbg langkah berjaga2 dan megi untuk incase susah nak dapat makan, so kat borang tu kami kene la declare.
Untuk makluman, imigresen kat Aussie ketat ckit. Even makanan pon takleh bawak sebarangan(sila semak sini http://www.daff.gov.au/aqis/travel/entering-australia/cant-take).
**Ekceli kat sana senang je nak dpt makanan halal.
Pas dah setel kat imigresen, jgn hengat sudah lepas..
No! No! No! Those yang ada declare barang2 kene beratur dan letak beg masing2 kat seblah, then ada anjing besau bagak datang hidu beg sorang2.
Nasibbbb kitorg punye beg anjing tu tak benti lama. Risau gak kot sangkut sebab medicine.
Kalau anjing tu dapat detect sumthing, abis le korang.

Kat airport Tullamarine,Melbourne ni ada beberapa kedai halal so tak ada masalah kebuluran dan salah satu contoh adalah Krispy Kream (boleh rujuk website ni untuk senarai makanan halal Australia http://www.halalsquare.com.au/AboutUs.aspx).
Oh ya..sini ada surau(comel je saiz-kene share lelaki/pompuan).
Lokasi..kalau pas keluar dari balai ketibaan, belok kanan. Jalan je ckit then bleh jumpe surau.

Mana nak tdo malam ni?
Hihihi.percaya atau tidak, kami memang plan nak tdo airport je dan hanya ke tempat penginapan esok pagi sahaja.
So, malam tu kami bebetul tdo airport.
Kalau ada dikalangan kamu2 nak wat camni, sila pakai tebal2 sebab gile sejukkk(that time suhu less than 10 degrees).
Tak pelik pon sebab ramai gile orang tdo kat airport situ. Segenap ceruk/kerusi ada je manusia bergelimpangan.

K la, dah menghampiri tengah malam.
Esoknya punye citer, saya post esok je k!
Selamat tdo!

Friday, December 28, 2012

Opps, Sorry! Tak Sengaja ke..PANGKOR!

  Tarikh Kejadian : 23/08/2012


Eh..eh..eh! Camana bleh salah jalan ni? 
Bukan ke nak balik KL?
Oohh La La! 
Live life to the fullest!
Asal ada chance je, kite grab.
Hahaha..enjoy tak abis2 budak berdua ni.
  Pe salahnye kan..dah ada lesen :)
 
Ok, straight forward.
Memandangkan jalan ke KL adalah melalui Pangkor, maka kami terpaksa singgah bermalam disana(boleh tak nak salahkan jalan plak?).
Kereta kami park kat parking bertingkat dekat dengan jeti Lumut.
OTW nak ke jeti, bleh plak jejak kasih dengan rakan setugas dan isteri beliau.
Now dah dapat baby pon diorg. Congrats Pak Tam & isteri!
 
Time kat jetty (tertakluk kepada sebelum dan selepas beli tiket ferry), anda akan didatangi kakak/abang yang offer 'Dah ada hotel bang?' or 'Nak sewa motor bang?'.
Hotel, reject sebab even last minute plan tp kami tetap membuat persediaan yang jitu-tinggal nak check-in je.
Motor? berminat tu.. Tapi, nasib baik tak sewa awal2.
Sebab, bila korang dah sampai pulau, korang bleh dapat harga sewa motor jauh lebih murah. Beza berpuluh ringgit jugak lah.
Yang kitorg dapat tu dalam RM25 sehari-tapi motor2 sana condition agak x semenggah.
 
Disana, kami lepak hotel Puteri Bayu Beach Resort area Pasir Bogak untuk 3 hari 2 malam.
After check-in, solat dan berehat skit kat bilik, kami mula pengembaraan ke sekitar Pulau Pangkor.
Kami mula jalan2 ke Teluk Nipah dan lunch.
Harga makanan sini agak pricey.
Pastu, jalan2 area Pasir Bogak dan balik hotel.
(Gambar berlatarkan hujan. Nasib kejap je. Hehe, kaler tudung dah bertukar).

Menjelang malam, kami ke Teluk Nipah untuk dinner.
Puteri Bayu Beach Resort ada bilik karaoke, asekkk je rasa cam nak turun karok tapi kecundang. Hoho..

Esok pagi nya, kami breakfast kat Puteri Bayu.

Then, kami mulakan operasi jalan2. Hoyeah!

Pastu memanjangkan langkah ke Teluk Nipah, pencarian Pangkor Island Beach Resort(memang jauh terpisah dan ekslusif kekdahnye).
Menjelang tengah hari, kami pusing2 kawasan jetty dan lunch di salah satu restoran kat sana.
Then sambung tawaf Pulau Pangkor lagi. Orang kata, pulau ni saiz nye comel saja & bleh setel dalam masa 1 hari.

BTW, pencarian Laksa Goreng Mak Unggai gagal.
Laksa goreng situ agak femes & masuk Jalan-Jalan Cari Makan.
Lokasi dier tak jauh dari jetty Pangkor.
Perlu follow jalan nak ke Pasir Bogak. Kedai tu area petrol station(beroperasi petang hari).
Time kitorg pegi tu kedai tutup. Mebi Mak Unggai masih bercuti raya :)

Abis tawaf, nak g mana lagi ek? Hehehe..
Gi Teluk Nipah lagi skali untuk bagi makan & bergambar dengan burung Enggang.
Tak banyak tempat ada burung ni ok. Maka, sila jgn sia-siakan peluang.
Ada time dier nak bagi makan..area kol 6:30 petang gitu.
Syok tau..pegang pisang then nanti burung Enggang tu datang terbang sambar pisang kat tangan kite(jgn lupe snap gambar).
Oh, pisang tu di provide oleh..err,tak knal uncle tu sape. Dier offer maka amik je la :p

Dah menghampiri Maghrib, jom balik mandi dan solat. Badan dah macam2 bau dah.

Pas mandi dan rehat2 kat bilik, ingat cam malas dah nak kuar makan sbb xde rasa lapar.
Namun, tiba-tiba datang ilham nak makan ketam cili.
Hoho..maka berusahalah Si Suami bawak wife nye ke Teluk Nipah.
Maka kami bantai kaw2 ketam cili sebakul..setel!
Time makan, ada brother 2 orang datang nyanyi lagu Cinta Pantai Teluk Nipah(diubahnya lagu Cinta Pantai Merdeka) kat kitorg.
Pas diorg nyanyi, bagi la sikit sumbangan ok!

Esok pagi pas breakfast kat hotel, kami jalan2 dalam Puteri Bayu+lepak pantai+posing2 untuk kali terakhir.
Cantik chalet sini, sila la datang ye.
Dah puas bergambar, balik bilik untuk berkemas dan check-out.
Aktiviti terakhir kami adalah shopping ckit2 kat town seblah jetty Pangkor-hari seblomnye dah datang dan spot siap2 nak beli apa..lalala.
Pastu return motor dan balik ke KL.

Fiuh.. setel lagi 1 hutang hutang entry basi sesambil menunggu Encik Suami abis keje.
Bye!