Sunday, January 17, 2016

Cuti-cuti Hujung Tahun - Krabi - Part 3

Tarikh Kejadian : 28/12/2015


Ok last entry dah pasal trip to Krabi..

Sambung cerita hari ke 5 lepas balik dari Phi Phi Island.
Kali ni kami duduk guesthouse je.
Ben's House namanya.



Tak ngadap laut tapi still accessable kalau nak jalan kaki ke pantai or naik motor lagi cepat sampai pantai.
Hotel ni bersih dan quite luas.
Ada swimming pool jugak hokeh.. dan breakfast included.



Aktiviti hari tu, Encik Asben pegi sewa motor which is dari shop lot seblah hotel kitorg je.
Jalan2 sekitar hotel pada siang hari, dan malamnya pegi makan kat Bangboo Restaurant.





Tempat ni femes dalam blog2 orang g Krabi.
Masakan yang kami order sedap2, ada staff boleh cakap melayu jugak.
Cuma kedai ni jauh ckit dari pantai Aonang, effort lebih ckit kalo nak jalan kaki.
Kami naik motor, no hal :)

Lepas makan, pegi Boss Tailor untuk fitting.
Saya punya seluar ada kene touch-up ckit.
Encik Asben punya kemeja ada diorang salah g letak line itam, patutnya nak plain je.
Pastu kan, tengok cam cantik je Encik Asben engraved blazer dan kemeja2 dier.
Last minute, saya nak jugak! Kikiki..
Staff kedai cakap can be done together dengan yang nak alter2 tu dalam 1 hari.
So, esok nya nanti diorang pegi hantar kat hotel kitorang.
Bagus kan?



Sudah fitting dan cuci mata kat kedai2 berdekatan, kami balik hotel.
Encik Asben kene jaga Mika while saya pegi ke blok sebelah untuk Thai massage.
Harga 250baht untuk 1 jam.
Sakit ler gak Thai massage ni tapi gile sedap rasa badan lepas tu.
Kalo pegi Thailand tak try diorg punye massage rugi woo...
Pastu bleh balik tdo kroh2 dengan badan rasa selesa gile. Phuewww!!!


***DAY 6***

Nothing much yang dibuat melainkan menikmati hari-hari terakhir kat Krabi.
Esok pepagi buta dah nak kene balik negara sendiri dah pulak.

Sebab macam sedap sangat masakan kat Hasanah aritu, sempena hari terakhir kat Krabi, saya request dengan husband nak gi lunch kat kedai tu lagi skali.
Dan, order lauk sama macam aritu.
Green curry & ikan siakap goreng!
Memang betul2 sedap macam time kitorang makan few days ago.
This time, bukan saja saya, Encik Asben pon makan bertambah jugak. Hohoho..
Gonna missed your green curry lah nanti :(

Hari ni jugak kami sasarkan sebagai hari untuk shopping dan snap2 gambar.
Tapi sebab memang perangai tak purchase bagasi, so tak bleh nak shopping banyak.
Ada la space ckit dalam bag selepas Mika habiskan stok pampers dan kudap2 dier.
Beli ole2 ckit untuk family members dan pengasuh dan member rapat je.
Tu pun jenuh gulung2 baju sebab nak kasi space banyak ckit. LOL!





Kedai thai pancake Yaminlah..






Nak review sikit pasal Boss Tailor.
Aritu dah janji nak post kat last entry kan?
Ni hasil kerja tangan mereka.
Cantik dan kemas kan?





Harga untuk:
-Sepasang suit saya (blazer dan seluar + engraved)
-Sepasang suit Encik Asben (blazer dan seluar + engraved)
-3 helai kemeja Encik Asben (engraved)
:::15000baht::
ni pun sebab kitorang pilih kain yg mahal skit.. kalo x, boleh lagi murah..

Untuk tailor made suit, kira murah la..
Dan hasil yang sangat superb.
Tu pun siap bagi free tie suruh Encik Asben pilih nak yang mana sebab beli banyak.
Yang engraved2 semua tu dier kasi free je tak cas.
Pastu dapat lagi 2 suit bag untuk blazer2 kitorg.
Staff dier siap hantarkan baju-baju tu ke hotel.

ni baseline price kalau nak tailor shirt kat Krabi ni, but price may vary base on material selection :)



Lokasi kedai ni ngadap pantai Aonang,
Memang depan pantai tu bederet kedai sampai ke hujung kan and ada a few tailor shop jugak.
 Kedai ni kan, kalo korang ngadap pantai, carik replika ikan yang femes kat krabi tu.
Lepas dah jumpe, bejalan lah anda ke kiri(ni kalau pantai kat depan anda ok!).
Nanti akan jumpe lorong kecik sebelah kedai tour guide.
Haa, Boss Tailor kat dalam lorong tu lah.

Service diorang memang terbaik.
Recommendation daripada diorang pon tip-top, ye lah dah jadi macam makanan harian diorang kan.
Time fitting, ada nak betulkan or tambah pa pe (macam saya tetiba gedik nak sulam2 gak dalam blazer lepas tengok hasil kat baju Encik Asben), diorang ok je buatkan dalam masa 1 hari siap!
Staff tu cakap "for us, customer is 99% right".
Dan staff tu ada tunjuk gambar Mark Adam datang tempah suit kat tempat dia dan pakai dalam video klip.
Kellass ko nox!

Pastu malam tu, stress fikir kat mana lagi nak sumbat baju-baju yang tempah tu.
Bag semua dah penuh barang.
Last-last, 3 kemeja husband tu, usahakan jugak sumbat dalam bag sampai koyak ckit zip bag sebab over penuh.. lalala..
Suit plak dah dapat bag dier kasi, gantung je la  :p

Pagi esoknya, seawal jam 6AM, tour agent dah sampai ke hotel untuk pick-up dan hantar ke airport.
Nasib baik tak jadi kes yang sama mcm aritu, kes yang tadek dalam senarai tuh. huhu..
Kalau tidakkk, haishh!!!

Tu lah serba-sedikit corat coret dan kenangan kami ke Aonang Krabi for the 1st time dan Phi Phi Island for the 2nd time.
Biasanya orang datang Krabi akan pegi ke Railay beach, Hong island, Emerald pool, tapi kitorang tak sempat nak pegi semua.. mebi next time...

Railay Beach


Hong Island


Emerald Pool



Semoga ada rezeki bleh pegi Phi Phi Island lagi.. hehe,tak pernah serik.
Bye!

Thursday, January 14, 2016

Cuti-cuti Hujung Tahun - Krabi - Part 2

Tarikh Kejadian : 25/12/2015




***DAY 3-4-5***

Sambung sini..
Macam diceritakan kat entry sebelum ni, hari ni kami ke Phi Phi Island pulak.
Tadek la awal2 pagi lagi dah kene keluar.
Tour agent patut datang pick-up kitorang kat hotel jam 12PM.

Pagi tu sempat bangun lambat ckittt, breakfast, snap gambar sekitar hotel, bawak Mika main swimming pool.





Oh ya, mostly hotel kat Krabi buat Gala Night sempena malam menjelang Krismas.



Patutnya kitorg kene bayar dan attend, tapi berjaya escape untuk tidak bayar dan tidak attend.
Encik Asben kawtim cakap kitorg Muslim tak celebrate Krismas ni.
Malam kejadian, nampak sambutan kat hotel kitorg meriah.. Ada konsert, dinner, pertunjukan silap mata, etc..
Kitorang jenguk2 gitu je pastu keluar lepak2 town.
Alih2 pagi ni, dapat jugak ole2 Krismas even tak attend event diorang.



Dalam jam 10AM, Encik Asben keluar pegi drop 1 bag kat Hotel ke-3 yang kami akan menginap lepas balik dari Phi Phi Island then pegi hantar motor plak.
Kalau tak anta motor, kang tak dapat balik passport.
Kat sana kalo nk sewa motor kene cagar passport hokeh!
Dekat jam 12PM kitorang turun begambar area swimming pool ckit then check-out.





Tunggu punya tunggu dekat jam 12:30PM tadek plak sampai si agen tuh.
Lepas call pihak Andaman, katanya nama kitorang tadek dalam list. Eh!
Pastu dier tanya aritu purchase trip daripada agent kat mana? Kitorang cakap kat airport.
Sudahnya dier mintak transport dari hotel hantarkan sebab takut tak sempat, nanti claim balik.
Transport hotel plak tengah tak available, kene tunggu 15 minit.
Mana sempat, nak kejar feri jam 1:30PM jalan.
Encik Asben decide, carik je taxi kat luar.
Kitorang jalan ckit luar hotel, dah dapat taxi.
Nasib driver tu cekap, 1:10PM kitorang dah sampai terminal feri.
Dier cas 500baht.





Feri ke Phi Phi Island amik masa dalam plus minus 2jam.
Perjalanan ke Phi Phi Island kali ni ok.
Feri pun tak beralun sangat, Mika plak tidur.
Time dekat2 nak sampai je la dier terjaga dan cranky ckit nak jalan2.
Kene nak angkut dier bawak jalan2 dengan sangat careful sebab sesekali feri akan terumbang-ambing dipukul ombak..gitteww..


Sampai je di jeti Phi Phi Island, sila sediakan 20baht each untuk entrance.
Mika je takyah bayar.
Melepasi je entrance dah ada ramai orang hotel tunggu.
Kami carik je la signboard yang staff yang situ pegang yang tulis Phi Phi Villa Resort.
Nanti staff hotel akan tolong bawakkan bag dan follow dier pegi hotel.
Mungkin sebab baru sampai dan dalam feri dok ngangkut Mika, terasa macam jauhnyeeee lahai nak sampai hotel.
Eceli, memang hotel kami amik jauh ckit daripada jetty dan kat sana takde motor/kereta bekeliaran ya. Jalan raya pun takde..
Nak gi memana, korang jalan kaki lah.
That's why i'm sooo in love with Phi Phi Island.
1st time datang sini dulu time honeymoon.
Tros jatuh chenta dengan pulau ni.
Environment sangat relaxing.
Laluan pejalan kaki pon seblah2 je dengan laut membiru.
Tadek hiruk pikuk transportation.
Sgt best!







Lepas datang sekali dulu, memang dah tanam cita2 bebila ada rezeki nak datang lagi.
Alhamdulillah, ada rezeki datang lagi.
Even dah gi bercuti kat pulau lain2, saya tetap rasakan environment Phi Phi Island paling win!
Ok sambung cerita.
Dah sampai hotel, sementara tunggu Encik Asben check-in, anak dara saya dah meniarap tepi swimming pool.





Dier memang pantang tengok air.
Setel check-in dan masuk bilik, anak saya dah lencun.
LOL!
Ni sekitar dalam hotel kami duduk.
Kene snap cepat2 sebelum anak saya "kemas"kan bilik.




Konsep sangat best & hotel ni betul2 depan laut.
Apa lagi yang best tentang hotel ni?
Provide halal food. Selalu kat hotel sebelum ni breakfast mkn roti, sayur, cereal, buah je. Kat hotel ni bleh makan puas2 semua makanan dan masakannya pon sedap!
Depan hotel ada stall banana pancake yang sedap.
Tepi hotel ada mini-mart untuk beli pa pe yang nak.
Design hotel lawa.
Swimming pool pon cantik.
Pantai depan hotel kitorang quite nice, tak busy sangat.



Dan kalo agak2 malas nak jalan kaki pegi sampai ke jetty, bleh naik longtail boat area depan hotel ni je. Diorang cas around 200-400baht (depends pada keadaan laut).

Kami tak amik pa pe trip pon kat Phi Phi Island ni.
Memang datang sini semata-mata nak rilex.
Lepak jalan-jalan dalam pulau because i love the environment.
Makan2 since kat sini pun ada banyak kedai makanan halal.
Last but not least, main air.. Hoho..
Ni anak saya enjoy the swimming pool.







Ni plak mandi pantai tetengah hari buta. Ish2.. Memang itam la kami 3 branak.







sambung balik terjun kolam ~~




Mika dengan kawan baru mata biru.. wow~~

Selesai 3 hari 2 malam,
Banyak benda bleh beraktiviti kat pulau ni like hiking to viewpoint, snorkeling, diving, besiar2..
tapi kitorang tak banyak beraktiviti sebab bawak infant, so lepak2 bersiar, berehat and enjoy pantai,..

so korang enjoy la gambar2 di phi phi ni:-

breakfast at the cafe..


Mika infront of "Tree House" depan hotel ...


picture taken infront of the hotel, taken via phone...no kidding..




kami dah kene balik ke Krabi town.
Naik feri jugak jam 1:30PM panas terik..
Bag, orang hotel tolong angkut sampai ke jeti.. Ngeh3x..
Kali ni mencabar sikit sebab ombak cam kuat so feri memang beralun.
Mika yang asalnya tengah tidur, tejaga dan nangis2 mungkin sebab rasa loya/tak selesa kot beralun macam tu.
Dah mak nye pon bleh rasa nak uwek2, apatah lagi budak kecik.
Kesian..
Next time, kene purchase feri awal pagi atau lewat petang so that takyah duduk dalam perut feri.. Meaning, bleh naik duduk kat atas open air tuh.
Kalau duduk atas Insyaallah tak rasa bekuap dan loya sangat.
Timing kami amik 1:30PM memang panas terik x mampu nak join bejemur kat atas.. Sob3x..
Pulak tu, feri time balik ke Krabi ni cam slow ckit.. Almost 2jam30minit baru sampai Krabi town.. Huhu..
Sampai je ke pengkalan rasa cam lega gile2..
Mika pon senyap dah tak nangis sbb rasa beralun dah ilang.. Heee..
Kami amik cab balik untuk ke hotel, cas 400baht.

k..bye..nanti sambung next entry..

Tuesday, January 12, 2016

Cuti-cuti Hujung Tahun - Krabi - Part 1

Tarikh Kejadian : 23/12/2015


Assalamualaikum..
Mohon langkah bendul.. nak cerita pasal Krabi dulu sebab yang ni masih segar di ingatan, gittewww..
Cerita Koh Samui & Koh Tao rilex2 dulu deh..
Kitorang punye flight pegi Krabi sangat awal pagi.
Jam 7:45AM. Tapi dalam jam 6AM gitu kitorg dah sampai airport dah.
Kesimpulannya, kol 4AM kitorg dah kene bangun(kecuali Mika).
Drive ke Putrajaya Sentral untuk park keter kat sana, then amik KLIA Transit ke KLIA2.
Haaa..KLIA2 kan, weolls naik Air Asia lah :)
Disebabkan sampai airport awal lagi even dah siap lalu imegresen, scan bag semua tuh, so aktiviti kat sana sebelum masuk flight adalah kejar Mika sebab dier dah terjaga time naik KLIA transit. Hahaha..
Si budak tu bukan reti duduk diam lelama. Kih3x.. Letih woo..
Oh ya, kitorang takyah g kaunter untuk check-in bag.
Kami backpacked je.. 2 ketul ni je bawak.
 
Konon sorang 1 bag kene pikul, sudahnya Encik Asben kene pikul 2-2 sebab saya kene dukung Mika. Jika tidak, abis la ntah kemana hala dier jalan sendiri2..
Perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Krabi ader la dalam 1jam20minit.
Sangat2 sesuai kalo nak bercuti keluar negara bawak anak kecik sebab tadek la diorang nak tantrum sebab kepam lama2 dalam flight.
Dari segi timing pulak, Krabi ni lewat 1 jam daripada masa kita kat Malaysia.
Sesampai di airport Krabi dan lalui imegresen sana, Encik Asben beli simkad.
Ini simkad dier.
Best woo, tenet laju.
Kalau bukak Youtube takyah tunggu loading lelama.. Nyumm.
Simkad ni free je, pastu Encik Asben topup 300baht dapat 4G internet unlimited untuk seminggu, Nampak tak tamak nak dapat tenet laju nye di situ? Hoho..
Kalau nak save bajet, topup je la 100baht bleh dapat 3G unlimited internet untuk seminggu. 3G pon dah syukur Alhamdulillah untuk korang guna.
Then, kat airport tu jugak baru kitorang purchase pakej gi jalan2 dan pengangkutan feri dan transit airport.
Kalau nak mudah, better you all beli/arrange siap2 dari Malaysia.
Kitorang memang dah lama gile beli tiket pegi Krabi tapi tak prepare2 pon itenerary..
Konon nye busy lah kan, dan malas nak plan beria. Almaklumla bawak budak kecik kang punye excited plan itu ini, last2 kene cancel sebab anak tdo ke tantum ke kan..
So, kitorg gamble je lah.. Just beli hotel je sesiap dari Malaysia.
Dah setel urusan kat kaunter travel tuh, maka dapatlah kitorang teksi ke Aonang..
Perjalanan daripada airport ke Aonang lebih kurang 30 minit saja.

Hotel pertama kami untuk 3 hari pertama di Krabi adalah Golden Beach Resort.
Hotel ni betul2 ngadap pantai Aonang. Sangat la best feeling nya bagi peminat laut.



Korang kuar bilik je terus nampak laut membiru. Hamboii :)
Disebabkan kitorang sampai hotel sangat awal lagi around plus minus 10AM gitu, so tumpang letak bag je la kejap kat lobby. Mana boleh check-in lagi ye dak?
Tapi hotel pon baik je, katanya diorang cuba arrange untuk kitorang check-in jam 12PM.
Sementara tu, kami moved ke next plan iaitu hunting kedai sewa motor.
Jalan kaki ckit je keluar dari kawasan hotel, dah jumpe kedai sewa motor. Siap boleh cakap melayu lagi ckit2 orang kedai tu.
Area bebanyak kedai pesisir pantai Aonang ada a few kedai sewa motor untuk korang pilih.
Harga sewa motor 200baht sehari. Kami amik 2 hari.
Setel part motor, kami jalan2 naik motor pusing2 town.
Kononnya nak cari dan identify siap2 kedai makanan halal.
Rupenye, banyak dan senang gile nak carik kedai halal kat area Aonang tu.
Last2 kami stop kat kedai Hasanah ni.. Quite jauh ckit dari pantai Aonang eceli(maklumla, jalan2 naik motor pusing2 td kan).
Landmark nye, sebelah masjid Al-Aman.
Nak cari green curry nih. Datang Thailand tak pekene green curry macam tak sah gitu. Ewah!



To those yang rasa nak jalan jauh ckit, sila la singgah kedai ni dan order green curry. Sedap gile gile gile dan gile weh!
Sumpah tak tipu, beb!
Kedai ni ada staf dier boleh cakap melayu.. Senang nak communicate, ye dak?
Pastu kan.. kitorang order ikan siakap goreng. Pandai btol diorang goreng.. Crunchy di luar, lembut di dalam..
Disebabkan green curry & ikan goreng kedai ni, ahkak makan sampai 2 pinggan!
two thumbs up!
Setel makan, balik hotel semula.
Time tu dah area plus minus 12PM.
Receptionist inform yang bilik dah ready. Yeay!!!
Masuk bilik, Mika dah "hok hek hok hek" nak tdo.
Tros kami humbamkan diri atas katil, tidurkan dier skali dengan mak bapak skali tdo.. Kih3x.. Penat travel kekdahnye..
Bagus jugak tdo, tengah panas gile kot kat luar.
Sebab rushing nak kene tdo, tak sempat la nk snap gambar time bilik yang tengah elok kemas.





Gambar dari hasil Google je yang mampu dipaparkan :)


Pemandangan dari bilik..

Not much activity untuk petang dan malam.
Hanya jalan-jalan santai sekitar pantai Aonang dan makan2. Kali ni makan kedai lain plak.
Hanya kedai yang betul2 sedap saya review kat sini.
Kalo tadek mention kat sini, maknanya so-so je la kot. Kih3x..
Btw, tempat sini ditulis "Bus Stop".
Cam comel je ada replika monyet2 betenggek kat sini. Mika pon asek tunjuk "monkey..monkey" je :p











***DAY 2***
Hari ke-2, kami semua bangun awal termasuk Mika pon kene paksa rela bangun awal.
Sebab hari ni kitorang ada trip ke 4 Island.



Kitorang bajet2 la breakfast cepat2 ckit. By the time abis makan, around 9AM, staff Andaman tour @ travel agent tu dah datang pickup kami kat hotel.
Kami semua di bawa ke speedboat.
Penuh satu speedboat tu rupenye, ingatkan tak ramai sangat orang.
Nasib baik la Mika behave ckit. Kalau dier nak main jalan2 dalam boat tu mati la mak.. hahaha..

1st island yang kami sampai - Phranang Cave Beach.





Kitorang mmg ada prepare Mika punye swimming suit.
Tapi si budak ni dah nampak air, terus x nyempat tunggu tukar baju. LOL!
So, biar je la dia kebasahan dengan baju tdo tu  :p
Selalu tengok kat blog2 orang gi Krabi post gambar kat sini.
Tempat ni selain untuk main air, korang bleh gak nak jalan2 kat gua situ dan kalau minat nak buat rock climbing.
Disebabkan anak saya tengah excited main air, so kitorang lepak dalam air je la.
Dalam 30-40 minit gitu kitorang diberi masa lepak sini.

2nd island - Chicken Island.


 Pulau kedua ni takde gambar sgt sebab boat just berenti jap kat depan pulau bentuk kepala ayam untuk sesapa snap gambar dari atas boat.
Bentuk kepala ayam tu yang menyebabkan namanya Chicken Island. Curious la jugak sebelum ni kan.. LOL!
Pas pada tu, boat brenti tetengah laut untuk sesapa nak snorkelling dan berenang.
Time ni Encik Asben sorang je turun sebab saya kene jaga Mika.
Kesian nanti kang si budak kecik terliur nak join turun main air jugak, naya!
Tadek life jacket muat untuk saiz dier.
Duduk atas boat je la kami 2 beranak. Sob3x..
Kat sini pun diberi masa dalam 30-40 minutes.

3nd island - Tup Island




Next, kitorang dibawa ke Tup Island.
Air kat pulau ni gile punye cantik wa cakap lu.
Sangat crystal clear water.



Walaupun ramai orang datang sini, air tak keruh pun.
Mebi sebab pulau ni ala2 macam pertembungan 2 ombak so bila ombak belah kanan baru nak keruh, ombak belah kiri terus sapu kasi bersih. Kih3x.
Yang best nya tempat pertembungan 2 ombak tu kite bleh jalan2, cetek je la..





Sila enjoy kecantikan gambar kat Tup Island ni.

mika tdo memula


hantu air dah bangun










4th island - Poda Island.



Pulau ni ada kene bayar entrance 400baht yang tak cover dalam korang punya trip.
Sila bawak duit sesiap.
Sebabnya, pulau ni national park gitu.
Time sampai sini dalam jam 1PM gitu, panas gile terik.
Pulau cantik, tapi sebab panas sangat so lepas makan yang di provide oleh pihak Andaman, alih perhatian Mika untuk main lukis2 atas pasir.



Kang dier nak main air pulak, pengsan..
Disini, kitorang diberi masa lepak2 dalam 1jam30minit.



Rupenya kat sini ada kawasan bagi makan ikan. Lepas dah abis trip baru tau.
Kitorang tak abis pusing kat pulau time tu.
Rugiiiiiii!!!
Memang plan nak cari tempat yang boleh bagi makan ikan, sebab bajet2 Mika mesti suke dan excited terjerit2.
Mummy Daddy dah pernah merasa time honeymoon dulu, ingat nak bagi Mika pulak main2 dengan ikan jugak.
Sorry Baby :(



Lepas dah abis trip half day, kami balik semula ke Krabi town.
Keluar je dari boat, stendet la ada orang jual gambar2 yang ntah bile dier snap gambar kite pon tak sedar. Hahaha..
Tapi tak beli sebab muka ahkak buruk, tudung awning dah kemetot kene tindih2 masa gulung masuk bag :p

Kalo amik trip, dont worry sebab diorang akan hantar kita balik hotel semula.
Sampai bilik, memang bantai tido la kan..
Penat weh main air.. Kih3x..

Lewat petang, kami keluar cari makan.
Lepas makan, pegi Boss Tailor.
Saya memang dari Malaysia lagi dah bernawaitu nak tempah suit kat Krabi.
Sebab, tepengaruh dengan Encik Asben. Dier suke tempah kemeja kalo datang bercuti kat Thailand, cantik buat customade.
 Encik Asben suggest Boss Tailor sebab dier research, kat kedai ni banyak orang bagi good review.
Tapi memang betul best pon.
Pegi kedai-pilih material-pilih design or nak customade ikut idea sendiri pon boleh-amik ukuran-nego harga-nego date nak pickup baju bile.
Disebabkan esoknya kami akan ke Phi Phi Island dan baju yang ditempah pon banyak, so tak expect la sehari bleh siap.
Kami request baju siap dalam masa 3 hari so that, lepas balik dari Phi Phi Island dah bleh datang fitting.
Best la kedai ni sebab staff dier friendly dan dah expert buat baju so dier boleh tolong bagi idea jugak.
Apa yang kami tempah?
1-Blazer saya beserta seluar
2-Blazer Encik Asben beserta seluar
3-Kemeja kerja Encik Asben 3 pasang
Untuk hasil dan harga, nanti saya cerita kat entry lepas baju dah siap ek  :p

Tu je lah untuk hari ke-2.
Jalan-jalan malam di Krabi town (most of the time kejar Mika yang tanak berdukung dan asek menonong jalan ikut suke dier je..ngeh3x)..
Then balik bilik packing:
*1 bag untuk bawak pegi Phi Phi Island (bag biru kecik)
*1 bag (bag besar oren) isi baju2 yang dah pakai which is masuk plastik asing la kan and also baju akan pakai selepas balik dari Phi Phi Island.
Bag oren ni Encik Asben akan gi tumpang siap2 kat hotel ke-3 yang kami akan menginap.
Bagus tak strategy? Kurang ckit barang nak kene angkut kan? hehehe..

To be continue..