Saturday, June 4, 2016

Alamak..Tersampai ke Phuket Pulak - Part 1

Tarikh Kejadian: 25/05/2016



Assalamulaikum..
Bersawang dah blog ni. Siap dah tumbuh semak-samun lagi.. LOL
Shuhh..shuh..(hambat cicak, lipas, lelabah segala..kasi bersih kawasan dulu seblom start cerita).

Korang nampak tak tajuk blog kali ni?
Kemain "ALAMAK" nye kan?
Macam gaya 'oh tak sengaja tetiba je celik mata dah sampai ke Phuket' pulak kekdahnya..
Kononnn.. 

Ok2 meh nak beritahu perkara sebenar.
Alkisahnya cenggini..
Dalam pertengahan May, Makju Mika (pengasuh) ada inform yang most probably by 26 May dia tak available dan akan cuti atas sebab2 yang tak perlu la aku cerita kat sini kan (jangan nak kepoh sangat uolss..hahaha).
Pastu malam nye tu, Encik Asben cakap "Alang2 kita akan cuti jaga Mika sempena Makju takde, apakata kita amik peluang ni gi bercuti? Setakat tahun ni, xde keluar gi memana jauh pun lagi".
Haa..gitu starting citernya..

Pastu aku dah macam excited dah sekejap pastu geleng2 kepala lepas dah hagak2 kembali berpijak di bumi yang nyata.
Aku cakap "Macam takde bajet je, baru lepas buat pelaburan hartanah"...Gituuuu
Beliau kembali menjawab "Takpe, i sponsor semua".
Jeng3x..tak ke bulat jadi mata ahkak ni mendengar nya kan..
Giler ko tanak setuju???
Tu yang tak pepasal malam tu hunting tiket flight.

Memula encik Asben plan nak gi Pulau Rawa or Redang.. tapi malas nak drive and mahal..
Tengok2 tiket g Phuket on 25 May harga RM79 je uolss. Air Asia.
Melompat la Encik Asben.
Dah le memang lately ni dier asek dok baca sifir "bila nak gi Phuket lagi..bila nak gi Phuket lagi" hahaha
Entah nape bekenan sangat dier kat Phuket tu.
Terkenang kat awek lama ke ape.. Wakaka.. 

So, gitu lah serba-sedikit sejarah macam mana bermulanya kejadian ke Phuket.
Senang citer, memang a few days sebelum berangkat baru beli segala tiket dan hotel. Kira last minute punya plan la ni...
Oh ya, tiket balik ke Malaysia pulak kitorg amik MAS on 30 May 2016 pagi.
Harga around RM1++ lupe exact amount.
Kira ok la kan include skali makan minum segala kat dalam tu.

Cam biasa, kereta kitorg park kat Putrajaya Sentral RM4 per day.
Then amik ERL transit ke KLIA2. Harga dalam RM10.++ (lupe dah brape sen).
Flight kami jam 6:30 petang.
Perjalanan ke Phuket amik masa dalam sejam stengah (Alhamdulillah Mika selamat tidur lepas 15 minit dalam flight hingga ke hujungnya.. hihi.. Mummy dier je lah bagai nak cramp lengan meriba beliau).

Sesampai kat airport Phuket around jam 7malam waktu sana (sana lambat sejam dari Malaysia), kami amik minivan transit untuk ke hotel.
Yang ni kitorg tak beli siap2.. Kami beli je kat kaunter airport tuh. 180baht sorang (Mika free je dan dier kene duduk atas riba Mummy).
Encik Asben pulak singgah kaunter orang bukak untuk jual simkad kat tourist.
Simkad tu free je, dapat 10 minit internet free. (Brand TrueMove sbb ada 1 kaunter tu je bukak time tu).
Kalau uolls topup 150baht, bleh dpt 3 hari unlimited akses internet 3G/4G.
Nak lama ckit, topup la 200baht, bleh dapat seminggu unlimited akses internet 3G/4G.

Hotel malam pertama kami di Phuket adalah Poppa Palace, Patong.
Lokasi, berdekatan Bangla Road @ center of Patong.
Kitorg dapat harga RM109 je selepas diskaun. Kui3..
Nak cari hotel tu senang je, korang cari kedai yang banyak rimau cenggini.. Hotel tu kat lorong tepi kedai ni. 
Saje la ni, kalo gi Phuket tapi tak singgah Patong macam tak sah gitu.
So, singgah je la kejap walaupun stay tak sampai 24 jam. Bagi cukup syarat :p
 

Ni serba sedikit gambar Poppa Palace.
Untuk harga yang kami dapat, sangat berbaloi untuk bilik yang luas, bersih beserta breakfast.

Malam tu lepas dah check-in dan simpan bag dalam bilik, Encik Asben pegi sewa motor untuk 1 malam.
Senang nak dapat sebab area hotel tu pun ada banyak kedai sewa motor.
Harga 200baht satu hari.
Dah dapat motor, ronda2 malam sekitar bandar Patong then terjah kedai Kusuma.
Kedai Kusuma ni memang femes sebagai kedai Halal kat Patong.
Kalau uolls pandai cakap Kelantan, lagi senang nak komunikasi.


Gambar depan Hard Rock Cafe sketol!

Breakfast di Poppa Palace.
Pepandai la korang pilih makanan "selamat" ye sebab hotel ni tak provide halal food.
Hari kitorg makan tu kebetulan ada banyak choice untuk vegie dan ada seafood goreng tepung, roti2..
So, bedal yang mana boleh kenyang2..

Kolam ikan ni tepi restoran hotel.

Hotel ni ada 2 swimming pool. Satu kat gambar awal2 ahkak letak kat atas.
Ni swimming pool kedua.
Depan swimming pool ada pondok untuk bebudak main. Ada toys, gelongsor semua..


Nampaknye bapak dia lah yg lebih besemangat main air..

Menjelang tengah hari, kitorg check-out la sudah.
Ni gambar sekitar lobi Poppa Palace.

To kill the time sebab booking taxi kol 2, kitorg naik motor gi jalan2 Jungceylon.
Bag, kami tumpang kejap kat lobi sini.



Ok, dah pukul 2.
Balik Poppa Palace untuk hantar motor, amik bag dan taxi.
Kos taxi dari Patong ke Kata Noi, kami dapat harga 450baht.

Lokasi seterusnya adalah Kata Noi sebab kami menginap di Katathani Phuket Beach Resort.
Ini dah ala2 impian menjadi nyata la kiranya.
Masa aku 1st time datang Phuket dulu, kitorang jalan sampai ke area Katathani.
Pastu weolls pasang angan2 next time datang Phuket nak gi duduk Katathani pulak.
Eh, menjadi pulak. Kikiki.. Ahkak sukeee..

Ni lakaran apa yang ada dalam Katathani ni.
Sebenarnya datang Phuket kali ni saje nak rehat2 kat dalam Resort.
Bukan datang untuk nak amik trip gi memana, snorkeling ke ape ke..
Maka memang uolls akan tengok banyak gambar hotel je la entry aku yang 2 ketul pasal Phuket ni.


Ni swimming pool yang paling femes kat dalam tu, Andaman namanya.

Masa sampai dan check-in, Mika tidur.
(Dier start tidur dalam cab dari Patong lagi. Almaklumla, 40 minit jugak perjalanan nak ke Katathani ni).
Pastu staf sini pakaikan jugak gelang bunga orkid tu kat Mika.
Terus bangun segar bugar budak kecik ni.
Siap buat resepi sendiri, celup bunga orkid dalam welcome drink. LOL..

Abis dah terburai gelang.. Hahaha..

Ni gambar dalam bilik Junior Suite.
Ada banyak jenis lagi.. ada Deluxe, Superior, Villa..tu je aku ingat.. hahaha

Ni dalam bilik kitorg yang Mika start sepahkan tak sampai 5 minit selepas masuk :p


Asalnya tuala tu cantik je terbentuk gajah gini..



ni view depan bakoni bilik..
Dari bilik kitorg bleh terus nampak laut dan swimming pool.
Pengsan nak tenangkan anak setiap kali bukak beranda bilik. LOL.

Dalam Katathani ni ada 5-6 bijik swimming pool.
Ada Kids Club gak untuk anak2 korang g main2.. ada service babysit anak jugak kalo berminat. Harga charge nye tak sure sebab kitorg rajin jaga sendiri anak time pegi Kids Club. hahaha..



and a few fecilities :




Dah berjulur panjang dah aku merepek kat entry kali ni.
Bersambung next entry pulak ye..

Sila klik sini untuk ke : Part 2

Sunday, February 14, 2016

Multipurpose Diaper Bag - BITBOP

:) Dimulakan dengan senyuman gitu :)
Walaupun bag Mika dah terluka sikit, kita senyum jugak..

Para supermom sekalian mesti ada pengalaman hunting bag untuk baby kan?
Samada untuk kegunaan isi barang anak hantar ke taska/rumah pengasuh/keluar jalan2 ke..
Kalau jenis yang tak kisah, mungkin asal jumpe men rembat je memana.
Tapi kalau saya, alang2 beli tu kalau boleh nak yang cantik la sikit kan. Kikiki..

Dah lama tangguh nak cari bag baru untuk Mika sebenarnya. Bag lama dia tu aku beli time dier dalam perut lagi. Now dah koyak..
Nak buat camana, anak tengah aktif.
Kalau gi kedai memang tak dapat la nak pilih barang lelama apatah lagi nak fitting2 baju.
Kirim salam je lah.. hahaha..
Nanti lebih kepada aktiviti dok kejar dier dalam kedai je.
Pastu pulak skarang dah pandai punggah barang.
Tudiaaa, memana barang yang dier bejaya capai dia akan amik dan pegang.
Suke tiru apa orang buat pon ye jugak.
Time pegi kedai kasut aritu, sibuk dengan dier memilih dan try kasut sama.
Habes berpasang-pasang kasut dier test sambil jalan tekedek2 pusing kedai. Kasut orang besar pulak tu. LOL!

So, nak senang, beli online je lah.
Pakai jari pon boleh… gituu..
Saya memang suka beli online walaupun ramai cakap berisiko.
Alhamdulillah, setakat ni tak pernah kena tipu lagi.

Hunting punye hunting..
Jeng2.. saya jumpa page ni.

Scroll bawah2, ternampak pulak bag cantik.
BITBOP
Terus jatuh chenta pandang pertama.
Saya watsap owner IG, Alhamdulillah rezeki..bag untuk design dan warna tu masih ada..

Lepas buat payment, sehari dua pastu dah terus dapat barang.
Lupe pulak nak cakap.
Bag ni harga dia RM79.90..

Apa yang best?
Bag ni bukan datang seketul je.
Siap ada beranak-pinak kat dalam.

Ni, changing map.
Kot la time keluar2 tu nak tukar pampers anak, tapi macam kurang yakin dengan kebersihan tilam dalam bilik tukar pampers, uolls bleh pakai pelapik ni.
Pastu dapat pulak single warmer bag.
Bleh la simpan botol susu or termos kat dalam tu.
Tempek skit design bag ni.
Ni bahagian depan, siap berpoket2.

Ni bahagian belakang, ada zip.
Bleh la kot nak letak buku baby kat dalam tu ke.

Ni bahagian dalam.
See..kalis air dan banyak compartment.
Tadek la semua benda men campak je masuk dalam.. pastu bila nak cari balik, sesat tak jumpe barang. Hahaha..
Ruang bleh tahan besar dan sesuai la aku nak sumbat pampers 2-3 keping+wet tissue+baju spare+bekas air+bekas kudap2+cream/losyen+towel.

Bag ni selain bimbit, Mak2 boleh jugak jadikan sling bag.
Ikut sesedap rasa uolls la nak buat fesyen macam mana.

Design dah cecantik cenggini, aku dah tepikir2 nak sumbat skali aku punye purse+phone+telekung travel kat dalam tu.
So that tak payah nak bawak bebanyak handbag dan baby bag dah kalo nak keluar pasni :)

Kat IG akak ni ada memacam lagi barang.
Ada stroller, bag pump pon lawa2, carrier, etc..

Korang pegi la terjah sendiri ye..
Kalau ada pa pe soalan, watsap direct kat akak owner tu.
Aku saje je share, buat bisnes partner pon. Hihi.
Sebab kekadang orang nak cari barang kat online ni, soalan2 macam “nak cari kat mana ek?” or “bleh pecaya ke page dier ni?” sedikit sebanyak bermain2 di fikiran.
Dengan itu, kat sini aku bejaya share seketul tempat korang bleh shopping yang tak kene tipu.

Semoga bermanfaat.
K Bye!

Friday, February 12, 2016

Cadangan Susu Kambing Sedap - Khalish

Assalamualaikum.
Dah minum susu arini?
Hahaha..mentang2 tajuk arini pasal susu kambing, terus tanya khabar susu ye.

Arini aku nak share ckit pasal susu kambing yang aku baru minum 1  kotak.
Sebab sedap, so aku review kat blog.
Sharing is caring kekdahnya..

Susu yang aku maksudkan, nama dier Khalish.
Ni haa packaging nye.
Ada 2 perisa, asli & koko kurma.
Sebab aku minum yang koko kurma, so entry kali ni pasal koko kurma saje lah.
Yang atas tu gambar curik dari Instagram.
Ni pulak gambar yang aku snap time susu yang aku order dah sampai.
Rushing2 snap so ada masalah pencahayaan sikit 
Kesian kepala kambing tu silau :p


Perkenalan pertama aku dengan susu ni sebab tengok kat Instagram Irene Nadia.
Macam ada satu aura push aku suruh try.
Cecepat aku bukak IG Khalish HQ ni, amik contact then watsap nombor yang ada kat situ.
Aku order 1 kotak je dulu, perisa koko kurma.

Excited dan curious nak rasa bancuhan susu ni sebenarnya.
Sebab orang selalu cakap susu kambing ada bau kan.
Pastu pulak kat kotak susu Khalish cakap susu ni tadek bau.

1st cawan aku bancuh, terus semena-mena nya aku suke susu ni.
Pernah minum air coklat Cadbury 3 in 1 yang kaler purple tu?
Haa..pada aku, rasa susu coklat Khalish koko kurma ni ada macam air Cadbury tu.

Semenjak itu, rajin nye lah hai aku bancuh si Khalish ni tetiap hari.
Kekadang, dah siap bancuh dan minum secawan, tang2 tu jugak pegi bancuh secawan lagi.

Sebab sedap, aku tambah lagi order 3 kotak. Over kan! Hahaha..
1 kotak untuk minum kat umah, 1 kotak untuk aku minum kat opis, 1 kotak lagi aku suruh pos kat umah parent.
Ada kasi member opis minum gak, sedap katanya dan dier pon minat nak order jugak (hahaha..bleh dapat komisyen tak gini?).

Pada aku, rasa memainkan peranan penting.
Kalau banyak khasiat tapi rasa ke laut, payah nak bagi orang istiqamah.
Macam susu kambing Khalish koko kurma ni, 1st aku suke sebab rasa dia sedap.
Lepas dah menikmati kelazatan(amboi..) baru lah aku kelebet2 apa khasiat2 yang ada pada susu ni.
Bleh gitu? Hahaha..

Banyak rupenye benefits.
Aku terjah kat website Khalish ni je.
Meh aku tempek satu persatu.


 




Kalau nak order, bleh belek2 nama senarai agent yang ada dalam website tu atau kat Instagram bawah ni.
Nescaya korang takkan jumpa nama aku sebab aku bukan agent. LOL!
Aku review sebab produk ni bagus dan aku tak dapat pa pe upah pun buat entry ni.
Aku cuma panjangkan sebaran untuk pa pe mende bagus yang aku jumpa.
Mana tau hebahan aku ni sedikit sebanyak bantu promosi produk orang kan.
Tolong permudahkan rezeki orang, mana tahu Allah bantu murahkan rezeki aku jugak J
Cuma kalau nak tanye lanjut pasal susu Khalish ni, takpat nak tolong sangat la. Sila contact senarai tertera dalam website (www.khalish.com.my) atau IG diorang ek..

Harga?
Sekotak RM44, dapat susu 500gram.
Packaging dier bukan pakai sacket2 macam 3 in 1 tu ye (1 paket, 1 cawan air).
Harap maklum.
Yang ni korang kene cari 1 tupperware/bekas kerdap udara dan masukkan semua dalam bekas tu.
Bebila nak minum, korang cedok la ikut sesedap citarasa uolls.
Kalau aku, untuk secawan aku pakai dalam 4 sudu. Aku pakai sudu untuk kaut susu tepung baby tu..buleh? Hahaha..
Then, bancuhan aku akan jadi sedang elok, cukup lemak, tak berapa manis sangat.
Selamat mencuba J

Wednesday, February 10, 2016

Mari Menerjah Kedai Costume

Uolls..
Opis ada buat dinner pastu siap letak tema bagai pulak tak?
Eh..mana nak cari costume kasi ikut tema?
Kalau selamba katak je pakai baju biasa macam tak sporting pulak ye dak?

Haa..meh2 sini jenguk.
Aritu opis aku buat dinner tema2 jugak.
Diorang ni bagus. Dah tau digalakkan untuk tak pakai baju biasa, diorang tempek siap2 antara kedai2 costume untuk korang belek dan pilih “bukan baju biasa” yang korang bleh pakai.
Ni di antara senarai yang diberi.
Dapat?

Dalam bebanyak kat atas tu, aku pegi Costumes Empire.
So aku bleh la share serba sikit camana nak cari kedai tu.

Kedai ni kat dalam Wisma Central.
Kalau takde idea Wisma Central ni kat mana.. senang je Acik..
Dier tetengah antara KLCC dengan kedai Pelita yang femes tu.
Bangunan nye ala2 old school gitu (bukan bangunan skolah ye..)

Kalau malas bawak keter, naik la LRT benti KLCC.
Dari KLCC tu kuar entrance yang ngadap jalan besar berhadapan dengan Avenue K.
Senang citer, daripada floow KLCC bawah skali tu, naik eskulator yang dekat2 kedai Chocolate Boutique & Juicework, sampai atas, kuar lah ikut pintu terdekat dengan eskulator.
Lepas dah keluar dari bangunan KLCC, pegi kanan. Nanti ada jumpe 1 bangunan seblah KLCC.

Kat dalam bangunan tu pulak, cari lif. Kalau nak eksesais naik tangga pun buleh tapi bleh tahan tinggi jugak nak kene panjat. Nescaya sado lah peha ko nanti. Hahaha..
Lif ada kat belah kiri ala2 tersorok ckit so mata kene liar. Hoho..
Nak senang, dari pintu utama, jalan straight sampai jumpe blocking (ada tangga rasanya), then pegi kiri nanti nampak ada kedai2 makan pastu ada lif.
Tekan tingkat 7.
Lepas kuar dari lif, pegi kanan.
Dari jauh dah bleh nampak signboard kedai ni.

Ni ada skeping dua gambar dalam kedai yang aku sempat snap rushing2.
Tak snap beria sebab aku bukan dibayar untuk promote kedai tu. Muahaha..
Saje nak share info dengan korang je.
Ada memacam costume korang bleh ushar. Bleh sewa aksesories jugak kalo rasa nak tambah2 kasi meriah.
Untuk keterangan lanjut, bleh google Costumes Empire punye website dan IG.

Tema dinner opis aku adalah Superhero & Fairy Tales.
Dah bosan jadi baik, aku pilih jadi dark witch.
Ni costume yang aku sewa.

Costume ni pakej dier adalah aku dapat baju itam bejurai2 tu, topi, tight kaler itam, sarung tangan.
Daripada gambar aku kat atas tu, baju jurai2 dari Costumes Empire.
Seluar aku pakai slack itam sendiri sebab tight untuk baju ni ketat sangat. Hehehe..
Sarung tangan pun aku pakai sendiri punye sebab rasa cam lagi best sarung tangan aku yang bulu2 ni, lagi nampak jahat. Yang diorang provide tadek bulu dan bleh keluar separuh jari.
Topi pun aku tukar, amik yang stylo skit.
Pakej asal untuk baju ni adalah cenggini..

Harga?
Rm150. Different costume different price.
Kaedahnye..
Kalo dinner nye esok, korang bleh pickup sehari awal then pulangkan sehari lewat dari hari dinner.
Kalau lambat anta, add on sehari lambat RM20.
Oh, jangan lupe bawak extra RM100 untuk deposit. Bila dah pulang baju nanti akan dapat balik duit RM100 tu kalau barang korang sewa xde rosak.

Katekan lah korang nak booking costume tu sminggu awal seblom majlis.
Kot la lambat2 nanti kang kene kebas dek orang ye dak?
Kat kedai ni,dibenarkan booking or "chup".
Tapi bayar la RM50. Nanti kedai tu simpankan untuk korang.
Time datang nak collect seblom majlis nanti, korang bayar la keseluruhan balance untuk baju tu.
Ngerti?

Kalau tak silap, kalau korang duduk luar KL, diorang bleh pos costume mana yang korang nak. Charge nye, kene tanye diorg..hehehe..

K lah, tu je perkongsian untuk kali ni.
Semoga bermanfaat hendaknya :)