Friday, February 8, 2013

Bandung 2012 - Part 3

Tarikh Kejadian : 23/12/2013


Assalamualaikum.
Harini saya tak sihat (flu+batuk+headache), maka dapat MC.
According to doctor, saya jangkit Smarties. Hahaha..
Sebab saya citer time main ngan kucing, dier banyak kali bersin ke arah saya.
So, saya tak dibenarkan main2 ngan Smarties sehingga saya btol2 sihat. Kalau tak, sakit saya akan makin worst.
Kesian Smarties (doktor cakap i punye ubat selsema bleh campur dlm air dan bagi Smarties minum sama..wow!).
Nasib baik juga, klinik panel ada kat dalam taman ni je(seblom ni xde).

Seblom makan ubat2 yg macam2, kene makan dulu.
Pas kuar klinik, ujan lebat so cam leceh nak redah cari kedai makan.
So, balik masak je la :p
Sayur air+terung celup telur+sotong halia scramble egg.
Buah tu saja poyo, pencuci mulut pas mkn nanti :p
Gedix je letak dlm bekas plastik. Malas nak cuci pinggan byk2. Aci x?

Now dah abis makan dan makan ubat, bleh sambung update blog.
Jom2!

Hari ketiga@last kat Bandung, kami bangun awal.
Breakfast, then checkout then ke Tangkuban Perahu!
Lihat le hasil tangkapan kami hari 1 & hari 2. Kui3x.

Oh ya, rupanya berlaku masalah komunikasi antara saya dan Pak Itak pasal helmet.
Helmet mmg dier tatau apebende. Bila saya describe topi yang pakai untuk naik motor dipikirnya topi biasa je.
Pas tanya2 balik dan tunjuk kat penunggang motor yg sdg pakai helmet, akhirnya dier cakap 'oo..hellemm'.
Adoii, hari last baru btol.

OTW ke Tangkuban ada banyak kedai helem kata Pak Itak.
Malangnya kitorg gerak awal sgt utk elak jem so kedai2 tak bukak lagi.
Jom layan gambar Tangkuban Perahu. Ini tempat gunung berapi.

Kat sini kan, ada jual buah stoberi dan bluberi manis giler macam celup gula.
Siyes!

Next, pegi lunch kat Kampung Daun.
Sgt best tempat ni, highly recommended!

Konsep makan kat sini, kene regist amik nombor dulu. Then diorg akan announce nombor pondok mana kite dapat untuk makan.
Contoh pondok dier adalah mcm gambar kat bawah.
Syarat, sila dtg awal.
Kalo x, mmg bejanggut tunggu giliran.

Sangat selesa..sangatttt.
Siap ada bantal. Sempat gak la telelap jap. Kikiki.

Makanan kami:

Time otw balik, singgah beli helem :)
Saya beli helmet ini.
Ahahaha, tipu je. Saya beli yang bawah ni la (1 for me, another 1 for my Encik Suami).
Tq Pak Itam sebab tolong nego harga.

Next, kami ke Toko Tiga(tempat jual jeans).
Cam femes je tempat ni so saya agak besemangat la nak shop kat situ.
Skali, time sampai sana, pusing2 x sampai 15 minit tros keluar.
Personally, cam x syok ah g situ.
Not worth redah jem ngan ujan segala bagai.

Last destination, kami singgah Kartika Sari (bli brownies & kek lapis).

Setel shopping & mkn petang kat food court Kartika Sari, kami mintak Pak Itak bawa ke airport.
TQ banyak2 Pak Itak sebab bawa kami jalan2 ke sana.
Servis Pak Itak ni sangat bagus dan tak amik kesempatan pon.
Certain supir, saya dgr siap bengang2 kalo tak beli brg kat kedai dier suggest.

Flight kami patutnya kol 7:30pm. Bila sampai airport, kami dapat tahu Air Asia mendelaykan diri sehingga kol 9pm.
What??? Lama giler delay.
Pas dapat tahu tu, kami bertenggek2 je la kat depan kaunter check-in bagasi sebab leceh gile nak jalan. 
Tgk la berapa troli untuk isi brg2 kami saja  :p

Tak berapa lama kami bertenggek kat depan tu, datang la sorang staf Air Asia tanya kami ni terlibat dengan flight delay ke?
Pastu dier tanya, nak tak naik flight awal sebab diorg nak penuhkan flight.
Of cozzzz nak!
So staf tu arrange kan kami punye boarding pass & bagasi.
Cepat2 kami pegi bayar airport tax (dalam 75000 rupiah). Rezeki2 :)

Kesimpulannya, kami dapat naik flight kol 7pm(which is flight tu sebenarnya delay dari kol 3 lebih. Kesian org2 yang menunggu lama).
Kami pulak, sedap2 tros masuk flight dan dapat hot seat!
Muahaha, rezeki lg :)

Sampai di KL, dah setel amik brg2 bagasi, dengan senang hati kami tolak troli sorang satu nak kuar.
Time tu around kol 10pm.
Tetiba saya kene panggil ngan 2 brader ber uniform. Orang kastam kot.
Rupenye helmet saya tak lepas sbb helmet luar xde cop SIRIM.
Cisss, mmg sah2 kantoi sbb kotak pon dah tulis BMC Helmet.
Pas setelkan hal helmet, lepas gak la kuar dari airport. Huhuhu..

TQ kepada Encik Suami sebab tolong hantar dan jemput dari airport :)
Abis dah citer Bandung. Tata!

Thursday, February 7, 2013

Bandung 2012 - Part 2

Tarikh Kejadian : 22/12/2012


Assalamualaikum.
Pagi ini dimulai dengan jemmm seawal kol 6:45am.. langit still gelap pon jemm jugak.
Haih, kompius(padahal baru pas buat entry membebel pasal jem).
Esok nak kene kuar lagi awal la nampaknye.

Kat opis plak, bz banyak.
Sampaikan time tgh lunch pon ada dpt call pasal keje then kene telan nasi cpt2 sbb nak kene naik atas utk kerja tesayang itu.
Huh!

Time balik pon sama, jemmm banyakk.
Telebih kompius sbb dalam kawasan taman umah pon jem?
Lebih menyedapkan citer, stesen minyak kat umah pon jem sampai siap ada staf situ kene jadi cam polis traffic.
Keter yang nak isi minyak, kene beratur ikut turn. Ish2..

K la, meh masuk citer Bandung.
Pagi hari ke-2, kitorg breakfast kat hotel juga.
Kali ni begambar byk ckit termasuk persekitaran hotel dan tasik(err..tadik ke sungai? cam kaler teh tarik je).
Di dalam tasik yang tak berapa tasik tu ada bunga2 lotus = simbol hotel ni.



Arini, destinasi pertama kami adalah ke Cibaduyut.
Kata orang, kat sini agak femes dengan barangan kulit.
Pendapat saya? Err..boleyy la. Ahahaha..

Saya lagi syok bila jumpa kedai jual dodol garut + pisang salai + tempe goreng pelbagai perisa.
Abang kedai sangat la mesra alam.
Kitorg masing2 beli berbelas2 pek. Ke ada yang sampai puluh?
Kesimpulannya, masing2 kene usung kotak berisi kerepek.
Abang kedai yang baik itu siap tapau free satu plastik kerepek kat kitorg utk makan sambil jalan2 :)


Saya ekceli nak carik kedai helmet.
Sebab, nampak pemotor2 kat Bandung pakai helmet stylo2 dan cun2. Jeles plak beta.
Tapi bila cakap helmet, Pak Itak tak paham.
Pas describe macam2, last2 beliau cakap "oo..topi?".
Pastu dibawak ke satu kedai jual brg kulit lg which i did not see any helmet kat dalam tu.
Haish.

Next, kedai ketiga adalah, kedai kain lagi.
Hoho..
Asalnya tanak beli sbb smalam nya dah byk beli kain, tapi...tumpas jua. Ahahaha..
Kawan2 saya, lagii byk shopping (korang jgn geleng kepala plak ek).
Siap ada sorang ni interview tokey kedai cara2 kalo nak jadi pengedar kain mereka kat Malaysia nanti.
Kpd anda yang dimaksudkan : masih berminat kah?

Pastu, lagi skali saya hint Pak Itak untuk singgah memana kedai helmet jika kebetulan lalu.
Dibawaknya ke Cihampelas.
Err..kitorg agak kurang berminat untuk shopping sana.
Cam kurengggg best je. Lalala..Dan, x jumpe langsung kedai jual helmet pom.
 So mmg tak abis jalan pon, terus balik ke kereta (tambahan plak ari start ujan, cam memahami je. Kwang3x).

Perot dah lapar, kami mintak Pak Itak bawak kami ke kedai makan.
Di kala hujan lebat giler itu(siap atas jalan raya naik air cam lautan ok!).
Tahap jem kat sana mmg takyah cakap ah..superb!
Jarak side mirror to side mirror tu dlm beberapa inci je.
Line kat atas jalanraya ni cam org tak pandang sgt dah. Asal bleh celus keter je, masuk!

Oh ya..kedai ini namanya Restoran Sederhana - masakan Padang.
Kalau tak ditegah, mmg berduyun2 lauk akan sampai.
Asal cuit sikit je, cas masuk bil.
So, kami2 ni pegi kat bahagian lauk dan pilih siap2 nak lauk apa je.
Tadek la menyemak banyak sangat pinggan atas meja tapi lauk tak besentuh.
Ini saja lauk yang kami amik:

Next, nak pergi Heritage & Summit tapi Heritage super penuh sampai nak masuk keter pon xleh.
Nak redah kang, ujan sgt2 la lebat time tu.
So, kami pergi Summit je la.
Kat sana, even kite kuar keter tanak dipayungkan, still akan ada orang dtg payungkan.
And, bila orang dah bagi servis even kite TAK RELA, maka MESTI gak bagi diorg tips.

Kat sini, saya shopping byk ckit.
Ekceli ada nak sambar beberapa lagi, tapi disebabkan segelintir staf diorg mulut macam nak mintak penampar spring, maka tros tebantut mood.
Bukan semua, saya maksudkan segelintir saja.
Wahai management Summit, sila antar staf anda yang kurang adab tu pergi kursus ye.

Last untuk hari kedua, kami ke Donatello.
Giler heaven shopping sini.
Cuma frust sbb ada beberapa kasut/sandle yang saya bekenan dah kehabisan saiz.
Kat Donatello ni bleh plak terjumpa manager ICT kampeni saya. Kocik btol dunia.

Pastu kami balik hotel dan kemas2 brg sbb esoknya check-out dah.
Siap timbang bagai sbb takut telebih muatan.
Thanks to Ismah sbb bg pinjam peenimbang bag digital. Hehehe..

Ape jadi dengan helmet?
Esoknya gi mana plak?
Haa..tunggu la episod yang seterusnya.
Tak larat dah nak mengarang lewat malam neh.
Gudnite!

Wednesday, February 6, 2013

Bandung 2012 - Part 1

Tarikh Kejadian: 21/12/2012


Selamat malam.
Disebabkan arini ader org(beberapa orang ekceli) tgh feeling2 Bali, maka saya nak ber feeling2 Bandung lah.
Hamboi, syok korang ber private swimming pool bagai ye..

Meh la sambung citer saya plak.
Saya ke Bandung bersama rakan2 wanita single-mingle. So, kesimpulannya saya single la gak skejap. Kikiki..

Kami naik flight Air Asia yang cam besa la, asek reschedule tak abis2.
Kami punye flight ekceli kol 9:30mlm..sepanjang tarikh dari beli tiket until malam berlepas, byk kali giler retime. Mulanya tunda kol 10:30mlm, pastu diawalkan plak ke waktu asal.
Paling best, ptg hari nak berlepas dapat SMS lewatkan ke kol 12mlm plak ek.
Time saya dan member gi tanya kaunter, saya tanya gak pasal ada possibility tak masa kitorg ke luar negara akan ada retime untuk flight balik ke Malaysia?
Dier jawab "ada".
Fine la! Saya komplen la. Camana dgn orang yang tak on roaming dan tak pula bli simkad negara tersebut?
Akak kaunter tu jawab kene la usaha cari internet untuk selalu check email.
Boleh ek gitu?

Ni gambar smentara tunggu flight delay.
Tudung itam namanya Wafa, tudung pink namanya Syara.


Sesampainya di Bandung, mmg dah cecah midnite.
Kami amik cab je untuk ke hotel (harga dalam 15000 rupiah).

Kami menginap di hotel Lotus. Difahamkan hotel ni baru, berlokasi di Jalan Dago tapi kalo nak jalan kaki gi FO, agak becak la ketiak sbb jauh.
Harga, less than RM150 bergantung kepada promo di Agoda. Muahaha..
Pas check-in mmg melingkup je kitorg sbb penat byk, almaklumla siangnye keje.

Esok pagi, kami breakfast di hotel.
Around kol 9 lebih, kami dijemput oleh supir yang dah siap2 tempah seblom dtg lagi.
Nama beliau, Pak Itak. Baik orangnya. 
Kami menaiki avanza. Harga sehari 400000 rupiah.

Destinasi pertama : Pasar Baru!
Pompuan sangatttt suke pegi sini kan? Haa..jgn tipu!
Kat sini korang kene sgt hati2 dgn brg berharga. Ada kes2 pukau gak kalo tak silap.
Pak Itak pesan sampai 3x soh hati2 jaga barang so pepaham sendiri la kan.

Banyak gile gambar kat Pasar Baru tapi tempek ckit2 je la ek.

Lama giler spent masa kat situ. Tu pun rushing2 cam tak cukup masa sbb dah janji ngan Pak Itak yang menunggu kat luar.

Kol 2 lebih gak la, kami di bawak makan kat Dapur Sangkurian, masakan sunda.
Sini ada pilihan untuk makan dalam pondok tp ujan tgh lebat so kami makan kat persekitaran normal je.

Next, kami dibawa ke Bali Heaven plak.

Kemudian, on the way pulang, kami ke Grande plak.
Kat sini xde begambar.
Walaupun tadek gambar, ada gak la hasil tangkapan ckit.

Tu last tempat untuk hari tersebut.
Masa balik hotel, musibah melanda.
Ada tanah runtuh daa.. Keter motor semer tak dibenarkan masuk.
Terpaksa la kami angkut brg2 dan jalan kaki.
Pak Itak pesan lenkali kalo dtg, xyah la duduk hotel ni sbb kawasan nye kurang bagus. Hotelnya ok je.

Ini baru hari pertama shopping ok!
Memang kami dah bepakat masing2 bawak bagpack kosong untuk isi barang belian.
Still gak tak muat, kene pegang. Ehhem2, ada sorang tu siap kene bli beg baru. Kikiki..

Malam tu, kami dinner bende2 gini je (as usual, saya penggemar air vitamin).
Memang dah pesan kat Pak Itak mintak singgah memana mart seblom balik hotel.

Aktiviti malam tu selain makan, adalah mengemas hasil belian.
Pastu, jutawan segera dok asing duit siap2 (duit ini utk shop kat A, duit ni utk shop kat B, etc).
Femes seluar rimau saya tetiba. Kikiki..

K la, citer hari seterusnya sambung esok mlm la ek(or time lunch hour kalo sempat).
Nite!

Tuesday, February 5, 2013

Kereta? Traffic?

Salam hormat.
Its lunch hour, blogging time!
Topik kita hari ini adalah berkenaan KERETA.
Terdetik nak membebel pasal ni sebab pagi tadi dengan mata separuh terbuka saya dok perhati kesesakan lalulintas dari atas motor.
Now, kite bleh buat perumpaan macam ni:
KL = TRAFFIC JAMMED(tak tertakluk pada KL je kot).

Sampaikan kitorg sgt la jarang guna kereta.
Even kalau hari ujan, sanggup tunggu ujan reda then baru kuar naik motor.
Sebab? Malas nak berhimpit2 kat jalan raya. Bazir masa.
Bukan senang pon bawak motor(even saya penompang blakang je).
Susah ok nak kene cilok2! Mata kene extra fokus. Silap sikit je, kiok!
Dan, pengguna motor terdedah kepada hujan, panas, habuk, binatang terbang(hehehe..).
Bukan saje suke2 favourite nak naik motor tau, tapi traffic teruk sgt kat KL ni.
Bila naik motor, kalo ujan mmg basah la kalo sepanjang jalan tak jumpe terowong utk berteduh pakai baju hujan.
Kalau time panas plak, sampai pedih2 kaki. Ntah2 siap kuar asap(lalala, over!).

Seblom ni saya pernah tgk iklan untuk sarankan kongsi kereta.
Tapi, camno nak kongsi kalau satu umah semua route ke arah lelain?
Jiran2 pon blom tentu opis bedekatan dgn kite.
Satu hal lagi, kalo tetiba kene kuar meeting ke ape, camana?

Keter dah jadi macam kewajipan dah dunia skarang.
Pernah tak korang tengok iklan jawatan kosong cakap "Posses your own transport"?
Haa..siap bersyarat kene ada keter bagai. Keje blom dapat tp dah nak kene ada keter. Camne tu?
Mana tak penuh jalan raya kalo cenggini dok?

Tu yang pepagi saya perhatikan, jarang sgt dalam keter ada lebih dari 1 kepala.
Meaning, satu keter, satu makhluk je menghuni.
Kalau ada kepala lebih pon, kepala kecik2 which is mebi mak ayah on the way nak g anta anak kat nursery/pengasuh seblom ke opis.
Sedih plak rasa. Lama2 nanti tahap jem akan jadi superrr worst!
Ingat orang2 yang drive tu suke sgt ke nak bawak keter? Airmuka sorang2 dah macam2 gaya sbb tesekat dalam jem.
Masin ada, tawar ada, kelat ada..
Bayar tol sampai 2-3 sehari but still tak terlepas ngan jem.
Kalau tanak jem, kene kuar seblom Subuh..balik plak pas Isyak kot. Kejam! Balik umah anak2 dah tdo.
Tapi, 'have to' sebab nak harapkan public transport mmg kim salam la. Blom cukup mencapai piawaian.
Bila balik dah lewat, badan pon dah penat. Fokus, blom tentu 100%. Bahaya ok, bleh akibatkan eksiden!

Pada saya, selain improve public transport, company2 dah bleh start buat konsep "work from home".
Datang opis bila perlu saja contohnya meeting(ni wat kat luar pon bleh) or pa pe agenda besar.
Space pon jimat..Xyah berlumba2 bazir duit buat bangunan besar2.
Dah le bangunan makin banyak, so space akan makin kurang. So, mana staf nak parking keter?
Bila bangunan makin besar dan tinggi, staf mesti la makin ramai btol dak? Keter pon makin byk la kene park kan?
Certain opis..bangunan punye la gah tp parking tadak. Akai ada ka?
Terpaksa la staf carik parking kat space lain yang sumtimes sehari mencapai harga RM25! Ya ampun!

Kan bagus kalau pemerintah fokus pada public transport berbanding nak menunjuk2 bangunan tinggi/besar merata-rata?
Pastu pulak, nama bangunan tak bercirikan Malaysia langsung! Asek nak letak nama2 omputeh (Paradigm la, i-city la, Pavilion la, etc).
Malu sangat ke nak letak nama mall "Wau Bulan" ka, "Jalur Gemilang" ka, "Cok Keria" ka..hahaha, yang ni takbleh kot.
Biar la orang asing terpelot lidah nak sebut. Ajar ckit diorg biasakan guna bahasa kita.
Kalau tak, tak lama lagi dah tak bleh pakai la kata2 Hang Tuah "Takkan Melayu hilang di dunia" sebab kemelayuan dan makin terhakis sedikit demi sedikit di negara sendiri.
Ok la, kasi adil..letak ciri-ciri 1 Malaysia. Yang penting, tak terlalu mengagungkan omputeh.

Cakap pasal public transport plak.
Kalau pegi ke negara2 maju, public transport superb!
Even kite baru sampai kat negara tu, takkan amik masa lama untuk blaja selok-belok sistem transport diorg.
Bila public transport cun, bandar nampak tenang je sbb tak byk keter dan tak byk bunyi hon sana-sini.
Time g oversea, mmg public transport je la medium kami untuk kemana-mana.
Pastu mula tepk, kesian tourist2 yang dtg negara saya. Mesti sgt takes time nak catch-up sistem kat sini.
Masalah train lambat satu hal, servis bas pon tak on-time.
Patutnya kat setiap bus stop kene ada list/map bas apa yang lalu situ.
Letak skali bas tu gi ke tempat2 mana + highlight skali jika tempat tu tourist attraction.
Masalah bas tak on-time ni plak dtg dari masalah keter byk sgt dan jem merata-rata kat KL ni.
So, kunci nye mmg kene improve public transport.
Ok agree, now public transport dah mula improve contohnya komuter dah tambah coach, MRT dah start nak bina.
Bagus la tu, nampak jugak usaha. Tapi biar la ikhlas dan lebih agresif untuk cover ke semua tempat (baru bleh nak letak label negara maju).
DAN, bukan semata-mata bodek rakyat sempena pilihanraya :p

Berbalik kepada konsep "work from home".
Saya sgttt sokong! Nak cari keje yang bleh "work from home" plak la pasni bleh?
Jimat duit nursery anak..hehehe..
Lagi senang dan jimat masa kot camtu sbb takyah amik masa bersiap dan redah jem ke opis.
Lebih cantek jika company bagi elaun internet kat staff bulan2 untuk wat keje berbanding bg elaun pengangkutan yang mmg tak cukup.
Ye la, minyak bulan2 dah berapa..Tol berjela2 lagi.
Kalau company takut staf tak komited ngan keje, bleh letak syarat.
Contoh, staf yang x perform @ lambat respond task lebih dari 3x tanpa reason munasabah, kene denda datang keje kat opis selama sebulan or potong elaun bulan tu ke(kejam ke tak ek? hihi).

Adeh..penat dah membebel dan komplen sana-sini.
Tu je la untuk harini.
Lenkali sambung membebel lagi.
Kepada sesapa yang tak setuju, tak kisah la. Masing2 ada pandangan sendiri kan.
Mmh syok wat keje2 komplen ni. Hahaha..
Jumpa lagi! Tata!

Monday, February 4, 2013

Menimbau Memori Silam

Assalamualaikum..
Patut nye dah nak kene update citer Bandung tapi seru tak datang.
So, saye hapdet citer lain dulu la ek.
 
Pagi tadi time breakfast dengan rakan2 opis, ada mereka citer pasal acara larian.
Terus teringat citer suatu masa dahulu.
Lalala.. bersedia?
 
Dikala itu saya still skolah rendah lagi.
Zaman skolah dulu saya sgt rajin mengumpul sijil.
Rajin benor join aktiviti.
Nasyid, koir, bercerita, sajak, syair, pantun, bintang kecil, gimrama, sukan, pertandingan undang2 lalulintas, etc..
Salah satu nye pertandingan lari2 neh.
 
Acara tu tak dibuat kat skolah saye.
So, kene gi ke skolah kompleks rasanya nama beliau..dkt area bandar KB.
Bersemangat neh nak lari(bukan lari pecut ek. ni yg jauh punye jarak.. agak2 dah penat, leh jln kaki je).
Bile wisel/semboyan berbunyi..jeng3x! Dengan bangga nye saya mengorak langkah.
 
Agak2 tak berapa jauh daripada garisan permulaan, jumpe becak yang ada lumpur.
Cun2 je kasut tersangkut masuk dlm tu(lupe la mebi time tu kasut besar ckit kot).
Tarik skali, sangkut! Tarik kali ke2, sangkut lagi!
Pandang kiri kanan, ramai dah peserta lain lintas.
 
So, saya biar je kasut bersemadi kat lumpur tu.
Asal nye lari ngan seblah kasut.
Pastu cam segan plak sebab sorang demi sorang tegur naper lari dgn seblah kasut je.
Stress plak jadinye. So, cabut tros kasut lagi sebijik.
 
Pas abis ke garisan penamat, ada dgr pengumuman ala2:
"Kepada sesiapa yang kehilangan sebelah kasut, sila tuntut di kaunter depan".
Mak aiii, malu giler rasa time tu.
Sudahnye, tak gi amik pon kasut tu. Sebab yg lagi seblah pon dah campak ntah kemana-mana.
Dan, kalo tak silap kasut tu kurang disayangi sgt sbb tu buat tak port je(dan, kasut dah tak berapa nak baru pon. Sebab tu guna untuk berlasak2).
 
Kesimpulan hari itu adalah, labuhkan seluar supaya bleh cover kaki yang takde kasut.
Kui3x..
 
Sekian, nak kemas2 balik umah plak!