Saturday, February 28, 2015

Bali Trip 2014 - Part 2

Tarikh Kejadian : 9 November 2014
(hari ke 3)****************

Woott woott..
Kembali bersiaran..

Entry kali ni takde cerita lawatan.
Sebab memang dah plan untuk spend time menikmati persekitaran Hard Rock Hotel dan sekitar Kuta town/beach..
Tapi..
Untuk nak kasi ada input/manfaat ckit kpd yang sudi baca, saya share nombor supir kat sini eh? eh?

Kami punya aktiviti melawat kat sana dipermudahkan dengan ada nya supir.
Main person yang dah di contact siap-siap since dari Malaysia adalah, Pak Isme.
The reason why kami amik dier adalah sebab Muslim so senang nak suruh drop tempat makan.
Nak contact no? +62 813 38614174 
Harga IDR 350k untuk trip sehari.

Dimaklumkan, bukan pak isme yang akan pick-up dan drive kami kesana kesini..
Pak isme ni kira tokey la.. Nanti dier anta staf dier untuk bawak kite jalan2 ok..
Staf dier semua muslim. Sepanjang kami kat sana, pak isme anta 4 staf berbeza.
Ada yg friendly, ada yang biasa2 je.. Kalo yg friendly tu siap provide kan air mineral, tlg snap gambar, tlg beratur belikan tiket masuk..

Bestnya ada supir sebab: 
1)tak payah pening2 tengok peta or pk nak naik ape untuk g melawat tempat2 
2)dalam satu kereta tu hanya kami je..takyah share ngan lain
3)dan paling2 bermanfaat sebab kami bawak baby so mmg akan ada possibility untuk berubah plan yang dirancang, bleh skip dan tukar plan..baby pon selesa nak tidur bebila masa mereka suke..ngeh3x
4)kalo dah lapar, mintak je supir stop kat kedai mkn on the way ke destinasi lawatan kite. Nanti dier tanya nk mkn ape? Kitorg most of the time mkn nasi padang je sebab senang nak jumpe. Nama kedai? Tak hafal plak..hehe..sebab merata-rata..

Back to hari ke-3 di Bali************
Bangun pagi, makan pagi yang di provide oleh hotel..
Pepandai la pilih yang vegie2 kalo nak selamat.. Pastu balun pulak roti2 dan cereal yang ada.
Cukup kenyang dah tu..
Mika? Kitorg cedokkan porridge kosong pon dah cukup happy dier.. Hahaha

Swimming pool sini wallawehh punye superb!
Time kitorg pegi, ada in progress nk buat stage party buih kat tgh2 kolam..
Nasib baik x ready lagi. Kalo x, juling bijik mata laki hakuu.. Hahaha
Nah tengok la skit2 gambar yang sempat encik husband snap..

Yang bawah ni pulak gambar sekitar private pool..

Ini dalam halaman hotel..

Kat sini ada ruang untuk budak2 main.
Oh..siap ada nanny kalo nak..
Means that, mak ayah bleh kuar berfoya-foya kat luar dan tinggalkan anak2 kat staf sini.
Nanti diorg layan anak korang siap dgn susunan aktiviti.
Kene bayar @ free? 
Tak survey plak sebab kitorg tak sampai hati nak tinggal Mika. Haru-biru kalo dier nak susu nanti 😣

**Mika si gayat, takut men gelongsor..

Dah puas meronda dalam hotel, kitorg keluar jalan-jalan kawasan sekitar pulak.
Jalan kaki.
Gigih betul kami membakar lemak.

Untuk lunch kami stop je memana kedai nasi padang yang sempat jumpa.
Singgah mall Matahari jugak untuk beli stock Heinz Mika.
So, pepaham la most of the time Mika kene makan ape kat sana.. Ngeh3x..

Tengah ari, balik la bilik pulak.. Bagi Mika tidur..
Panas gile kot kat sana time kitorg pegi.
Sila check cuaca dan prepare baju yang sesuai ok..especially baby.
Kalo time panas (dah 3 bulan tak ujan) mcm time kitorg pegi, jangan bawak baju tebal2 pulak..

Dah petang sikit, keluar g pantai depan hotel.
Seronok anak dara saya main air pantai sambil ushar orang main surfing..


Setel mandi pantai, kite bilas dengan air swimming pool hotel pulak.
Seblom ni tak pernah bawak Mika mandi pantai atau swimming pool tau.
Skali bile try rendam air, mak aiiii suke lahai dier. Hantu air macam bapak dier jugak rupenye.. Kui3x
Tapi satu je, dier tak suke pakai pelampung...amboi2





Lepas dah beria main air, penat sudah anak ku itu..
Mummy pon penat pegang anak telompat-lompat dalam air.
Dengan itu diisytiharkan malam tak keluar pegi mana. Mika pon dah tunjuk simptom nak tidur awal.
Suap dinner kat Mika then dier zzzz 😴
Encik husband je la kene keluar malam tu utk beli dinner kiriman si wifey..kikikk


Next day (hari ke 4)****************

hari ke-4, lepas breakfast kat hotel, kami sambung jalan-jalan lagi.
Kali ni jalan jauh ckit sampai ke Discovery (ni pon shopping mall jugak).
Time pegi, manje ckit, amik cab blue bird..
Tak mahal sgt pon, sebab cab pakai meter.

Jalan punya jalan, jumpe pulak 1 pantai. Pantai Kuta jugak, lain arah je..
Tatau ape nama tempat tu 😋
Lokasi nye.. Kalau dari Kuta Square menghala ke Discovery, belah kanan, akan jumpe satu lorong yang ada banyak2 kedai kecik2 jual souvenir dan baju2.. 
Haa, masuk la lorong tu terus sampai ke pantai.
Yang best nye,sekitar pantai tu ada banyak gile gerai makanan halal..
Heaven~~



Dah penat pusing-pusing, kami amik cab untuk balik ke hotel.
Tidur2 kejap..
Petang ckit kami keluar bilik sebab dah set appointment dengan fotografer hotel.
Gambar2 bawah ni semua fotografer tu amik (dah include dalam pakej bilik)..




Dah habis terkinja-kinja posing, kitorg pegi tebus welcome drink dari hotel.
Kering tekak jugak bergambar ni ghupenye..kah3x


Dah dapat persegaran, zasss ke pantai lagi skali.
Tujuan, nak celup2 kaki Mika kat pantai ckit.

Dah sudah ke pantai, kitorg pegi tawaf Beachwalk.
Beachwalk ni adalah shopping complex yang walking distance je dari hard rock hotel.
Beachwalk ni betul2 opposite pantai Kuta.








Bila hari dah mula gelap, kami pulang ke pangkal jalan.
Eh..belum balik bilik lagi..chup2, belumm..
Kite singgah penuhkan perut kat Hard Rock Cafe dulu.
Free dinner actually, dari pakej penginapan kat hard rock.
Pekene burger dan fish & chips yummehhh sedap!
Best gak makan berpanorama kan orang mandi-manda nih 😉




Setel makan, kami balik bilik sebab Mika pon dah okk ekk okk ekk ngantuk.
Nanti sambung cerita hari ke5 pulak..
Kbai!

Kenduri Kesyukuran Mika

Tarikh Kejadian: 4 April 2014


just a quick update so that ada memory Mika ter capture untuk santapan mata di hari tua kelak.
hahaha..

actually, saya discharge daripada Hospital Pantai Bangsar pada hari ke-6..
the reason why kene stay lelama instead of induced thingy adalah sebab hari kedua Mika melihat dunia, beliau kene jaundice pulak.
kesian anak Mummy.
tapi ok la, after a week, kekuningan itu hilang. hehehe..

the next weekend, Mummy Daddy dan Mika balik berpantang di KB naik flight.
hamboii, blom 2 minggu dah merasa naik flight ye Nak..
alhamdulillah, takde sebarang masalah sepanjang perjalanan.
sepanjang dalam flight, Mika menyusu..tidur..dan menyusu.
Mummy Daddy pulak sibuk dok snap gambar we olss. muahaha..
ni plak gambar Mika di lengan si Daddy kat dalam flight. Lena btol dpt lengan gebu. Ish2

hari ke-16 Mika lahir iaitu 4 April 2014, ada kenduri sikit kat rumah parent saya di Kota Bharu.
adik saya buat majlis aqiqah anak dier, Hayfa. (ada kezutann birthday Daddy Hayfa juga. lalala)
kami join venture untuk kenduri kesyukuran dan botak licin kan kepala si Mika.
yang bawah ni sepupu Mika, Hayfa nama dier..
kite kasi chance Mika tidur secara berambut dulu kat dalam buai ni..

bapa saudara saya, Ayah Mie yang tolong cukurkan.
weolls seriau nak buat sendiri.
boleh pulak si budak cinonet ni maintain tido kan..

tempek gambar sikit sekitar kenduri pas dah setel acara pembotakan.
Mika pakai topi sebab dah botak le tu :p


kredit deco buaian berendoi by Ribbon Memories.

ada sedikit ole-ole kepada tetamu yang datang.
ada telur rebus, pulut kuning, air mineral, coklat mini & mashmellow.


terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis anak saya dan anak sedara saya..

last but not least.. nah, amik..
dah jadi macam shaolin soccer dah Mika :)


hakhakhak..kbai!

Friday, February 27, 2015

Bali Trip 2014 - Part 1



Tarikh Kejadian: 7 November 2014


jeng..jeng..jeng..
akhirnya berjaya update cerita jalan-jalan lagi.
lama dah tak share cerita ushar negara orang kan?

cam biasa, kami penunggu tegar Air Asia promo so sempat la grab Bali punye trip.
credit to encik husband actually.

pemergian kami dihantar oleh bapa mertua ke ERL Putrajaya then amik tren ke KLIA 2.
senang.

sebenarnya agak nervous.
Mika dah 7 bulan lebih, dah makin banyak akal.
flight ke Bali plak around 3 hours. takut dia kebosanan. sob3x.
slalu stakat 1 jam balik KB, kitorg survive lagi la.

luckily, husband beli flight malam.
usually jam 8 lebih Mika dah start nak tidur. so sebelum masuk perut kapalterbang, kami memang cuba tahan Mika daripada tidur. ada la stakat bunyi "okk ekk okk ekk" ckit hint nak tidur.
manageable lagi la.
oh..sila tukar pampers siap2 seblom naik flight supaya tak kacau anak nak tidur nanti.

masuk je flight, terus bagi susu then zzzz dier tidur sampai ke sudah.
dah sampai Bali, setelkan imigresen pon dier maintain tidur lagi.
fiuhhh..
dier hanya start jaga bila Pak Supir datang jemput. ye la, bising gamaknya dengar mummy daddy dok pot pet pot pet dengan pak supir.

sebab sampai pon dah lewat malam, kami check-in Tune Hotel,Kuta saje la malam tu.
takde aktiviti apa pon malam tu melainkan tidur. Mika pon sambung tidur.

aktiviti kami kat Bali bermula pada hari ke-2****************
bangun pagi, pak supir dah tunggu.
kami check-out hotel.

1st aktiviti kami pagi tu adalah tengok Barong Dance.
awal-awal, Mika tengok la jugak performance.. tak berapa lama pastu dier dah bosan sampai last2 tetengah bising orang berlakon kat depan tu, si Mika dah terlentok tidur kat atas Mummy. hihi..
**lepas je amik gambar kat atas ni kan, Mika secara sengaja nye gi tarik rambut penari ni. geram gamaknya. abis semua orang menjerit. tak pepasal Mummy glamour. hakhakhak
 
Dah abis tengok orang dancing2, kitorg pegi mengkopi-kopi pulak.
Here you go..Kopi Luwak di Ubud!
Kat sini husband kite bli sebalang kopi luwak 😛
Kite pon beli jugak tau tapi kite beli teh je..teh manggis.
Haa tengok kat atas tu,sampai 14 jenis teh di hidang for free.
Minum lah sampai kembong.
Sedap-sedap pulak tu. Sampai konpius nak sambar teh mana 1 bawak balik Malaysia.
Tu yang last-last cekup teh manggis (dan hampir2 nak cekup teh safron namun gagal)

Next, patut ke Tegallalang (rice terrace) tapi mika tdo. So tengok dari dlm keter je
Best betul pakai supir ni.
Men request je nak gi memana, tak payah nak study jalan bagai dah.
Agak2 tak boleh commit, kite skip saja certain aktiviti. Muahaha..

Perot dah keroncong..lunch ke tempat sejuk ala-ala Cameron Highland pulak kite..
Kintamani namanya.

last sekali,kami ke Temple yang ada air suci. 
Tirtha empul tample

Abis dah sesi lawat-melawat untuk hari ni.. Sambung esok-esok pulak.

then pak supir hantar kami check-in di Hard Rock Hotel, Kuta.
mungkin rezeki baby, bilik kami di upgrade ke premium deluxe. 
Oh yeah,dpt coffee machine kat dalam bilik (boleh minum kopi sampai pengsan) & access ke private chill-out pool. Alhamdulillah..


masuk bilik, lepak2 dan uruskan Mika kejap sebab dier berak time tengah check-in. Tu yang muke dia ala-ala tak rela bergambar..Kui3x..

pastu kuar balik, jalan ckit sekitar Hard Rock Hotel dan tapau makan.
Sampai ke Beachwalk jugak la kami jalan.

Sudah tu..
tak boleh lama-lama, kang kesian tuan puteri kecik nak tidur. hehe..
Tu je lah untuk entry kali ni.
Nanti sambung babak seterusnya plak ehh..
Kbai!

Wednesday, February 25, 2015

Pengalaman Bersalin Baby-M

fuh..fuh..fuh..
tiup ckit..
blog dah berhabuk, tuan rumah lama dah tak masuk.

diam tak diam, bulan depan masuk setahun dah Baby-M saya.
seblom bercerita tentang citer jalan-jalan pada post akan datang, moh le kite throwback pengalaman bersalin saya.

hari menunggu kemunculan baby-M:
kalo ikutkan EDD, patutnya 15 Mac 2014.
perut memang dah membelon sangat dah, siap ada yang cakap takut tengok perut kite. lalala..
so ingatkan bersalin awal la daripada EDD kannn.
tapi?
dapat MC je awal. keluar baby nye idok..

tatau la ape tak kena, 2-3 minggu seblom due date, saya punye (Blood Pressure)BP asek tinggi je.
tak boleh stress sikit. mula la badan rasa tak stabil.. kejap sejuk kejap panas pon ye, rasa macam nak pitam pon ada jugak..menggeletar pon ada.
bila pergi check BP kat dispensary opis, pergh..tinggi..nak cecah 150.
terus doktor kat situ bg refer later suruh immediately pergi hospital yang saya slalu pergi check-up.

cuak lahai time tu.
dah pikir macam-macam.. takut kene forced beranak la ape la..hoho..

kat hospital pantai bangsar, gynea saya yang best (Dr. Idora) bagi MC seminggu dan bagi ubat untuk turunkan BP.
so lepak rehat kat rumah je la.. tapi tetapppp kene selalu monitor BP.
tengok ada penurunan walaupun belum cecah ke paras normal.
dengan itu, next week nya saya masuk opis seperti biasa.
weekend, appointment dengan gynea untuk check-up lagi.
ada hasil during that check-up..jeng3x..
saya dapat MC sampai bersalin (which is doktor akan topup MC tu setiap kali datang check-up).
sebab? doktor cakap BP saya reduced sebab makan ubat, bukan normal2 ia turun macam biasa..tu pun still tak sampai piawaian BP selamat untuk wanita hamil..dengan itu, saya patut rehat je tunggu baby keluar, tak sesuai kerja dah.
haaa..gitu kekdah nye.. stress rupenye koje haku ni. ngeh3x.

aktiviti sementara menunggu kemunculan baby-M:
memalaskan diri kat umah.
kan kata tak boleh stress kan. so memang rehat-serehat-rehatnya.
masak pon tak sangat (selalu husband tapau kan siap2.kui3x)
lagi satu paling lemak yang berlaku adalah, kemas rumah pon husband upah orang. takut la tergelincir tergolek ke kan.
hakhakhak..princess le sangat.

selain memalaskan diri, rehat2, tidur2, makan ubat.. saya jugak tetiap ari dok bertenet pasal pengalaman bersalin & tanda-tanda bersalin.
seriau..orang pesan, jangan digali sangat benda-benda macam tu, kang lagi takut.
degil..

serah diri ke hospital:
tunggu punya tunggu, takde datang tanda besar nak bersalin sampai la ke hari due date.
stakat sakit perut kejap-kejap yang tak tentu masa tu je.
patutnya orang ada high BP tak boleh tunggu lama-lama. maksimum pon on the EDD tu je.
tapi pada hari due, doktor check baby still tinggi tak turun-turun.
tapi sebab keadaan baby still ok, still boleh tunggu lagi sehari dua.
after that 2 days, expected untuk induce adalah tinggi kalo masih tak ada bukaan.
sebelum balik, doktor cuba tolong bagi bukaan supaya baby senang engage (sakit wooo..huhu).

2 hari yang penuh debaran berakhir dengan tiada hasil (still tiada progress bukaan).
dengan muke comel, mintak postpone induce lagi kat doktor.
fizikal mental tak ready lagi nih.
lepas check-up sana sini, berjaya postpone lagi 2 hari sbb baby punye condition tip-top. yeay!!!
maksimum dah tu wahai si BP tinggi. hahaha..

again, another 2 days berakhir dengan kegagalan walaupun keep on pujuk baby suruh keluar normal xyah induce2.
sob3x..
tapi at least, sepanjang 2 hari tu sempat makan puas-puas sebelum bertempur.

kenangan di labour room:
tanggal 19 Mac, saya serah diri ke hospital pantai bangsar untuk diproses. wink3x..
cenggini la gaya labour room kat sana :p
siap bawak bag laptop..kui3x
around jam 10:30pagi dimasukkan pil induce (masuk kat tempat baby nak keluar ye, bukan telan pil tu).
awal-awal tak rasa ape lagi.
makin lama makin sakit.
sekitar jam 2 lebih petang, sakit sangat dah sampai tarik2 rambut sendiri dan tumbuk2 bantal bila contraction datang.
kebetulan time bertarung dengan sakit tu ada nurse masuk nak check result CTG.
katanya "tinggi ni, 90+. mesti u sakit kan?"
pastu dier check bukaan, baru 2cm. ohemgeee.
nurse tanya nak apa-apa untuk reduce kan sakit?
ofkos i said "yes, please".

tak lama pastu nurse masuk balik & cakap since bukaan baru 2cm, tak boleh amik epidural lagi.
ada 1 suntikan(ape ntah nama) untuk tolong reduce kan 50% daripada sakit contraction saya skarang.
tanpa banyak soal, saya balun je amik.
50% tu sangat membantu walaupun still sakit yang membuatkan saya tak mampu nak tidur lagi dah.

pernantian satu penyiksaan.
akhirnya lewat petang, bukaan dah 4cm.
so boleh amik epidural. yeay!!!
walaupun ada yang suggest cuba jangan amik epidural sebab long term side effect, tapi saya tetap amik.
yang baru 2cm tu pon rasa cam dah nak abis tenaga bergumpal atas katil tahan sakit, camana agaknya bila dah 10cm nanti. lunyai xde tenaga dah gamaknye. so camana nak push? haaa, amik je la epidural tu..

lepas dah kene cucuk epidural, slowly rasa sakit tuh hilang.
sampai last2 tak rasa ape dah.
siap khayal, ngantuk2..
memang syok tidur sampai ke awal pagi.
saya syok tidur atas katil, husband duduk je kat kerusi seblah katil.
kesian, tak tidur dier..

dalam kol 2-3 pagi gitu terjaga-terjaga tak mampu tidur dah sebab sakit macam time petang datang balik.
mula la daku berguling ke kanan, berguling ke kiri.
husband panggil kan nurse.
tengok bukaan, baru 6cm kalo tak silap. lambat btol..huhuhu
contraction tinggi. mintak tambah dos epidural. heee.
then baru dapat sambung rehat.

around jam 8 pagi, bukaan dah 8cm.
nurse pon dah start roger2 doktor.
jam 9 pagi lebih, doktor sampai. elok je haa bukaan 10cm dah.
bleh terus push.. finally!

tapi..

bukan semudah tuh plupp plupp baby keluar ye.
push punye push, takde hasil.
start jam 10 pagi sampai 11:30 pagi iolss dok mencoba, siap muntah 2kali in between.
kot la salah gaya push ke, doktor cakap ok.
saya dah lemah gemalai, penatttsss.
then doktor tanya, nak cuba push lagi ke? nampak i pon dah lemah.
i tanya ada option lain ke selain bedah?
doktor cakap, vacuum.
kami setuju.
sedut punye sedut, tak turun jugak baby. huarghhh!!!
last option kami agreed untuk guna adalah, forcep.
tu pun payah.. asalnya doktor forcep sambil duduk, tak keluar.
pahtu doktor berdiri plak sambil tarik terketar-ketar tangan, baru la kuar si baby-M ni.

It's a girl:
keluar jugak dia jam 11:58pagi.
masa doktor letak baby-m kat atas perut, rasa macam nak cubit2 je baby-m.
"baby, naper takmo kuar? takmo jumpe mummy ke? heip! heip!".
amazingly, sepanjang sesi push-mengepush, heart beep baby maintain cantik.
she's a strong girl :)

time doktor menjahit, saya siap terlelap sebab penat sangat dah.
bukan sebab tak sakit ye, tapi sebab dah habis tenaga.
actually, walaupun epidural tapi saya still rasa sakit contraction semasa push.
doktor cakap, sebab contraction saya tinggi sangat but according to her, its good so that saya tahu bila patut push time contraction datang.
kalo tak amik epidural ntah camana gayanya. huhuhu..

oh ya, baby-M ni namanya MIKA. berat 2.90kg.
simple dan pendek je nama. saya yang pilih dan di approved oleh suami.
ni gambar Mika masa lepas lahir.
dahi tu sebab hasil forcep.
dalam buku baby siap cakap, baby dilahirkan dengan kaedah forcep, failed vacuum (siap tulis failed tu. hoho).

kenapa baby payah keluar akhirnya terjawab.
baby tak besar mana pon, tapi sebab tulang punggung mummy dier kecik so dier stuck dan payah nak turun.
for the next baby, doktor advice suruh diet supaya baby tak cecah lebih 2.9kg..
kalo idok, memang takde harapan bersalin normal. ngeh3x..
nah, amik gambar dah lepas bersalin (tengah makan lauk berpantang yang mertua bekalkan)..gile gemok lagi time ni..kui3x

sekian pengalaman bersalin saya yang panjang melebar-lebar..
bye.

**tq paling banyak goes to encik husband. tidak lupa kepada parent yg datang dari KB, mertua, family members, saudara-mara dan rakan-rakan yang datang melawat dan bagi hadiah kat Mika :) ni lagi satu gambar Mika lepas lahir yang Mummy dah cover lekuk di dahi..lalala

Monday, October 13, 2014

Wujud Lagi Rupenye

chakk!!!
wujud lagi blog ni rupenye. bersawang dah.
shuh! shuh! bukan hambat reader, tp hambat labah-labah sbb lama sgt x post pa pe.

asal bukak blog je, terpacul gambar pompuan perut buncit tak abes2. hahaha..
now dah selimmm, harap maklum.
baby-m dah kuar.

banyak nak update sebenarnye..pasal masalah kesihatan time ujung pregnancy + pengalaman bersalin yang sangat mencabar jiwa raga + review tempat makan2 + perkembangan baby-m yang sekarang ni dah nak masuk 7 bulan (ooppsss!).
saya cuba update satu persatu la ye.
masa sungguh mencumburui(eh, lain mcm plak tu).

time kat opis mmg ofkos x sempat nk update la. unless korbankan masa lunch which is a BIG NO since i always lapar dan kene spent time utk pam gak(rutin baru uolls).
time balik keje konon nak taip ckit2 kat dlm komuter tp leceh sbb berhimpit dan berdiri bagai (failed).
sampai serdang, rushing bawak keter cilok mencilok nak pick-up baby-m.
balik umah, almaklumla dah ada beliau mmg kene tumpu kat dier je la sampai la dier tdo. bile dier tdo, i pon join tdo skali sbb bateri dah abesss..zzzzz,fenatt!!!

begitu lah alasan2 saya yg utuh lagi jitu.
saya cuba la taip ckit2 bila ada kelapangan pakai phone.. siap satu entry then baru post!
rinduuuu nak update blog. tapi...tapi..banyak tapi halangan. hehehe.
so arini xde update membina sgt. just nak push down ke bawah post wanita perut buncit itu sambil justify alasan2 tak sempat update blog.. ngeh3x..

sambung lenkali plak bebila ada masa bleh diselit2..hehe.
belanja gambar baby-m sketol.. bye!