Sunday, April 14, 2013

Hong Kong - Day 2 (Part 1 - Ngong Ping 360 & Citygate Outlet)

Tarikh Kejadian : 06/04/2013


Selamat Pagi!
Ada yang tak sabar nak tau pe jadi harike-2 kat Hong Kong?
Jom kite citer2..

Seblom ni saya ada citer kitorg kene pilih menu untuk breakfast kan?
Untuk makluman, kami amik mende yang sama je selama 4 hari.
Dan, asal kol 8pagi je loceng bilik bebunyi ting-tong ting-tong sbb staf diorg dtg anta makanan.
Tada!!!

Hoho, xde la banyak makanannye. 
Roti2 dan air teh beserta susu.
Nak bitau ni.. roti2 tu sumpah sedap dan lembut giler!
The best croissant yg saya pernah mkn dlm hidup (walaupun perumpamaan tu bunyik cam melampau, tp btol tak tipu mmg sedap).
First time masuk mulut, rasa cam nak kunyah sambil pejam mata.
Then, every morning mmg tertunggu2 diorg anta roti sedap tu lg.
Huarghhhh, dah rindu croissant sana! (Tadi ptg mkn croissant kat The Loaf tp still xleh lawan. huhu).

Pas makan dan bersiap, kami jalan kaki ke MTR Shueng Wan untuk ke station Tung Chung.
Ada apa kat sana?
Sila teruskan pembacaan anda :)

Sampai je stesen Tung Chung, korang kuar ikut exit B.
Kat situ korang bleh nampak Citygate Outlet tersergam indah nian lagi mempersonakan.
Sila jalan sambil alert bahagian kiri.
Nanti korang akan nampak eskulator untuk ke Ngong Ping 360! Weehuu!
Apalagi, naik le itu eskulator. Time ni korang dah bleh nampak cable car lalu lalang.

Diingatkan, sila datang awal k.
Kalo lewat, slamat bratur pepanjang giler untuk bli tiket.
Kitorg mmg bajet sampai around jam 10pagi maka mmg agak lengang kaunter tiket.
Cable car sini ada 2 jenis. Ada yang standard & crystal.
Kami amik pakej pegi naik crystal then balik naik standard cable car = 190HKD.
Untuk keterangan lanjut, sila layari http://www.np360.com.hk/en/.

Time pegi, kami kene kongsi cable car dgn org jepun yang riuh.
So nak posing melebih2 pon segan.
Saksikan lah apa yang ada ni.
Angin sangat kuat menerobos masuk(mmg ada byk lubang so angin berlumba2 nak masuk).
Begoyang gak la cable car tu kadangkala.
Cable car ni akan bawa kite ke Ngong Ping Village dan melalui tepi patung Buddha besar.
Tempoh perjalanan, dalam 20 minit gitu ah..

Apa beza crystal cabin dan standard cabin?
Haaa..see! Tempat pijak bercermin!
Bleh nampak bawah umpama terbang atas angin. Hahaha.. syok!

Bila dah sampai Ngong Ping Village, aktiviti yang berlaku hanyalah snap gambar.
Dimaklumkan, ada kedai makanan Halal kat situ, Ebeneezer. 
Cantik gak tempatnye dan sgtttt sejuk angin bertiup kencang-mencang(tudung senget-benget jd nye).
Kami plak spesis x bawak baju sejuk, ingatkan xde la sejuk sgt g Hong Kong musim skarang.
Rupenye time siang nye macam duduk dalam ekon opis. Mendunggggg je & sometimes ujan ckit.
Malam plak lagi saddis, rasa cam dah nak kene sumpah jadi ais.
Even org2 local sana kuar umah pakai jaket/sweater, kitorg je menten lg gagah pakai tshirt. Ish2..

Ahahaa..amacam? Mabuk x tgk gambo byk sgt?
Tu pon dah abis filter dan terpaksa combine kecik2 untuk gambar2 yang terpilih.
Saborrr..
Ada lagi..
Tak lengkap kalo x bergambar depan Buddha.
Kitorg snap dari bawah je, tak naik atas.
Kalo nak naik atas, kene bayar(harga x sure, sila semak sendiri..hehe).
Sejuk!

Oh ya, sini ada byk gak kedai jualan.
Nak beli cenderamata pon bulehhh..tp kan, nak bitau siap2 bahawasanya harga mahal ckit.
Kitorg pejam mata je bli 1 fridge magnet Ngong Ping ni (65HKD = RM26).

Oh ya, toilet kat Hong Kong ni xdak ayaq kat dlm jamban untuk kerja2 pencucian.
So, pepandai la prepare botol mineral kosong + wet tissue jika perlu :)

Menjelang tengah hari, kami mula angkat kaki untuk chow chin chow.
Spt yang dah dibitau seblom ni, time pulang kami amik kabin stendet je.
Nak dijadikan citer, xde org sgt time tunggu cable car pulang(sgt ramai org yg baru nk dtg).
Dengan itu, kami dapat kabin yg xyah kongsi ngan org lain.
Best! Alangkah bestnye kalo time kabin crystal pon xde org. Bleh tegolek2 sukehati posing.

Time kitorg balik tu ujan dah start, so lagi banyak goyang sbb angin lagi kuat.

Cik Adik ini sungguh gigih menyelenggarakan itenary :)

Komen keseluruhan : SGT BEST!

Next, alang2 td dah lalu kat Citygate, so kami pun singgah la.
Posing jap kat air pancut dpn Citygate.
Logo merah putih tersergam indah blakang saya tu adalah lambang MTR ye.
Mmg Citygate sgt dkt dgn MTR. Meloncat je pon dah bleh sampai (ahha..itu tipu sgt!).
Seblom ni, saya dpt maklumat daripada beberapa blog, kat Food Republic Citygate ada 1 Indian Halal food.
2-3 kali kami tawaf. X jumpe!
Dah le lapor gile.
Kpd anda2 semua, kalo x bwk bekalan makanan, sila mkn siap2 kat Ebeneezer Ngong Ping Village ok!

Disebabkan x jumpe halal food, maka kami makan roti saja bersama air teh.
Muke sedih, kuciwa dan lapar :(
Pastu happy semula sbb dpt roti :)

Bila tengok orang kiri kanan makan mee, nasi..jeles tau!
Tambahan lagi chinese guy seblah mkn kotiaw goreng nampak cam sedap gile.
Time2 tu gak saya berazam nak mkn kotiaw goreng bila hari 1st sampai M'sia nanti. Ngeh3x.
My rate sbb xjumpe kedai makanan halal spt yang digembar-gemburkan oleh beberapa bloggers.
Ke kedai tu dah tutup ek?
To those yang nak shopping branded items, sila la ke Citygate ni.
Situ ala2 kite punye JPO la bleh dikata.
Ada mcm..Levi's, Esprit, Giordano, bla..bla..bla..
Kitorg tak shopping pon mende2 tu.
Sambar perfume kat SASA sekotak dua je :p
Murah! Sebab saya dah take note harga perfume tu time kat Malaysia dan time kat airport duty free. Mmg byk gak la beza.

Alamak, dah panjang byk dah entri ni.
Baru sempat cover citer sparuh hari.
Byk sgt tempek gambo gamaknye.
Oleh itu, saya sambung citer apa yg jadi ptg hari ke-2 kami di Hong Kong pada entry lain la ek?
Dah nk dkt kol 3 pagi dah ni (mamai oh mamai sudah..)
Nite!

Thursday, April 11, 2013

Hong Kong - Day 1

Tarikh Kejadian : 05/04/2013


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera to all readers!
Weehhooo, ramai ke readers? (skali-skala feeling sesorang).
Sebelum jauh saya melalut, saya nak citer ckit persiapan untuk ke Hong Kong:
1) Makanan pengisi perut (makanan halal kat sana bukan bersepah macam kat tempat kita ni). Dont worry, imigresen Hong Kong tak strict pasal pembawakan makanan ni.
2) Dokumen2 semua kumpul setempat dlm 1 beg (Boarding pass pegi & balik + voucher hotel + passport + printed itenary jika wat pangai tak pakai tour guide macam kami + jgn lupe bwk pen, sng nak isi borang kat atas flight nanti).
3) Pakaian secukupnya. Time nak packing tu, sila check skarang ni tgh musim apa. Contoh kalau musim summer, xyah la bawak sweater..bazir ruang dan buat berat beg je.

Soalan: Perlu Visa ke nak g Hong Kong?
Jawapan: Tak perlu, dek non..

**Aktiviti semasa menunggu flight. Mari mengarut!

Kami naik Air Asia (jimat kos..lalala). 
Harga tiket untuk pergi-balik, xde la murah sesangat.. Dalam RM650 sorang.
Selepas di re-time, maka kol 2PM kitorg selamat masuk ke dalam perut flight.
Nasib dapat seat seblah2 dgn Encik Suami. Maklumle, xmo bli seat. So tawakkal je la kene campak memana.

Ni gambar kami gedik2 dalam flight. Hadap je la ye korang.
 
Lama gak saya perhatikan hujung sayap kapal ni, tahap bengkoknye cam x berapa nk cantik. Ahaha..

Kami dah pilih siap2 makanan utk dlm flight.
Tadaaa!!!
Bukhara Chicken Beriani & Spageti Chicken Bolognese.
Beriani sedappp sgt(itu pendapat saya).
Spageti plak, biasa2 je..lalala..
Untuk air kan, dpt la Spritzer cinonet besar tapak tgn dan setinggi penumbuk je.
Mana cukup! Ish2..

Nak dijadikan cerita, 2x pilot announce xleh mendarat sbb traffic kat Hong Kong airport.
Giler ramai org g Hong Kong time musim Spring ek.
So, dok men pusing2 atas langit je la.
Akhirnya, dalam kol 7:15PM, berjaya gak kami mendarat dengan selamat.
5 jam lebih ok! Orang lain datang Hong Kong less than 4 hours je.
Sedikit tragis disitu.

Time kat imigresen, berlaku acara blocking barisan sbb pakcik Korea blakang kitorg asek nak wat cubaan potong barisan je.
Tak reti bratur ke wei? Dah le suara kuat.
Asal dier nak kedepan je, kitorg block ruang! 
Ahahaha, rasakan! Duduk diam2 kat blakang tu tunggu turn!
Agaknye time skolah dulu dier x blajo fizik, sbb tu xde sivik (melalut! abaikan..).

Setel imigresen, kami ke Terminal 1 untuk cari Airport Express Customer Service Desk kat Arrival Hall.
Tempatnye sebijik camni.
Kat sini, korang bleh bli tiket transport untuk ke town.
Pilih la samada nak tiket: 
1)Airport Express (kalau kat tempat kite, ia ala2 KLIA Express). 
 Harga berbeza ikut tempat mana nak benti. Range 80HKD - 100HKD).
Yang ni laju, x sampai stengah jam dah bleh sampai town.
Dier punye stop ada kat Kowloon, Hong Kong Central, err..err..lupe dah yg lain.
2)Public bus (yang ni bleh jimat banyak tapi awas! Satgi saya citer). 
Nak naik bas, sila beli Octopus kad kat kaunter sini juga. 
Ada macam2 harga. Kami beli kad harga 150HKD (nilai kat dalam ada 100HKD-50HKD lagi cam ala2 deposit kad. Bila korang pulang balik kad ni time nak balik Malaysia, dier bagi semula tp xdpt penuh 50HKD sbb tolak diorg punye government charge ckit).
Berdasarkan itenary yang saya dah buat dan calculate, kami topup tros di kaunter itu sebanyak 150HKD lagi.
Yang bagusnye Octopus kad ni, korang topup je bebanyak xpe. Time nak return kad nanti, dier bayar balik duit balance korang yang xsempat guna tu. Best kan?
Tadek la besusah payah nak carik 7Eleven nak topup bagai dah..

Panjang btol bebelan pasal penggunaan public transport disana.
Meh citer pasal makan plak.
Kat airport Hong Kong ni ada 1 kedai makanan halal.
Popeyes! 
Ini alamat : 7T 103, Level 7, Terminal 1.
 **Saya, Popeyes & Octopus card! (Yang berkilau putih lagi bulat tu logo halal. Xnampak plak sini).

Next, follow signboard untuk ke tempat bus.
Senang je nak cari.
(kertas itenary sentiasa di tgn ye. Tebal gile kot. Bukan takat what to do & how to go, gambar landmark + peta pon ada skali dlm tu. Kui3x).
Kalau agak2 payah nak jumpe gak, korang pegi level 3 then gi plak ke Hall B.
Airport Express pon kat level 3 gak.
Tipu lah kalo cakap payah nak nampak signboard. Hahahaha..

Now saya dah kat tempat menunggu bas.
Kalo korang blur tatau nak amik bas mana @ lupe nak google siap2, jangan risau...
Kat area tempat tunggu bas tu ada papan kenyataan besau2 bitau:
1) Nombor bas
2) Bas tersebut lalu kat senarai stop mana.

Kami booked hotel kat Sheung Wan, Hong Kong Island so kami amik bas nombor A11.
Bas nye 2 tingkat warna kuning.
Contoh:
 Korang masuk je dlm bas, swipe kad Octopus (kalau bas A11 ni dier deduct 40HKD).
Dgr citer kalau bayar cash kene bagi duit cukup2, sbb kalo bagi lebih, nescaya anda tidak akan mendapat balance. Hahahaha..gelak jahat!
Dlm bas ni sgt selesa. Ada bahagian simpan luggage kat dlm, ada free wifi juga!
Dan, saya dapat maklumat bahawa bile bas benti kat sesebuah pit-stop, ia akan announce & akan kuar display kat dlm bas.
Maka saya mmg la dok bergantung kat announce tu sesambil feeling2 gune wifi utk tenet maklumat pasal Hong Kong.
Alih2, pandang kiri-kanan, dah cam masuk bandar je. Tapi xde sebarang display @ announce!
Hampehdotnet.
Apelagi, mula la saya mencari mangsa.
Usha kiri kanan depan belakang kot ada mamat encem lagi bergaya untuk ditanya.
Nampak la sorang mamat cina agak good look pakai suit umpama bekerjaya bagus.
Saya tanya dah telepas ke Sheung Wan? Dier tanya saya nak kemana? Saya tunjuk alamat hotel.
Katanya saya dah terlepas. OMG! Ini semua gara2 announcement dlm bas yg bisu. Ish!
(so korang, next time sila google katne patut stop beserta landmark utk senang cam. ok!)
Nasib la mamat cina ni baik dan bleh speaking London :)
Dier suggest soh turun ke next stop, then amik MTR untuk ke stesen Sheung Wan.

Sampai ke Sheung Wan MTR, kami singgah 7Eleven sebab saya nak tanya camne nak ke Sohotel plak.
Actually, saya mmg dah print siap2 google map dari MTR Sheung Wan -> Sohotel tapi pas print cam kureng zoom so payah la nak cam landmark bangunan2 berdekatan.
Pas dah dapat direction, sampai la kami ke hotel.
Alhamdulillah, hotel tu tak jauh dari MTR.

Di kaunter check-in, kami diminta pilih menu untuk breakfast sbb dah include dalam pakej bilik.
Breakfast ala-carte rupenye. Baru nak feeling2 buffet. Kui3x!

Ini rupe bilik kami di Sohotel (beserta toilet skali saya tempek bcoz certain org agak concern pasal toilet).
Jenis bilik, Superior Double.
Walaupun bayar 4 ratus utk 1 malam, sila jgn menaruh harapan bilik hotel di Hong Kong ni besar ek.
Certain bilik, nak solat pon xde ruang. Terpaksa solat atas katil.
Umat manusia kat sana ramai sgt dah gamaknye. So, ruang tak brapa nak ada tp harga tetap kene UP.
Hoho..

Plan asal hari 1st kami adalah nak g Avenue Of Stars tp brother yang uruskan check-in ckp dah lewat untuk kesana dan laser punye show dah abis.
So, kami mlm tu lepak rehat hotel je la dan rearrange balik itenary.
Sekian untuk Hong Kong hari pertama :)


**Kepada sesapa yang nak menginap kat Sohotel: Dari MTR Sheung Wan, korang kuar exit A2. 
Nanti korang nampak 7Eleven kat seblah kanan. 
Then, lalu kat lorong blakang 7Eleven(which is kat awal lorong ada kedai buah belah kiri).
 Jalan je straight jgn belok2 until korang jumpe Sheung Wan punye pasar yang mana kat situ ada kedai kecik jual majalah.
Kat corner situ, korang belok kiri.
Actually dari pasar tu korang dah bleh nampak lampu tulisan nama SOHOTEL sayup2 gitu.

**Lupe plak nak citer. Time dah lepas Imigresen HK, saya kene scan dahi. Almaklumla, skrang kat sana tgh femes Bird Flu. Kat sana sgt sejuk so idung saya berair ckit malam tu so mmg kene spot utk di scan. Alhamdulillah, hasil nya memberansangkan. Lalala..

Wednesday, March 13, 2013

Tragedi + 4 Pics 1 Word

Assalamualaikum.
Petang ni ujan dan angin sangat lebat sekitar Kuala Lumpur ya?
Takmo kalah, area opis saya pun dasyat.
 
Hujan lebat banyak, angin bedesup-desup sampaikan pintu kat lobi opis melayang2 terbukak sendiri.
Kemudian..pang!
Bederai cenggini ha.. Mau nye tak melompat orang2 yang menunggu kat area lobi.
Pokok2 hiasan kat luar lobi tu toksah cakap la, tonggang-terbalik semer dah.
 
Dengan itu, tunda la dulu untuk pulang.
Naik semula ke opis untuk update tragedi hari ini beserta men game kat enset!
 
Weehoo!
Sila salahkan sahabat saya, Dr. Aina.
Sebab baca blog dier la saya terjerumus untuk install game ni gak.
Dah addicted dah.
Siap tarik geng kat opis untuk install dan men sama2 time lunch hour td.
Muahaha :)
 
Oh ya..nama game tu '4 PICS 1 WORD'.
Free saja, sila install.
Logo nye cenggini:
 
Dah jelas dan nyata daripada tajuk game, maka konsepnya adalah diberi 4 ketul gambar yang kununnye berkaitan.
Pastu adalah huruf2 cam scrabble untuk korang teka pe maksud gambor tu.
Then, dapat point!
Meh nak tempek contoh ckit.
 
Haa..ape lg, teka la!
Kui3x..
Sayonara!

Monday, March 11, 2013

Memulau Mutiara Day 3 & 4

Tarikh Kejadian : 28/02/2013


Assalamualaikum.
Berkurunnn (beru sminggu) tertunggak nak update citer Penang.
Last2, citer lain yg kuar dulu.
Bukan apa..rasa macam takde pengisian sangat.
Tapi pas pk2, update je la.
 
Ok then.. lets start.
Pepagi dah setel bersiap, cam biasa la posing2 depan cermin dulu.
Quek..quek..quek..
 
Pastu kuar makan.
Sedap byk ok itu puding roti.
Setiap hari ada maka dah tahap WAJIB untuk setiap hari makan. Nyummm!
Puding roti ni saya ada post kat Instagram dan berjaya menjeleskan ramai umat manusia. Kui3x..
 
Arini dikira hari last worksyop kat Penang ni.
Sesambil ber worksyop, kat belakang tabir mmg la bz ngan keje2 lain. Ada nak kene testing la bagai.
So, lunch hour harini x kuar mkn pon sbb ada wat keje(huhu..nasib baik breakfast dah mkn byk + ada balance bihun breakfast).
 
Petang pas abis sesi, sepatutnya saya kene stay untuk buat month end.
Tapi, dah jam 6 petang blom lg setel locked user so month end takbleh nak start(x terlalu teknikal kan? hehe).
Opis dah sunyi. So, manager saya nak kene beransur jugak sebab dier tak sihat.
Maka, disebabkan kerisauan tinggal saya sorang2 kat opis yang tadek org, manager saya call teammate mintak buat month end sorang2 untuk bulan ni.
Kemudian, saya dibenarkan pulang. Hehehe..
 
Xde la lepas tgn bodo je.
Dah sampai hotel, cpt2 masuk VPN kunun nak tolong apa yang patut.
Tapi teammate cakap xpe..semua ok.
Alhamdulillah.
 
Dinner, mkn roti lagi dan coco crunch dan honeystar.
Ada member tegur "Apa datang Penang x kuar mkn2".
Tingin nak mkn mcm2 tp mlm2 kuar naik cab sorang2 dengan x kenal jalan nye..mau kene culik kang. So, dediam je la kat hotel.
Nanti bebila dtg Penang bukan atas urusan keje, saya terjah tempat2 mkn ok!
Dah ada member offer nak bg suggestion dah ni :)

Esoknya, dah kene bersiap2 bangun  kemas2, pegi breakfast then check-out.
Seblom tu, amik pemandangan daripada bilik ckit.
Actually kalo bangunan putih tu x halang, dah bleh direct nampak laut(dan bleh tgk org bersidai tepi swimming pool gak..kui3x).
 
 Bye2 Penang..
 Ahaha..disebabkan amik gambar depan cermin jadi tulisan pon dah jadi tonggang-terbalik :p

Puding roti lagiii...
 
 Untuk ke airport, amik cab kat depan hotel je.
Harga, RM42.

Sengaja gerak awal ke airport sbb x biasa ngan airport Penang.
Kalo last minute sorang2 kang menggelupur nak cari tempat masuk kat mana kang.

Saya suke bila lorong dah di sort siap2 ikut seat. So, tadek la bercelaru.

Sesampainya di KLIA, saya amik KLIA Express lagi yang berharga RM35.
Then sampai KL Sentral, dijemput Encik Suami dan drop saya di rumah(nasib baik la rumah & opis x jauh sgt dari KL Sentral).

Masuk2 umah je ada seprais lagi.
Ahahaha.. Sejak bile ada frame ni? Kui3x..
Rajin Encik pilih dan print gambar time saya xde ek.. I like!
Sekian..tata!

Friday, March 8, 2013

Lupe Nama Kakak Ipar?

Assalamualaikum.
Tetiba rasa terpanggil nak kongsi cerita semalam.
 
One..two..three!
Balik keje petang smalam saya singgah ke KL Sentral sebab nak bank-in duit (dah manyak ari machine Cash Deposit kat opis ni rosak..susah wooo).
Alang2 dah kat sana, saya menyinggah jap kat Maxis untuk bayar bil.
 
Ikuti lah dialog di antara saya dan brother Maxis..
 
Bro: Ye Cik, ada apa saya boleh bantu?
Saya: Saya nak bayar bil. Nombor phone 017 bla..bla..bla..
**Bro tu pun key-in la nombor dan bacakan nama saya. Ok, correct!
Bro: Cik nak bayar brape?
Saya: Erk! Berapa saya kene bayar? (adoyai..bitau la amaun tu dulu bang).
Bro: RM bla..bla..bla..
Saya: OK, saya bayar semua.
Bro: Tunggu sekejap ye, tengah print resit. Baru balik keje ke?
Saya: Haah..
Bro: Keje kat mana?
Saya: TNB Brickfield.
Bro: Oh..tau2. Bangunan baru sebelah hotel Best Western tu kan? Kakak ipar saya pon ada keje sana. Nama dier..nama dier..emm..emm..alamak, lupe dah (OMG!)
Saya: Lupe nama kakak ipar? Kakak ipar baru ke?
Bro: Lama dah. Dah dekat 3 tahun dah berkakak iparkan dier. Tapi lupe nama plak. (sambil beliau belek2 enset carik nama kakak ipar). Tak jumpe plak nama dier dalam ni.
Saya: (Gelak2)..Takpe la bang, saya chow dulu :).
 
 
Moral of the story: Korang tau tak nama ipar-duai korang? Hahaha..jgn jadi Si Tanggang lupekan kulit. Kepada ipar-ipar saya, Alhamdulillah setakat ni saya masih ingat nama anda2 :)
 
Sesambil ni, nak share ckit la gambar Pavlova-lova..
 
Nampak pon dah mengghairahkan kan?
Kalo dah masuk mulut, lagiii la rasa sayang nak telan u know..
Sedap banyak, tak tipu!
 
TQ banyak2 dozen kepada kawan2 opis saya yang buat seprais Pavlova-lova ni.
Saya suke banyak!
Mereka adalah:
 
Sambung bawak balik makan kat umah 1 slice :)
 
Kadar untuk korang jeles adalah ditahap WAJIB!
Hahaha.. Bye!