Friday, May 8, 2009

Chicken Rice Shop

Bukan saye bukak kedai Chicken Rice Shop.. Saye cuma jd customer kat situ during lunch on 5th May 2009. Dah bosan tetiap ari makan kat Restoren Selaseh so dat day ubah angin g makan tempat lain plak.

This Chicken Rice Shop wujud around office ni gak. Actually, luper nak focus kat ayam yg di order arituh. Maka sayer amik gambar kat internet je la :

Ini lah rupe set pemakanan i order dat day.. see, tak close-up gambar ayam. Tak clear sgt. I'm soo in love with tat grilled butter chicken. But my officemate ckp kurang gemar sbb byk daun kari. Hehehe..


Last skali, gambar saye le.. Hihi.. Dkt sgt plak rasanya. Patot mintak tlg Waniey snap kan :)

Wednesday, May 6, 2009

Tag Dari Kak Jet

Peraturan nak jawab tag ni ialah:
1. Copy badge "2009 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.


2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
Kak Jet @ Kak Yanie

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
1.Suke berangan.
2.Suke ushar handbag.
3.Suke jalan2.
4.Suke makan2.
5.Suke sms.
6.Suke bertenet.
7.Suke baby.
8.Suke Bubu.
9.Suke chatting.
10.Suke shopping.

4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog.
Sesape yang nak buat, silakan..

Monday, May 4, 2009

Di Tag Oleh Elya

Lama dah tak kene tag-mengetag ni kan? Disini, saye selesaikan utang tag Cik Elya..

Tanda

1-Tanda kamu badmood ?
-->tak byk becakap

2-Tanda kamu marah?
-->tak byk becakap gak

3-Tanda kamu marasa pelik?
-->kerut dahi

4-Tanda kamu malu?
-->muka blushing

5-Tanda kamu sedang cemburu?
-->tanye soalan byk2

6-Tanda kamu sedang sedih?
-->belinangan ayer mata..ye kah? hikhik

7-Tanda kamu gembira?
-->usik org, buat lawak


APA

1-Apa warna baju kamu pakai sekarang?
-->warna-warni.

2-Apakah kamu termasuk dalam orang yang suka shopping?
-->suke..duit,sila la suke kat saye

3-Apa ingin kamu lakukan sekarang?
-->lunch

4-Apa rase di hati kamu sekarang?
-->lauk-pauk makanan tengah hari di Restoren Selaseh


BILA

1-Bila pertama kali kamu dilahirkan di dunia?
-->22.02.1984


2-Bila saat terindah dalam hidup kamu?
-->that '1 week'. apekah? taleh bitau. yg penting saya telah menjawab soalan ini :p

3-Bila kali terakhir kamu dimarahi ibubapa?
-->soalan yg memalukan neh. tak ingat ah biler. tp of coz la penah. cuma dah lama x kene marah since duduk jauh ni kan. bile stiap kali balik kg, mesti la nak spend time btol2 n takmo buat sesape marah.

4-Bila kamu akan married?
-->tiru ayat elya.. tunggu org masuk minang


BAGAIMANA

1-Bagaimana jika ada orang buat kamu sakit ati?
-->slalunye saye pendamkan aje. cuba besabar n keep smiling. cuma kalo dah exceed limit, maka akan kedengaran kata2 pedas sedikit yg kuar dr mulut saye


2-Bagaimana jika ada orang cakap kamu lawa/hensem?
-->mulut menidakkan tp dlm hati bebunga2. hahaha.. sape x suke kene puji kan? tp pepandai la cover line


3-Bagaimana jika ada teman kamu meninggalkan kamu?
-->sedih la..


4-Bagaimana jika ada orang tidak sukakan kamu?
-->sedih tp nak wat mcm mane. kiter tak mampu nak puaskan hati semua org

5-Bagaimana jika kamu bangun tido, kamu di kelilingi api?
-->huhu..takot dan tepk 'alamak, aku dh mati ke ni? ni kat dlm neraka ke pe???'

6-Bagaimana jika kamu keseorangan?
-->itu la masa saya nak karaoke. kalo ada org, malu le


SIAPA?

Selesai sudah... Tag ini ditujukan kepada :
- Kak Ina
- Nieja
- Kak Jet
- Kak Esha

Bihun Goreng

Ari Ahad sayer duduk umah pd siang hari. Pecaya x saye tak kuar ronggeng di hujung minggu? Hihi.. Ada sorang housemate saye ckp 'baiknye arini x kuar' dengan muke kompius. Kalo mak saya call pon mesti dier ckp 'Aik, tak kuar arini? Nape? Tak sihat ke?'. Hihi.. Kaki ronggeng kah saye?

Bile ptg, cam rajin nak men masak2 disebabkan tgh ari just masak sup campbell cendawan+kentang je kan..

So, ini lah aktiviti ptg saye..


Biase la, umah bujang. Masak pon secara bujang. Sayur xde, x bli pon. Hihi.. Lauk bihun adalah ikan bilis, kentang dan sosej saje.

Bihun ni untuk dinner sbb masak pon dah lewat ptg. Mlm nye pas Maghrib, kuar ronggeng kat Mines kejap. See, mane leh dok memerap kat umah seharian? Hahaha..

Shopaholic???

Hari Jumaat dah berlalu, aktiviti ronggeng di hari Sabtu plak. Destinasi pertama adalah, breakfast di Subway KL Sentral.


Makanan di atas adalah Chicken Teriyaki dan iced lemon tea. Cabang tu bukan tgn saye. Mari saya perkenalkan manusia2 yg ronggeng dgn saya pd hari itu.

Yg tudung putih tu adik saye, yang tak pakai tdg tuh bf adik saya @ empunya tgn cabang di atas dan tdg itam tu sepupu saye. Saye pon nak begambar gak..


Begitulah.. Kemudian, bergerak ke Jalan TAR. Oh, seblom itu sempat merembat 1 handbag Sembonia seperti di bawah. Ia dibeli di SOGO.

Kemudian mula menyusuri Jalan TAR untuk merembat hasil tangkapan yang seterusnya. Keputusannya adalah :

Shopaholic kah saye? Tak kot kan? Sbb bukan semua saye punye. Ada kain bj raye utk adik2 dan mak saye juga. Mmg sepanjang bli kain tu byk kali on phone n mms wif my mum. Pas penat bejalan berejam2, kitog stop kat Maju Junction utk solat dan makan Pizza Hutt.

Byk plak gambar kali ni. Saye ringkaskan.. Pas setel aktiviti di atas, kitorg pulang. Abes citer.. Claps..

Krispy Kream & Wolverine

Salam..
1 Mei 2009 adalah Hari Buruh @ Pekerja, maka selaku pekerja yang telah diberi cuti khas pada setiap 1 Mei mesti la saye seronok. Well, saper tak suke bercuti kan? Ini gambar org happy bercuti..


Di hari Jumaat itu saye ke Berjaya Times Square. Sampai2 je bratur bli tiket citer :


Sementara tunggu tayangan, jalan2 cuci mata di kedai2 handbag dan kedai bukan handbag. Then lapar dah plak.. Singgah merasa donat di Krispy Kream..

Besar handbag pada hari itu. Slalunye handbag tu bwk g keje sbb byk bende nak kene sumbat kan? Tp kali ni bwk sbb nak tgk wyg. Senang nak seludup makanan. Hahaha..

Konsepnye macam Dunkin Donut(btol kah spelling nye ini?) kan? Saya suker environment dlm tuh.. Cozy je dan cantik.

Yang paling best, Glazier.. Yang assorted nye tuh saya lebih suke donat dari Jco dan Big Apple. Tu pada saya je la. Semua org pnyer taste berbeda, ye nggak? Air Caramel Freeze dlm gambar itu adalah sedap dan mantap.

Dah abes mkn dan solat, tgk muvi! Sayer tak pernah follow X-Men. Tetiba je tros tgk Wolverine. Dan ia best! Mungkin sayer kene carik citer X-Men yg seblom2 nie..