Monday, January 21, 2013

Happy Belated New Year!

Semalam saya dan Encik Suami berehat di katil sambil sembang2.
Kemudian terpacul la citer pasal sesuatu yang kurang difahami.
Then Encik Suami cakap, "cuba you try Google".
That time laptop mmg dah siap kemas masuk bag, phone plak sukar di gapai tangan sebab tgh cas kat plug tepi sofa.
Even still bertempat dlm bilik but MALAS nak bangun (oh..sungguh mithali).

Pastu saye cakap "Esok la ek i google. Malas nak bangun la. Cam syok je golek2 bergumpal atas katil".
Hahaha.. Tu dia! BERGUMPAL ok! Ngko ader?
Men terjah je ayat.
Encik Suami bantai gelak je.
Dier mmg dah terbiasa sgt dengan pekataan pelik2 kuar dari mulut saya yang aci redah je ni.

K la, saje membebel di hari Isnin yang gloomy ini.
Omputeh kata, amik mood even dah stengah hari. Maklumla, lunch hour!

Kat bawah ni nak tempek ckit gambar dinner di malam menjelang new year lepas besama Encik Suami kat Ole-Ole Bali, Sunway.
Lama dah rasanya tak makan sini.Maka, walaupun dah 3 weeks ago, still nak rakamkan memori kat sini.
Masa pegi tu dah melepasi kol 10 malam but still ramai org hinggakan kene bratur amik nombor.

Kami punye main menu adalah Ole-Ole Trio.
Order 1 je then mintak extra nasi sebab selalu kalo order 1 set sorang, tak habis.
Membazir itu amalan SYAITAN! hehehe..

Ni kitorg punye all time favourite = Pisang Bakar!
Nampak cam biase2 je tapi..sedap gile tak tipu punye lah!

Air plak, saya order Green Apple Splash! Slurpp...sedap.
Encik Suami order Barli Lime, signature kat situ.

Kitorg cuba untuk balik seblom countdown sebab takut stuck takbleh kuar plak.
So, dalam less than 30 minutes seblom kol 12, kitorg dah chow balik.
Tu pun dah start tersombat dah jalan. Penuh dah orang dok sembur2 buih sepanjang jalan.
Kitorg pon turut jadi mangsa kene sembur skali. Dah le bau sabun tu mucuk. Uwekk!!!
Paling kesian, keter2 yang parking area entrance Sunway. Memang tak nampak rupe dah sebab penuh bersabon.

Disebabkan umah kami dgn Sunway tak jauh sgt, so by the time kol 12 kitorg dah sampai umah.
Bukak pintu umah je bleh dgr bunyi bunga api meletop2.
Oleh yang dekimian, cepat2 gi ngintai kat beranda umah.
K lah, lunch hour almost ke penghujungnya. Back to work..

Happy Belated New Year!

Thursday, January 17, 2013

JB & Singapore! - Part 2


                                                                                                        Tarikh Kejadian:13/10/2013


Esok pepagi, makan ckit breakfast yang disediakan oleh pihak Adler Hostel.
Oh ya..harga ek? Promo Agoda untuk satu katil dalam RM85 kalau tak silap.
Sini ada 3 floor. Paling bawah adalah lobi dan tempat lepak2 coz ada sofa.
Tingkat 2 asrama untuk campur (laki+pompuan).
Tingkat 3 asrama pompuan saja.
Setiap 1 katil akan dapat 1 kunci loker dan 1 akses kad untuk masuk dorm.
gini la ghupe loker kat kite punye katil tu.

Pas check-out, kami menyelusuri Chinatown untuk ke MRT Orchard Road.
Pemandangan dpn Adler Hostel. bersih je kan bandar?

Memang best MRT kat Singapore ni sebab nak g memana, available je.
Pendek kata, xde transport pon senang je nak jalan.
Ada banyak interchange. Contoh, dari Chinatown nak ke Orchard maka kene g tukar train kat Dhoby Ghaut(setiap kaler melambangkan laluan berbeza).
Kene beli tiket kat mesin, xleh beli kat kaunter. Dan tiket tu bleh return balik pas dah abis gune untuk dapatkan deposit $1.
Dapat? Good!
Tu la serba sedikit ilmu nak kongsi (gambar kurang sharp, tp bleh la stakat nk baca..).
Ni map MRT. Memang sengaja snap dan simpan dalam phone, sng nak refer.
Kat sana kami byk jalan2 saja..xdak shopping2 or begambar sgt.
Menjelang tengah hari, kami tapau bun je untuk lunch.
Dan beli air vitamin dan lagi dan lagi.. Addicted!

Menuju ke Woodlands untuk balik ke Johor Bharu, kami amik MRT stop ke Woodlands station.
Situ ada mall, so jalan2 ckit dalam tu.
Sbb nak cepat, kami amik cab je tros ke Woodlands Checkpoint.
Disini terdapat kesilapan saya.
Saya dengan konfiden nya bitau driver cab nak g imigresen. Cis, kupikirkan itu namanya tempat imigresen.
Nasib baik husband betolkan..Time tu driver dah tesasar jauh dah. Dah le cab pakai meter maka mahai sbb imigresen tu dah ikut jalan lain. Huhu..

Bila dah sampai Woodlands Checkpoint, kat meter dah dkt $20 tau.
Tapi uncle cab tu baik, dier cakap 'just give me $8'.
TQVM Uncle! Jasamu dikenang.

Bile dah lepas sesi mengecop paspot segala, kami amik bas ke JB.
Sampai bus stop, isi perot dulu then amik cab untuk g amik keter kat opis org :)
Asalnya plan nak singgah umah cousin yang saya tumpang aritu, tp ujan plak tengah lebat dan tak inform awal2 cam x elok plak.
So, kitorg nak direct balik KL je.
OTW dah lepas tol Skudai, cun-cun plak nampak JPO megah berdiri di tepi highway.
Ops, terpaksa la tak sengaja singgah. Lalala..

Malam tu pas sampai KL, 2-2 orang rasa cam nak balck-out tros tdo sampai pagi.
Pa pe pon, berjaya gak tambah 1 lagi cop kat buku merah even last minute plan. Hehehe..


**Sebab entry kali ni tak banyak story-morry sangat, maka saya share kan la map USS in case sesapa nak rujuk di kemudian hari ok! Rerajin la zoom deh..
Chowww..

JB & Singapore! - Part 1

Tarikh Kejadian : 8/10/2012


3 bulan lepas (pergh!!!), saya dihantar outstation ke Johor selama 3 hari.
Utk tarikh 9&10 Oktober, kene bekeje kat Kulai.
Untuk tarikh 11 Oktober plak, kene ke JB.
Oh..seperti biasa, saya drive sorang dari KL ke JB. Neves sbb since abis blaja dulu, ni la first time nak ke Skudai/JB semula sorang2.
Dah la pesen tak terer tengok peta, so awal2 lagi mmg dah kene study jalan siap2. Huhu..
Asalnya nak tdo hotel walaupun penakut.
Tapi blom carik hotel lagi, plan nak walk-in je.
So sesampainya ke Skudai since masih awal, plan nak g ziarah umah sepupu kat sana.
Beliau pelawa tdo umah beliau. Hehehe..sengih la saye selaku seorang penakut tdo hotel sorang.
Maka, sepanjang 3 hari 2 malam kat Kulai, saya menompang umah sepupu (Habib & Kak Nas) di Skudai.

Tq banyak2 ye..
Tadek gambar nak tempek, segan nak ajak tuan umah begambar :)
Ada bejaya snap 1 gambar budak encem ni je (anak sepupu, nama nya Adam).
Time kat sana gak, sempat ber 'reunion' bersama Ude, geng UTM dulu.
Kami lepak makan2 Sushi King kat JJ, Skudai.
TQ Ude blanje saye :)
Tak sempat bergambar pon kite kan..huhu..
Saya kalau stiap kali pegi outstation mmg payah nak berjalan ckit sbb slalunya aktiviti habis lewat petang.
Tau2 balik je dah penat, nak rehat+makan+tdo cas energy utk esoknya plak je.
So, mmg tak sempat la nak singgah JPO ke, Legoland ke..

Hari ke-3 di Johor, saya berhasrat nak g tdo kat JB la plak.
Segan weh lelama sgt menyusahkan org ni..kikiki.. Time tu dah kuatkan semangat jatidiri untuk tak takut tdo hotel sorang2.
Dan..telah berjaya memujuk Encik Suami untuk dtg teman. Yeehaaa!!!
So, pas abis sesi di Kulai, tros gerak g JB.
Tu pun nasib tak sesat.
Check-in la saye di Thistle Hotel, JB sbb situ dekat ckit ngan opis nak kene bekeje esoknya.
Hotel ni cantik.
Cuma..free wifi tadek. Kalau nak, bayar RM20 sehari kalo x silap.
Tu pun bukan bleh tenet sesuka hati, kene g kat meja disediakan dan cucuk kabel.
Untuk malam pertama kat Thistle, still terpaksa tdo sorang2 sbb Encik Suami esok pas keje baru dtg.
Tak kuar bli dinner pon, malas.. hihihi.
Dah le takleh tenet, 3G kat bilik pon slowwww dan kadang2 xdpt 3G pon. Saddis!
Maka, tdo lah saye dalam lampu terang-benderang dan tv tak tutup sampai ke pagi.
Selalunya stiap kali outstation, saya mesti tdo2 ayam je sebab terlampau 'berani' tapi kalini lena btol saya tdo. Alhamdulillah..
Setel sesi kat JB, saya tak balik hotel tros.
Saya direct gi Larkin untuk survey jalan. Kang nak g jemput Encik Suami plak.
Dekatttt je rupenye dari hotel nak ke Larkin. Tak sampai 15 minit drive.
Gud2.
So pas dah balik hotel rehat2 segala, tunggu Encik Suami roger.
Dipendekkan cerita, pas jemput beliau, kitorg benti tapau makanan kat kedai tak jauh dari hotel.
Kedai tu stendet2 restoran tp suram xde org.
Blasah je la sbb saya bukan tau memana kedai lain area situ. Lagipun dah lewat.
Result? harga tak padan dengan kualiti.
Tak shedap dan mahal(nasib baik lupe nama kedai tu apa. Kalau tak, slamat la kene publish sini).
Malam tu Encik Suami turun amik2 gambar ckit sekitar Thistle.
Pastu kitorg chow g survey jalan ke Terminal Bas Kotaraya 2 untuk aktiviti esok hari :)
**************************************************
Tarikh Kejadian : 11/10/2012
Hari esoknya punye citer.
Kami breakfast siap2 kat hotel dan check-out.
Pastu, p tinggal keter kat opis TNB JB(hihihi..bleh ke citer ni ek? Lalala).
Then, tahan cab untuk ke Terminal Bas Kotaraya 2.
Sampai terminal, kami tunggu bas merah 2 tingkat untuk ke Universal Studio Singapore!
Harga RM5 kalau tak silap.
Leceh gak naik bas ekceli sebab banyak kali kene turun naik untuk setelkan kastam segala.
Bas mmg hantar sampai bawah je. Then kite yang kene manually naik dan setelkan urusan, then turun cari bas yang kite naik tu semula.
Part yang bestnya, bas mmg last2 akan benti btol2 bawah USS.
**TQ kpd Encik Suami sbb tlg bwk paspot. Maklumla, plan last minute katakan.
So, kite enjoy!!!
Harga tiket $68 sorang sbb time ni bukan Peek Hour.
Kitorg sampai time gate blom start bukak pon lagi.
Betty Boop.
Frankenstein yang dtg cekik org sepanjang jalan.
Poo.

Kat dalam tu kami hanya shopping fridge magnet & thumbler saja. Hehehe..

Benti makan 2x kat dalam tu.
1st, kat kedai fast food(makan burger) then benti makan eskrem Ben & Jerry.

Sambung tempek gambar lagi ckit.
Besabo je la k :)
Puss in boots.
Jurrasic Park.
Far Far Away
Madagascar.
Shrek pikul bag balik umah dier.hihi.

Agak2, USS dah nak tutup, kami terpaksa chow walaupun tak abis cover semua game dlm tu.
Dari sini, singgah begambar sekitar USS ckit.
Then, amik MRT ke Vivo. (Kalau dari USS, free je).
Sampai Vivo, kami amik MRT lain plak ke Chinatown sebab nak cari tempat untuk tdo.
Sempat gak la shopping ckit2 kat Chinatown tu.
Dengan sempoinya, kami check-in hostel saja.
Adler Hostel namanya. Dekat area Chinatown tu je.
Walaupun hostel, ia selesa dan privacy sbb setiap katil ada langsir sendiri dan locker sendiri kat bahagian dalam.
Emm..dah panjang sgt dah entry ni even citer dah laju2.
Next day nya, saya citer kat entry lain plak k.
Tata!